Bursa Mata Wang Kripto di Jepun Kekurangan ‘Jurutera’ Berkualiti

74

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Jepun baru baru ini menyedari bahawa negara itu kekurangan jurutera perisian apabila CoinCheck Inc telah digodam sebanyak US$530 juta wang digital dan dikatakan bahawa sebahagian daripada masalah tersebut adalah di luar kawalan. Coincheck juga mengakui jurutera berkemahiran amat sukar didapati walaupun banyak cubaan telah dibuat. Ketua Eksekutif Koichiro Wada menyedari bahawa mereka kekurangan pekerja dalam menguruskan semakan dalaman dan risiko sistem apabila ditemubual pada bulan lepas. Mereka juga cuba untuk melantik daripada agensi lain tetapi berakhir dengan kekecewaan.

Selain CoinCheck, pakar cybersekuriti dan pakar daripada Blockchain juga berhadapan dengan situasi yang sama. Kehilangan yang begitu banyak membuktikan sistem yang semakin matang dan semakin mudah terdedah kepada kecurian. Tambah Alexander Jenner dari Computer Futures, status ini boleh berhenti serta merta sekelip mata kerana walaupun sektor yang berkembang maju ini terlalu cepat berlaku dan sedang bertahan, ia akan gagal bila bila masa sahaja.

MELANTIK UNTUK BERTAHAN LAMA

Terdapat 32 syarikat pertukaran sedang berkuat kuasa di Jepun yang memerlukan jurutera berkemahiran tinggi dalam membantu pertumbuhan mata wang kripto. Mereka juga haruslah mahir dalam semua bidang, daripada mencipta sistem mesra pengguna hinggalah menaip kod bagi membantu transaksi pengeluaran wang digital. Malah pakar sekuriti juga menjadi permintaan tinggi bagi melindungi pengguna. Sama seperti CoinCheck, Quoine juga mangalami nasib yang sama dan percaya dengan adanya perlantikan baru, mata wang kripto mampu bertahan lama. Bagaikan tiada jalan penghujung, agensi pekerja juga tidak mampu membekalkan tenaga pekerja khusus dalam mata wang kripto kerana permintaannya yang terlalu banyak. Situasi ini mendesak syarikat pertukaran untuk menaikkan gaji dan menawarkan bonus kepada jurutera daripada bidang yang lain. Bayaran asas adalah antara 20% hingga 30% pada tahun lepas tetapi telah dinaikkan menjadi 11 juta Yen kepada jurutera dengan lima tahun pengalaman. Sekarang, tugas asas seorang jurutera sudah tidak dipandang lagi tetapi lebih cenderung pada jurutera yang berfikiran kreatif dalam penciptaan.

NILAI PASARAN

Salah seorang jurutera yang mempunyai kemahiran di atas ialah Ryo Fukuda. Jurutera berusia 21 tahun ini mempelajari cara menaip kod melalui YouTube dan menyertai Next Currency, sebuah firma kewangan yang sedang menjejak lesen pertukaran mata wang kripto. Dengan kemajuan mata wang kripto kini, nilai pasaran Fukuda telah melonjak naik. Sedang Hong Kong juga menghadapi masalah yang sama, namun di Britain, UK, San Fransisco dan New York mereka masih mampu mencari bakat dan tenaga pekerja di tempat sendiri tanpa sebarang masalah. Di Jepun, kebanyakkan rakyat yang pakar dalam mata wang kripto dan mempunyai pemahaman yang bagus dalam Blockchain sudah pun berkerjaya dan tidak merancang untuk menukar pekerjaan mereka

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!