Bitmain Melancarkan penjualan ASIC Miner untuk Ethash

79

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Syarikat gergasi China, Bitmain telah melancarkan penjualan ASIC Miner untuk Ethash bermula semalam.

Dalam tweet mereka, Bitmain mengatakan Antminer E3 merupakan”ASIC Miner yang paling berkuasa dan efisien di dalam dunia.” Satu unit bernilai $800 (RM3094) dan tidak dijual di China. Setiap pembeli boleh melakukan pembelian terhad 5 unit sahaja. Hanya Bitcoin Cash (BCH) dan US Dollars sahaja diterima untuk setiap pembelian.

Antminer E3

Hashing algorithm: Ethash

Power consumption: 800W

Hashrate: 180MH/s

Weight: 13 kg

Pelancaran mesin mining ini mengesahkan ura-ura yang beredar dikalangan komuniti kripto bahawa Bitmain akan menghasilkan ASIC Miner untuk Ethash. Ethash adalah algoritma Proof-of-Work digunakan oleh Ethereum dan beberapa altcoin lain untuk melombong.

Hal ini menyebabkan sesetengah komuniti Ethereum mencadangkan untuk melakukan hard fork (pertukaran protokol) dalam protokol ETH untuk menghalang penggunaan ASIC untuk melombong Ethereum. Hal ini kerana ASIC menyebabkan pelombongan akan menjadi bersifat berpusat (Centralize) dan pelombongan GPU akan berkurangan seterusnya akan menyebabkan monopoli.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!