10 Crypto Mengalami Kenaikan Yang Rendah Walaupun Berpotensi

397

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Seiring dengan perkembangan arus Industri Crypto serta era pembaharuan dalam sektor kewangan dan perbankan, Tidak dinafikan berbagai cara tipu daya yang dilakukan untuk menipu orang ramai dan mengaut keuntungan maximum dari hasil penipuan. Artikel kali ini , penulis akan menyenaraikan 10 jenis crypto yang seharusnya dielakkan bagi Hodlers.

Namun bagi Trader, crypto jenis ini sesuai didagangkan harian untuk mengambil kesempatan diatas manipulasi harga pasaran.

Jika anda sebagai hodlers, elakkan dari memegang aset yang disenaraikan ini. Kajian ini dibuat berdasarkan pemerhatian penulis yang berpengalaman dalam industri crypto sejak dari kelahiran Blockchain.

10 Crypto ini dinilai dari banyak sudut seperti harga All-time-High , potensi syarikat, max supply, teknologi akan datang dan berbagai lagi. Jika anda sebagai hodlers dan punyai coin yang disenaraikan ini, nasihat penulis terus hodl sehingga balik ke harga modal ataupun cukup dengan keuntungan yang sedikit. Jika tiada kemajuan dibuat oleh crypto yang tersenarai ini, maka pasti akan ditinggalakan kerana jika nak dibandingkan dengan demand teknologi zaman akan datang pasti jauh ketinggalan atau hanya jadi satu catatan sejarah crypto.

 

10. Dogecoin (DOGE)

Dogecoin antara yang terawal dalam industri crypto, malah boleh dikategorikan sezaman dengan Bitcoin. Walaupun Dogecoin berpotensi kerana banyak didagangkan sebagai crypto di exchanger seperti Cryptopia , Hitbtc serta berbagai lagi. (Lihat market Dogecoin)

Namun bagi penulis mengapa meletakan Dogecoin dalam senarai ini kerana permasalahan Dogecoin ini ialah coin ini tiada max supply bermakna Unlimited supply. Secara tidak langsung harga nya sukar untuk naik berbeza dengan Bitcoin yang cuma boleh ada 21juta sahaja. Malah owner coin tersebut juga telah menjual semua digital asetnya. Bagi penulis Dogecoin bakal menjadi seperti Myspace dan Friendster ditinggal zaman.

 

9. Verge (XVG)

XVG begitu popular selepas John McAfee mempromosi coin tersebut dalam twitter nya. Namun semenjak kejatuhan pasaran crypto. John McAfee tidak lagi menyebutnya malah menafikan bahawa akaun twitter nya telah digodam.

Bagi penulis sistem yang ditawarkan XVG adalah sama dengan DOGE , cuma bezanya mempunyai max supply. Namun max supply adalah 16 bilion. Ini menyebabkan XVG termasuk dalam senarai ini. Namun sejauh mana kemajuan yang mampu dilakukan Verge berbalik kepada owner dan pasukan crypto tersebut.

 

8.  PACcoin ($PAC) / LINDA 

 

Perkhidmatan yang ditawarkan PACcoin amat menarik, membentuk sebuah payment gateway untuk semua jenis perniagaan. Namun bagi penulis faktor max supply memainkan peranan dalam harga dan demand pasaran. Max supply bagi PACcoin adalah 100 bilion. Walaupun menggunakan konsep Masternode namun tetap reflect kepada harga pasaran ketika ini dan kedatangan teknologi yang dibawa oleh Pundi-X (NXPS) menjadi saingan yang kuat untuk PACcoin.

Walaupun LINDA banyak didagangkan di exchanger kecil dan besar seperti cryptopia , namun penulis merasakan Linda coin kurang berpotensi , walaupun menggunakan konsep masternode untuk menarik minat pelabur namun bagi penulis konsep masternode ini adalah “Siapa yang kaya , akan terus kaya dengan masternode nya” namun jika tiada pembanggunan dan kemajuan dari developers , coin ni pasti akan jatuh

 

7. Reddcoin (RDD)

Reddcoin begitu popular kerana kebanyakkan media social seperti facebook malah forum Reddit menggunakan token nya dalam sistem pembayaran. Namun bagi penulis masalah Reddcoin ini adalah sama seperti DOGE , ia tidak punyai max supply, bermaksud unlimited supply. Ini menyebabkan harga sukar naik ke par tinggi.

