Atasi Masalah Kejatuhan Harga Crypto dengan Teather (USDT)

55

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Diramalkan harga bitcoin akan menurun sehingga mencecah paras $4000usd, manakala altcoin juga akan mengalami penurunan yang sangat ketara. Ini kerana serangan bertalu-talu FUD media serta manipulasi harga oleh pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri. Malah diingatkan jua , bahawa apa yang terjadi dalam industri kripto merupakan medan perang bagi industri institusi kewangan seluruh dunia. Malah syarikat-syarikat gergasi “silicon Valley” juga menentang institusi kripto.

Blocky.my pernah menerangkan perkara ini dalam artikel sebelum ini tentang “perang dingin” ini. Crypto menjadi musuh bagi SiliconValley di US bila muncul nya CryptoValley di Switzerland, CryptoBeach di Korea malah CryptoIsland yang bertapak di Malta.

Namun dalam peperangan mereka ini, Cara terbaik untuk mengambil kesempatan dalam mengekalkan aset digital , bitcoin atau altcoin disaat-saat getir ini adalah dengan pertukaran CRYPTO-USDT.

USDT Teather adalah crypto yang disandarkan pada nilai Dollar , maka walau apa jua terjadi dalam dunia crypto. Teather tetap akan mengekalkan nilai pada par $1 per token. USDT juga didagangkan dalam kebanyakkan exchanger.

Kebanyakkan trader menggunakan USDT untuk mengekalkan nilai pegangan USD tanpa perlu menghiraukan kejatuhan crypto yang teruk ketika ini. Namun perlu diingatkan juga bahawa cara ini perlu pemantauan setiap masa pada coinmarketcap, agar tidak terlepas peluang apabila kenaikan harga bitcoin semula.

Apa Itu Teather USDT?
USDT adalah aset cryptocurrency yang dikeluarkan pada blockchain Bitcoin melalui Omni Layer Protocol. Setiap unit USDT disokong oleh U.S. Dollar yang dipegang dalam rizab Tether Limited dan boleh ditebus melalui Platform Tether. USDT boleh dipindahkan, disimpan, dibelanjakan, seperti bitcoin atau apa-apa cryptocurrency yang lain, pengguna boleh berurus dan menyimpan tethers dengan mana-mana dompet Layer Omni yang dibolehkan seperti Ambisafe, Transaction Holy atau Omni Wallet.

USDT dan mata wang Tether lain dicipta untuk memudahkan pemindahan mata wang negara, untuk menyediakan pengguna dengan alternatif yang stabil kepada Bitcoin dan untuk menyediakan alternatif untuk audit pertukaran dan dompet yang kini tidak boleh dipercayai. USDT menyediakan alternatif kepada kaedah Bukti Kesolvenan dengan memperkenalkan “Proof of Reserves Process”.

Dalam sistem Bukti Rizab Tether, jumlah USDT yang diedarkan dapat dengan mudah diperiksa pada block Bitcoin melalui alat yang disediakan di Omnichest.info, sementara jumlah yang sama dengan USD yang dipegang rizab terbukti dengan menerbitkan baki bank dan berkala audit oleh profesional.

Orang ramai boleh menyemak USDT dalam edaran di sini. Jumlah USDT dalam edaran mesti sesuai dengan jumlah USD dalam akaun bank yang digunakan oleh Tether Limited untuk menerima dan menghantar mata wang fiat kepada pengguna yang membeli / menebus tethers secara langsung pada Platform Tether.

Untuk membuktikan bahawa jumlah USD dalam akaun bank adalah sama atau lebih daripada USDT dalam edaran, Tether Limited menerbitkan baki akaun bank di halaman Transparensi laman webnya. Juruaudit profesional akan sentiasa mengesahkan, menandatangani, dan menerbitkan penyata baki bank dan penyata kewangan.

Sistem yang selamat dan transparan bergantung pada blockchain tertua, Bitcoin, untuk menyediakan pengguna dengan aset yang harga stabil untuk mata wang Fiat.

USDT didagangkan dalam hampir kesemua Exchanger yang ada. Tukar bitcoin anda pada USDT , dan bila harga BTC jatuh ke par paling bawah beli semula BTC menggunakan USDT , cara ini akan melipat gandakan keuntungan anda disaat kejatuhan BTC.

Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang pelaburan yang berpotensi

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!