Bank Negara Lancar Kertas Konsep Untuk Mata Wang Kripto

195

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Tampil berbeza dari negara negara lain, Malaysia telah mengambil langkah untuk memberi peluang kepada inovasi dan kreativiti dalam cabang teknologi kewangan. Tan Sri Muhammad Ibrahim, Governor Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa satu kertas konsep untuk mata wang kripto akan dilengkapkan dan dilancarkan bulan ini supaya orang ramai berpeluang menilai sendiri sama ada pelaburan sebegitu perlu atau tidak. Tambahnya lagi mereka akan memastikan promoter mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum, metodologinya telus, dan mereka yang bekerja seiring dengannya juga telus.

Berhadirkan 250 alumni daripada Harvard Business School, makan malam yang dikendalikan oleh BNM (Bank Negara Malaysia) digemakan dengan kata-kata positif memberi ruang untuk orang awam untuk melihat sendiri keberkesanan melabur dalam mata wang kripto. BNM menyokong kaedah baru tersebut dengan harapan dengan kertas konsep ini, orang ramai membuat keputusan yang bijak untuk terjebak dalam mata wang kripto. Mata wang kripto juga tidak akan dihalang oleh BNM memandangkan terdapat pelabur-pelabur di luar sana yang berminat dan gemar dengan kaedah ini.

Sejak September yang lepas, terdapat 1,100 mata wang digital yang wujud di seluruh dunia. Mata wang ini kebiasannya digunakan di luar kuasa bank, merupakan institusi landasan kerajaan dan hanya pertukaran berlaku hanya melalui internet. Sehubungan dengan itu, ramai yang berusia antara 35 hingga 45 melalui bankrap kerana kelalaian dalam penggunaan kad kredit. Golongan sebegini perlu membina rumah, menyara keluarga, memiliki kereta dan menyara persekolahan anak-anak dan mereka harus bijak mencari punca pendapatan untuk memenuhi kehendak sendiri dan keluarga. Walaupun bergaji RM3,000 mereka dijangkakan hanya mampu memiliki rumah bernilai RM180,000. Persoalannya, nilai tersebut akan diperolehi dari sumber yang bagaimana? Jadi tidak hairanlah BNM menyokong keberadaan mata wang kripto dalam dunia mata wang sekarang. Sekurangnya dengan cara ini, golongan berpendapatan apa sekali pun dapat menampung kekurangan yang membelenggu mereka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!