Akaun Twitter Bitcoin Dikembalikan Semula Setelah Digantung

63

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Tiga per empat pengikut akaun Bitcoin yang mulanya hilang akibat penggantungan akaun tersebut  kini kembali sedikit demi sedikit. Terdapat beberapa tuduhan dibuat tentang penggantungan sementara akaun popular tersebut di laman Twitter. Pemilik akaun Bitcoin yang tidak dapat dijejaki itu dikenalipasti melalui @bitcoin dan beberapa kontrovesi yang melibatkan Bitcoin, Bitcoin Cash dan Lightning Network. Pada Ahad lepas, akaun Twitter Bitcoin telah diharamkan tanpa sebarang penjelasan diberikan kepada pengikut pengikut akaun tersebut.

Beberapa spekulasi dibuat mengatakan bahawa pengharamkan itu disebabkan oleh aduan secara mendadak oleh pengikut tegar Bitcoin yang tidak berpuas hati dengan ‘plugins’ untuk Bitcoin Cash, sebuah alternatif mata wang digital selain Bitcoin. Dengan akaun. Amatlah mustahil untuk memuaskan hati semua pengikut terutamanya melibatkan akaun penting seperti @bitcoin

Apabila akaun @bitcoin yang terjejas oleh isu ini akhirnya digantung buat sementara waktu, seorang pemegang akaun baru, menggodam masuk akaun tersebut. Kemudian pemilik asal @bitcoin mengesahkan bahawa pemilik akaun baru itu tidak masuk akal. Twitter akhirnya membuka semula akaun itu walaupun sekurangnya 750,000 pengikut telah berhenti mengikuti akaun tersebut. Kemudian @bitcoin mengeluarkan status bahawa mereka telah kembali supaya pengikut mereka juga kembali kepada mereka.

Bitcoin Core Vs Bitcoin Cash

          Pengumuman oleh @bitcoin tersebut sebenarnya ditujukan khas kepada @jack, salah seorang penyokong Lightning Lab. Ini telah menimbulkan spekulasi bahawa penggantungan akaun itu berlaku atas dasar peribadi kerana @bitcoin telah menunjukkan sokongan terhadap Bitcoin Cash yang juga merupakan pesaing Lightning Network. Kedua-duanya direka untuk melakukan transaksi yang lebih laju dan murah dan juga ditubuh untuk bersaing dengan Bitcoin yang asal. Namun, Bitcoin Cash adalah sebuah ‘altcoin’ dan Lightning Network ditubuhkan atas rangkaian Bitcoin.

Penyokong Bitcoin Cash bertengkar dengan menjelaskan bahawa sistem mereka adalah sistem yang mencerminkan visi Satoshi Nakamoto iaitu rangkaian pembayaran ‘peer-to peer’ yang juga bercanggah dengan visi pemaju BItcoin Core. Penggantungan akaun ini bukanlah yang pertama, tetapi yang kedua dalam tahun ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!