Exchanger Terbesar Di Dunia Melancarkan Platform Dagangan Desentralisasi

90

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Binance, pertukaran mata wang Kripto terbesar berdasarkan jumlah dagangan, mengumumkan secara rasmi bahawa ia akan membangunkan Blockchain awam untuk mewujudkan platform dagangan desentralisasi, menurut satu kenyataan pada 13 Mac.

Visi Binance “Penukaran dagangan berpusat  (Centralized) dan Penukaran dagangan tidak berpusat (Decentralize) akan diwujudkan bersama dalam masa terdekat, melengkapi antara satu sama lain” memberi inspirasi kepada mereka untuk membangunkan rangkaian Binance, yang akan digunakan untuk pemindahan dan perdagangan aset Blockchain. Langkah ini juga akan mendorong pertukaran mata wang kripto ke arah mengubah sebuah syarikat menjadi sebuah komuniti.

“Kami percaya dengan memberi sokongan berterusan projek blockchain yang berkualiti tinggi adalah cara terbaik untuk membangunkan industri ini. Kami akan terus memperbaiki bahagian ini, seperti yang kami lakukan dalam kertas putih,” kata pihak mereka.

Blockchain baru ini juga akan menjadi host kepada Binance Coin (BNB), yang akan menjadi coin asli di mainnet (rangkaian utama) Blockchain itu sendiri.

Pertukaran dagangan desentralisasi berbeza daripada pertukaran berpusat kerana ianya tidak bergantung kepada perkhidmatan pihak ketiga untuk memegang dana pelanggan. Pengguna berurusan dengan pengguna lain tanpa memerlukan server berpusat, dan tidak ada pihak berkuasa berpusat yang mengawal order books atau penjagaannya.

Walaupun Pertukaran dagangan desentralisasi menawarkan sistem yang lebih anonymous (tanpa nama) dan dikenali sebagai platform yang lebih sukar untuk digodam, ianya boleh mengurangkan intuitif untuk pedagang awal dan akan ada kekurangan beberapa ciri dan fungsi yang ada pada pertukaran dagangan berpusat.

Pertukaran dagang desentralisasi bukan baru seperti platform Waves DEX, BitShares, NXT, CounterParty telah lama wujud.

Pernyataan Binance tentang perkara ini dikeluarkan sehari selepas mengumumkan hadiah sebesar $250,000 kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat yang membolehkan  penangkapan penggodam yang bertanggungjawab atas percubaan menggodam pada 7 Mac lalu.

 

Cukup dengan melabur pada Binance Coin juga pasti akan membuahkan hasil. Pada pendapat saya, cara Hodlers terbaik juga adalah dengan menyimpan coin-coin exchanger.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!