Bank Negara Australia Haramkan Taktik Pinjaman Bank Untuk Crypto

157

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Bank Negara Australia telah mengharamkan pembeli hartanah menggunakan ekuiti rumah, atau membuat pinjaman untuk membeli cryptocurrency

Bank of Queensland juga membenarkan pengharaman tersebut dengan potensi risiko pelaburan seperti ini, yang menyatakan bahawa walaupun perdagangan mata wang leverage boleh menjadi lumayan, Namun adalah menjadi kesalahan meminjam wang untuk pelaburan crypto. Bank of Queensland sedang mengemas kini kontrak pinjaman, dengan memberi amaran kepada pengguna bahawa “sebarang tujuan pinjaman yang melibatkan pengambilalihan atau pembelian cryptocurrency tidak diterima”.

Pada bulan April, kerajaan Australia mengumumkan bahawa pertukaran cryptocurrency mesti mematuhi peraturan anti pengubahan wang haram baru. Mengikut peraturan baru, pertukaran mata wang digital mesti mendaftar dengan pihak berkuasa, serta melakukan pelbagai prosedur melibatkan identiti (KYC).

Sebelum ini Australia bebas membeli crypto menggunakan kad kredit. Namun banyak laporan dibuat, Kebanyakan orang tidak dapat membayar hutang pinjaman dan masih menanggung kerugian akibat pasaran crypto yang sedang jatuh ketika ini.

Oleh itu , anda seharusnya bijak dalam membuat pelaburan, jangan menggunakan wang pinjaman atau wang komitmen untuk membeli crypto. Pelaburan haruslah menggunakan wang simpanan atau lebihan.

Walaupun begitu, tidak dinafikan juga ada juga yang berjaya dengan taktik gadaian dan pinjaman. Penulis pernah berjumpa seorang sahabat yang menggadaikan semua aset termasuk hartanah semata untuk membeli BTC pada awal tahun 2017 berharga RM 3,500 setiap 1 BTC dan kesusahan yang ditanggung selama 1 tahun menyebabkan dia menjadi multimillionaire pada awal tahun 2018.

Diwaktu itu , dia berjaya menjual semua BTC nya pada harga RM80K setiap 1BTC. Akhirnya dia bebas dari masalah wang. Namun tetap masalah lain datang, kerana hidup pasti tetap ada masalah. Cuma bezanya bukan masalah wang.

Penulis juga pernah berjumpa seorang sahabat yang pernah meminjam wang bank untuk pelaburan Ethos pada awal tahun 2017. Dimana sewaktu harga ico cuma berharga RM0.005 sen setiap satu dan harganya melonjak ke RM40 setiap satu pada awal tahun 2018. Namun kerana sangkaannya harga akan melonjak naik lagi , dia terus menyimpan dan tidak menjualnya ketika itu. Kini harganya jatuh ke RM5 setiap satu. Walaupun penyesalan yang dialami, namun dia masih bersyukur kerana harga RM5 itu juga sudah cukup menjadikan dia kaya.

Dari scenario diatas, penulis menggambarkan kepada pembaca bahawa bagaimana sifat tamak menganggu fokus seseorang. Seharusnya hidup ini anda perlu ada matlamat & visi. Kerana matlamat, anda akan berusaha keras. Jangan biarkan gangguan emosi & ketamakan menghijab fokus matlamat anda!!. dan yakinlah bahawa rezki tidak pernah tersalah alamat!!.

Jika anda baru mula melabur dalam crypto, JANGAN!! sangka crypto adalah pelaburan dalam masa singkat. Setiap pelaburan memerlukan masa dan pengorbanan. Boleh jadi keuntungan besar yang dikecapi itu adalah bayaran untuk kesusahan dan pengorbanan yang telah dilalui. Namun Sebagai seorang muslim ,walau besar mana keuntungan yang berhasil PASTIKAN ia dizakatkan. Kerana itu dikatakan “Berzakat dapat membersihkan jiwa dan menyucikan harta.”

Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!