Bitcoin Jatuh Sebanyak $8,000 Punca Pengharaman Iklan Oleh Google

82

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Kejatuhan Bitcoin sebanyak 9% dikatakan berpunca daripada keputusan Google untuk mengharamkan mata wang kripto. Tindakan Google yang merupakan syarikal pembekal iklan terbesar juga disusuli oleh Facebook pada January lepas dengan menharamkan apa jua iklan berkaitan dengan ICO (Initial Coin Offerings) dan semestinya mata wang kripto. Google telah mengemaskini bersama polisi servis kewangan untuk menghadkan pengiklanan mata wang kripto dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Selepas Facebook mengambil
tindakan yang sama, Bitcon jatuh lagi sebanyak 12% pada hujung Januari.

Menurut Facebook, pihak mereka akan melarang sebarang produk atau servis kewangan yang selalunya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti penipuan mahupun pengeliruan. Walaupun diharamkan oleh Google dan Facebook, Brian Kelly, CEO BKCM mengatakan yang sebaliknya. Insiden ini mungkin akan menjadi lonjakan dalam dunia mata wang digital. Tambahnya lagi, harga pasaran tidak akan terjejas dengan keputusan ini. Menurutnya jualan dipengaruhi oleh pembanterasan dari China namun beliau tidak terkesan dengan ini kerana China telah lama membanteras Bitcoin iaitu sejak 2013. Dalam erti kata lain, Bitcoin tidak akan terjejas oleh ini kerana pembanterasan yang mempengaruhi jualan akan berlaku pada masa 24 jam yang akan datang.

Harga Bitcoin telah jatuh daripada $11,000 (RM42540) kepada $9,000 (RM34810) pada minggu lepas dek kerana keluaran kenyataan oleh SEC yang mengetatkan pertukaran mata wang kripto dan juga kerana berita oleh pertukaran yang berpusat di Hong Kong iaitu Binance. Selain Bitcoin, syarikat mata wang kripto seperti Ethereum,Ripple dan yang lain juga terkena tempias. Ethereum telah jatuh sebanyak 9% manakala Ripple, 8.6%.

Sumber: CoinDesk dan Coinmarketcap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!