Adakah Rakyat Malaysia Menjual Bitcoin Sebaik Sahaja Saham Jatuh?

123

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Sejak kejatuhan saham Bitcoin Febuari lepas, para pelabur Bitcoin diam membisu. Walaupun di luar negara sedang kecoh diperkatakan, rakyat Malaysia masih lagi menyimpan baik wang kripto Bitcoin mereka kerana mereka mempercayai sepenuhnya pada mata wang kripto dan masa depan yang dibawa bersama. Pada bulan Januari, Bitcoin masih sedang mencipta nama dalam dunia pasaran walaupun mengalami kejatuhan pada Disember dan berterusan jatuh pada bulan seterusnya. Kemudian berlakunya kejatuhan yang teruk pada Febuari,meninggalkan impak negatif pada Bitcoin dan mata wang kripto. Lebih ramai elabur mengeluarkan wang mereka bagi mengelakkan kerugian berlaku lagi.

Terdapat juga berita kecurian yang melibatkan wang kripto dan ini menambahkan lagi imej buruk pada dunia kripto. Masih ramai yang bergantung nyawa pada wang kripto masing-masing dengan tidak menjualnya pada Disember dan Januari tapi menurut Bloomberg, pengguna Reddit telah hilang kepercayaan sepenuhnya pada Febuari lalu. Persoalannya, adakah ini juga ‘mindset’ yang sama dimiliki oleh rakyat Malaysia?

Hasil temubual bersama pelabur Bitcoin di Malaysia mendapati bahawa hampir keseluruhannya bertingkah dari ‘mindset’ yang dipraktikkan di luar negara. Seorang ketua GRVTY Media yang ditemubual juga memiliki BTC, ETH, LTC, HAV dan GNT mengakui dirinya bukan dalam golongan tersebut. Katanya dalam temubual tersebut ialah beliau mempercayai bahawa wang kripto yang dilaburnya itu akan memberi keuntungan pada masa yang akan datang jadi tidak hairanlah jika beliau mengakui bahawa beliau bukanlah pelabur yang kerap membuat perdagangan kripto. Beliau hanya akan mempertimbangkan untuk menjual wang kripto hanya apabila beliau menumpukkan pada mata wang kripto sepenuh masa.

Sementara itu, seorang lagi juga memegang konsep yang sama dan beliau memiliki pelaburan dalam Ethereum. Katanya, walaupun beliau juga hampir tergoda untuk menjual wangnya semasa saham tengah mencanak naik, beliau percaya dengan sedikit kesabaran, wang itu akan menguntungkan jauh lagi banyak jika disimpan. Beliau juga berpendapat bahawa mereka yang menjual saham itu hanyalah inginkan wang ekspres tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang.

Dari semua yang ditemubual, hanya seorang sahaja yang mengakui bahawa beliau telah menjual sahamnya atas sebab memerlukan wang ketika itu. Beliau yang memiliki 10 jenis mata wang kripto itu hanya akan berhenti terlibat dengan mata wang kripto apabila saham itu sudah tiada nilainya. Kesimpulannya, rakyat Malaysia sebenarnya lebih bijak dalam menguruskan wang kripto kerana mereka percaya dan berpegah utuh pada mata wang kripto kerana itu adalah sebenarnya mata wang di masa yang akan datang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!