5 Syarikat Yang Mampu Mengatasi Kekurangan Cryptocurrency

143

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Dengan adanya teknologi cryptocurrency, mana-mana badan persatuan atau syarikat mampu menaiktaraf sistem mereka. Daripada pasaran kewangan kepada komunikasi sosial dan alat bantuan pemaju, setiap individu berpotensi mendapat impak untuk membina produk baru.

Soalan yang harus diajukan adalah : Bilakah cryptocurrency akan digunakan secara meluas dan adakah ia akan memberi impak? bukan lagi soalan yang perlu. Progres ini akan berlanjutan selama mana ia mahu tetapi perlaksanaan Blockchain juga dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman. Erti kata lain, dalam kelebihan ada kekurangan. Disini, penulis Aj Agrawal telah menyenaraikan 5 syarikat yang mampu mengatasi kekurangan cryptocurrency.

Javvy

Syarikat ini mampu membina pertukaran cryptocurrency yang bukan berlandaskan laman web, sangat selamat dan senang digunapakai. Pengguna tidak perlu mendaftar untuk sebarang akaun malah mampu membeli, menjual dan menggunakan coin mereka dengan beberapa klik sahaja. Javvy juga merupakan syarikat yang mementingkan keselamatan tetapi juga mengutamakan kesenangan pengguna. Dengan adanya transaksi harian yang pesat berlaku disekliling kita, platform seperti ini diperlukan bagi memudahkan pengguna dan pada masa yang sama, menyediakan perkhidmatan yang dijamin.

Divi Project

Divi Project merupakan platform yang berlandaskan pengguna dan bertujuan untuk memudahkan proses memiliki “smart wallet”. Melalui platform ini, pengguna mampu mengirim wang semudah menaip email mahupun username. Divi juga merupakan antara gambaran yang terbaik untuk cryptocurrency dalam masa yang akan datang. Cryptocurrency mampu dijalankan sepenuhnya dalam jangka masa yang panjang jika diwujudkan penggunaan dan perkadaran nilai yang pelbagai.

Stream Token

‘Gaming’ telah menjadi keghairahan remaja mahupun orang dewasa pada zaman ini. Tidak hairanlah peneraju pandai mengambil peluang ini untuk mengaplikasikan cryptocurency sebaiknya. Stream Token ialah token desentralisasi terbaru dan berlandaskan Blockchain, ia mampu memberi ruang kepada pencipta permainan untuk menukarkan content mereka kepada wang. Selama bertahun gaming wujud, mengewangkan hasil kerja adalah salah satu usaha yang dipandang ringan. Dengan adanya token sebegini, pencipta permainan tidak perlu berhadapan dengan masalah ini. Stream Token amat mudah digunakan dan tidak memerlukan yuran untuk mendaftar malah membantu pencipta untuk mendapat untung melalui permainan yang dicipta dari hasil titik peluh mereka.

Monetha

Dibina atas Blockchain Ethereum, Monetha merupakan cryptocurrency yang efisien dan penyelesaian pembayaran yang dipercayai diseluruh dunia oleh pedagang-pedagang. Monetha juga boleh dicapai melalui telefon mudah alih, e-commerce dan runcit. Tambahan lagi, ia memberi ruang kepada pembeli untuk melihat sejarah transaksi dan sistem ini selamat digunakan kerana ciri disentralisasi dimana ia tidak dikendalikan oleh hanya satu entiti sahaja.

Circle

Objektif utama Circle ialah memudahkan pengiriman wang ke serata dunia semudah menghantar text kepada rakan. Dengan beberapa klik, pengguna boleh membina kumpulan dan menghantar wang secara terus kepada rakan-rakan. Yuran pendaftaran juga tidak diperlukan untuk menggunakan khidmat Circle. Keadaan akan menjadi menarik untuk melihat sistem ini bersaing dalam dunia yang serba maju di masa akan datang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!