16 Altcoin Bakal Kaut Keuntungan Lebih Dari 300% Mengikut Potensi Syarikat

492

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Pada bulan Januari 2018, pasaran crypto memuncak ke harga yang paling tertinggi sebelum mula nya penurunan mendadak pada Febuari 2018, Ini kerana banyak faktor persaingan ekonomi dan politik dunia memain peranan dalam pasaran untuk mengaut keuntungan yang maximum. Malah institusi bank sedunia turut goyah dengan sistem matawang baru ini.

Dengan kejatuhan yang teruk , disini kebanyakan Bank-bank besar menggunakan kesempatan membeli aset pelaburan digital dengan harga murah. Ambil peluang ini dalam pelaburan crypto anda , disini penulis menerangkan 16 jenis crypto yang dijangka bakal mengalami untung lebih dari 300%. 16 Crypto ini dinilai atas dasar potensi syarikat bukan teknikal analisis. Bagi pendapat penulis Potensi syarikat merupakan elemen penting sebagai Hodlers.

 

16. TRON (TRX)

 

TRON dimiliki oleh Justin Sun yang merupakan Mark Zuckerberg versi China. TRON juga bercita-cita untuk menjadi saingan kepada Vitalik Butterin pemilik Ethereum. Justin mempunyai potensi untuk berjaya kerana sudah menjadi jutawan dalam usia muda. Tidak dinafikan juga risikonya boleh jadi seperti Tom Myspace yang ditinggal zaman.

Jika dikira,harganya pernah mencecah $0.25 dan kini harganya hanya $0.04 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 510%.

 

15. WABI

WABI adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan “Anti Fake Item”. Berasaskan di China dan ditubuhkan pada tahun 2012 kerana masyarakat China mengalami masalah Klon barang termasuk makanan. WABI diwujudkan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Jika dikira,harganya pernah mencecah $5.19 dan kini harganya hanya $0.41 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 800%.

 

14. TRINITY NETWORK CREDIT 

Trinity adalah anak kepada crypto NEO – Konsepnya sama dengan idea Lightning Network (untuk bitcoin) atau Raiden (untuk Ethereum). Matlamatnya adalah untuk membawa pembayaran real-time, yuran urus niaga yang rendah, dan perlindungan privasi untuk aset NEO serta skalabiliti semua blockchain. Malah menggunakan consensus Proof Of Stake. 

Jika dikira,harganya pernah mencecah $0.39 dan kini harganya hanya $0.02 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 1800%.

 

13. QUANSTAMP (QSP)

Quantstamp menawarkan perkhidmatan Audit syarikt menggunakan sistem blockchain Malah perlaksanaan audit dari profesional dan konsultasi, Quantstamp juga mempunyai kepakaran dalam keselamatan aplikasi dan pembangunan perisian yang selamat.

Jika dikira,harganya pernah mencecah $0.80 dan kini harganya hanya $0.08 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 1000%.

 

12. RED PULSE (RPX)
Red Pulse menawarkan perkhidmatan Ekosistem untuk Pasaran China, malah menawarkan platform perisikan untuk pasaran yang meliputi pasaran kewangan dan modal negara China. Platform Penyelidikan Terbuka menghubungkan pakar industri, pengamal, dan profesional bersama untuk berkongsi pandangan dan analisis mereka kepada khalayak global. Red Pulse sedang membina ekosistem generasi akan datang untuk berkongsi pengetahuan dan penyelidikan.

UTRUST & REQ menawarkan platform third party bagi segala transaksi jual beli. Dengan cara ini tiada lagi penipuan berlaku dalam perniagaan online , lebih-lebih lagi melibatkan pasaran global.Malah mengapa penulis menggabungkan 2 crypto ini, kerana mereka telah pun bekerjasama dalam gabungan payment gateway.

Jika dikira,harga UTRUST pernah mencecah $1.38 dan kini harganya hanya $0.07 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 1200%.

Manakala jika dikira harga REQ pula pernah mencecah $1.07 dan kini harganya hanya $0.09 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 910%.

 

10. NANO

NANO adalah sebuah crypto bagi menggantikan kelemahan BITCOIN , iaitu transaksi yang lambat serta cas yang mahal. Bagi penulis hanya itu sahaja kelebihan NANO. Cuma penulis menggambarkan situasi jika harganya kembali keasal semula keuntungan akan berlipat ganda.

Jika dikira,harganya pernah mencecah $34.42 dan kini harganya hanya $2.95 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 1010%.

 

9. WAX

Wax adalah platform yang menawarkan servis perkhidmatan exchanger untuk semua jenis coin didalam game online. Malah menjadi Marketplace untuk semua jenis item didalam Game untuk dijual. Malah jika dilihat dari market Coinmarketcap, WAX paling banyak didagangkan di Exchanger Korea Bithump. Jika WAX berjaya memasarkan platform mereka keserata dunia, ia merupakan pelaburan yang paling untung. Namun ia juga berisiko kerana harganya belum kembali pulih sejak tersenarai dalam coinmarketcap.

Jika dikira,harganya pernah mencecah $4.60 dan kini harganya hanya $0.15 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 2800%.

