Aplikasi Square Cash Perkenalkan Pilihan Jual Beli Bitcoin

53

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Terbaru, aplikasi Square Cash iaitu suatu aplikasi untuk menghantar dan menerima mata wang fiat dari syarikat pembayaran mudah alih Square, kini telah membuat dagangan Bitcoin (BTC) tersedia untuk hampir semua penggunanya tetapi tidak termasuk di New York, Georgia, Hawaii, dan Wyoming.

Ketua Pegawai Eksekutif Square dan Twitter, Jack Dorsey, mengumumkan berita itu dalam tweet-nya pada 31 Januari lepas dan turut memuatkan kartun pendek bertajuk “My First Bitcoin”, bagi menjelaskan Bitcoin kepada pendatang baru industri.

Oleh kerana Square beroperasi di rangkaian Point of Sale (PoS), penambahan BTC ke perkhidmatan mudah alihnya bermakna pada masa hadapan, mana-mana peniaga yang menggunakan sistem pembayaran Square berpotensi menerima Bitcoin sebagai bentuk pembayaran.

Walaupun syarikat itu menyatakan bahawa mereka tidak akan menambah yuran urus niaga tambahan untuk membeli dan menjual BTC di aplikasi Cash, aplikasi ini mengira harga di mana anda boleh membeli dan menjual dari sebut harga pertengahan pasaran, purata di seluruh bursa utama. Menurut Square dilaman sesawangnya, pengguna akan dibenarkan membeli BTC sehingga $ 10,000 dalam seminggu dan tiada batasan untuk menjual BTC.

Pada November 2017, Square telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan pilihan perdagangan BTC kepada 3 juta pelanggan terpilih, menyebabkan stok mereka melonjak $ 1 bilion dalam tempoh lima hari. Pengumuman Square adalah tidak lama selepas aplikasi Robinhood mengumumkan bahawa ia akan mula membenarkan pengguna untuk berdagang di Bitcoin dan Ethereum tanpa bayaran yuran bermula pada bulan Februari.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!