Ant Financial Lancar Platform Backend-as-a-Service(BaaS) Bersama AliPay

66

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Ant Financial, sekutu kewangan gergasi e-dagang China Alibaba, melancarkan platform BaaS (Backend-as-a-Service).

Pengumuman itu dilaporkan dibuat oleh naib presiden Ant Financial Jiang Guoefei di Persidangan Eksplorasi Teknologi Ant (ATEC) di Hangzhou semalam.

Platform BaaS baru sedang dilancarkan seiring dengan program rakan sekutu Alibaba Group mengfokuskan pada perusahaan perniagaan kecil dan sederhana untuk melaksanakan dan mengadoptasi blockchain.

Pengumuman itu sejajar dengan apa yang dikatakan Gueofei sebagai langkah untuk “membuka” teknologi in-house Ant ke sektor komersil yang lebih luas:

“Dalam dua tahun kebelakangan ini, Ant Financial telah mengerjakan dua aspek mengenai blockchain. Satu adalah untuk meningkatkan teknologi, dan yang lain adalah untuk membukanya dan mempercepatkan pengkomersialan aplikasi blockchain.”

Sebagai sebahagian daripada dorongan untuk mengkomersilkan teknologi, Ant Financial menguji kiriman wang yang paling awal pada awal bulan ini, menggunakan khidmat penghantaran wang elektronik berasaskan blokchain yang baru dibangunkan. Percubaan menunjukkan pemindahan dana antara AliPayHK dari Ant Financial

Layari Laman Web AlibabaCloud : https://www.alibabacloud.com

– aplikasi pembayaran mudah alih Ant popular Alipay dari Hong Kong – dan aplikasi pembayaran Filipina GCash.

Pengasas Alibaba Jack Ma telah memberi isyarat peningkatan penglibatan AliPay dalam blokchain selama beberapa tahun, dengan Ant Financial yang paling baru-baru ini memperoleh pembiayaan $ 14 bilion untuk pembangunan teknologi pada bulan Jun ini.

Layari Laman Web AlibabaCloud : https://www.alibabacloud.com

 

Kini Blocky.my membuka kelas pada setiap hari Jumaat malam. Hanya 10 terawal yang daftar sahaja dipilih. Jika penuh anda boleh tunggu giliran Jumaat seterusnya. Tempah nama anda di link ini.

DAFTAR NAMA ANDA DIBORANG INI : DAFTAR SEKARANG JADI YANG TERAWAL

Jika anda ingin memerlukan perkhidmatan dari Blocky.my dalam pengurusan Aset Digital. Sila PM admin di Facebook Page Blocky 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!