 

8. QTUM

Jika Ethereum merupakan smartcontract utama untuk masyarakat Eropah malah berbagai syarikat serata dunia menggunakan smart contract dari ETH. Namun QTUM juga menawarkan perkhidmatan yang sama iaitu Smart Contract, cuma QTUM adalah syarikat yang mewakili Asian. Malah consensus yang digunakan adalah Proof Of Stake (POS) berbeza dengan Ethereum yang menggunakan consensus Proof Of Work (POW). Malah kekuatannya disokong oleh team yang berpengaruh dari syarikat-syarikat besar seperti Baidu, Alibaba, Tencent, NASDAQ ,Venture Capitalists dan beberapa syarikat besar industri Teknologi dari China.

Jika dikira,harganya pernah mencecah $103.45 dan kini harganya hanya $8.93 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 900%.

 

7. VECHAIN (VEN)

Vechain sebuah syarikat teknologi berasaskan IOT dalam industri Logistik. Malah syarikatnya berkembang besar hampir keseluruh dunia. Vechain berpotensi sebagai antara syarikat Logistic terbesar dunia. Sila Rujuk artikel Blocky.My lepas untuk mengetahui potensi Vechain

Jika dikira,harganya pernah mencecah $9.45 dan kini harganya hanya $1.92 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 350%.

 

6. NEO

Jika ETHEREUM mewakili Rusia dan EOS mewakili Amerika. NEO adalah sebuah crypto yang mewakili China. Kebanyakan syarikat di China menggunakan Consensus dari NEO. Secara tidak langsung NEO berpotensi kerana China yang merupakan antara pasaran terbesar dunia.

Jika dikira,harganya pernah mencecah $162.11 dan kini harganya hanya $39.49 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 350%.

 

5. CARDANO (ADA)

CARDANO dicipta oleh Co-Founder Bitshares , Ethereum , Ethereum Classic, iaitu Charles Hoskinson. Malah dikatakan Cardano merupakan crypto bagi Jepun , ini kerana sewaktu pelancaran ICO , 95% pelaburnya adalah rakyat jepun. Cardano punyai potensi sendiri kerana ia juga menawarkan smart contract malah menggunakan consensus Proof Of Stake (POS).

Jika dikira,harganya pernah mencecah $1.28 dan kini harganya hanya $0.18 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 525%.

 

4. BANCOR NETWORK PROTOCOL (BNT) & BLOCKMASON CREDIT PROTOCOL (BCPT)

BNT merupakan crypto yang berpusat di Israel. Kemunculannya juga membawa nama Bancor Protocol pada tahun 1940 dalam penyelesaian inflasi petukaran mata wang seluruh dunia. Oleh itu BNT dicipta mewakili Israel. Sila Rujuk artikel Blocky.My lepas untuk mengetahui potensi Bancor Protocol Network

Selain dari Bancor, BlockMasonProtocol (BCPT) juga berpusat di Israel , malah diberi nama mewakili keluarga Freemason.

Jika dikira,harga BANCOR pernah mencecah $10 dan kini harganya hanya $2.39 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 475%.

Jika dikira,harga BCPT pernah mencecah $2.23 dan kini harganya hanya $0.21 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 1000%.

 

3. KUCOIN SHARES (KCS)

Kucoin Shares merupakan cypto yang berasaskan exchanger bursa yang berpusat di Hong Kong. Malah Kucoin Exchanger juga mewakili bursa Hong Kong. Secara tidak langsung crypto ini sangat berpotensi kerana perkhidmatan yang ditawarkan berbeza dengan Binance, Huobi serta lain-lain exchanger. Malah digelar pengganti pelaburan Fixed Deposit dan Unit Trust dari Bank.  Sila rujuk artikel lepas Blocky.My tentang kelebihan Kucoin

Jika dikira,harganya pernah mencecah $20.23 dan kini harganya hanya $3.16 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 675%.

 

2. ETHOS 

Ethos berpotensi kerana perkhidmatan Universal Wallet yang ditawarkan merupakan keperluan manusia di era dunia digital akan datang. Malah Ethos juga menawarkan penukaran apa jua jenis crypto ke bentuk Fiat. Secara tidak langsung ini menjadikan Ethos berpotensi kerana servis perkhidmatan yang ditawarkan. Sila rujuk artikel Blocky.my lepas tentang potensi Ethos.

Jika dikira,harganya pernah mencecah $10.41 dan kini harganya hanya $1.43 , jika mencapai harga kemuncak semula, anggaran keuntungannya adalah 900%.

 

1. WANCHAIN (WAN)

Wanchain adalah satu-satunya platform yang menawarkan konsep All In One , malah penulis juga yakin bahawa masyarakat akan datang pasti memerlukan perkhidmatan Wanchain. Sila Rujuk artikel Block.my lepas untuk mengetahui potensi Wanchain dengan lebih lanjut

Jika dikira , harganya pernah mencecah $9.60 dan kini harganya hanya $2.56, jika mencapai harga kemuncak semula , keuntungannya adalah 350%. Namun penulis menduga harganya mampu mencecah $100 kerana potensi syarikatnya.

Walaubagaimanapun , penulis pasti BTC akan naik memuncak dahulu sebelum Altcoin, ini kerana melihat dari Coinmarketcap, BTC masih lagi 43.6% dalam dominan pasaran crypto. Namun sejauh mana ramalan sesuatu crypto tersebut berjaya atau tidak untuk kembali ke par tertinggi kali terakhir bergantung kepada kemajuan syarikat tersebut. Oleh itu pastikan anda Hodl crypto yang berpotensi tinggi dan juga berpengaruh, bukannya “shit coin”.

 

Jika anda ingin dan memerlukan perkhidmatan berkaitan crypto atau pertanyaan lebih lanjut. Sila PM admin di Facebook Page Blocky 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!