 

6. Bytecoin (BCN)

Bytecoin antara crypto sezaman dengan Bitcoin , jika di lihat dalam carta coinmarketcap harganya sukar untuk naik sehingga Jan 2018. Bagi penulis , Bytecoin mengalami masalah kesukaran harga yang naik ini disebabkan max supply 184 Bilion. Sememangnya max supply amat mempengaruhi harga dan demand. Selain itu, kes manipulasi harga yang berlaku di exchanger Binance telah merosakkan kredibiliti Bytecoin untuk terus maju.

 

5. KIN

Perkhidmatan yang ditawarkan token KIN ini menarik bagi developers. Cuma bagi penulis permasalahan KIN ini adalah max supply yang paling tertinggi dipasaran crypto iaitu 10 trilion token.

 

4. Dentacoin (DCN)

Dentacoin menawarkan perkhidmatan data blockchain untuk klinik gigi sedunia , walaupun ideanya menarik namun bagi penulis masalah max supply yang terlalu tinggi iaitu 1.9 trilion membuatkan harga coin ini sukar untuk naik.

 

3. Experience Point (XP) / Bean Cash (BITB) / Sprout (SPRTS)

Servis yang ditawarkan XP tidak dinafikan menarik . Malah menggunakan consensus Proof Of Stake untuk menarik perhatian pelabur. Tidak dinafikan juga banyak coin yang berasaskan consensus POS dan masternode ini berjaya contoh seperti PIVX , DASH , GINcoin (GIN) , NEO dan STRATIS. Potensi ini perlu dibaca dari sudut kekuatan syarikat dan komuniti crypto tersebut.

BITB dan SPRT menggunakan konsep masternode dan bergantung pada komuniti dan owner baru kerana ia merupakan project abandon sebelum ini.

 

2. Paragon (PRG) / Cannabiscoin (CANN) / Hempcoin (THC) / Potcoin (POT) / Dopecoin (DOPE)

Coin seperti ini terang-terang menawarkan servis untuk ganja dan dadah lain. Kebanyakkan coin ini didagangkan di Bittrex , walaupun tidak dinafikan perniagaan dadah menguntungkan namun penggunaan nya adalah minoriti. Oleh itu penulis menyenaraikan coin-coin yang berasaskan dadah.

1.  Useless Ethereum Token (UET) / PutinCoin (PUT) / TrumpCoin (TRUMP)

Ini antara coin-coin yang paling lawak dalam sejarah crypto, Coin-coin seperti ini kebanyakkan menggunakan nama presiden ataupun artis untuk mengaut keuntungan. Oleh itu penulis mengkategorikan 3 coin ini sebagai “Shitcoin”.

 

KESIMPULAN
Penulis tidak bermaksud untuk menjatuhkan kredibiliti crypto yang tersenarai. Bagi penulis coin-coin yang disenaraikan diatas kurang potensi berbanding coin-coin yang menawarkan perkhidmatan keperluan masyarakat sedunia. Malah jika dilihat coin-coin yang tersenarai juga mempunyai persaingan yang hebat dan sangat kuat dari crypto-crypto lain. Lebih-lebih lagi jika setiap kerajaan yang ada didunia mula implikasi crypto centralized. Maka coin-coin yang tersenarai ini akan termasuk dalam kategori (Dead coin) melainkan inovasi dan kemajuan yang dibawa crypto tersebut cepat berkembang.

AMARAN!!!!

Kebanyakan pelabur-pelabur selalu tertipu dengan harga yang murah supaya mendapat gandaan yang banyak. Sebab itu penulis menegaskan bahawa pentingnya untuk melihat latar belakang syarikat, max supply serta potensi perkhidmatan yang ditawarkan terlebih dahulu sebelum melabur.

Jika anda ingin dan memerlukan perkhidmatan berkaitan crypto atau pertanyaan lebih lanjut. Sila PM admin di Facebook Page Blocky 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!