Coincheck di Japan Mulai Pemulangan Wang

46

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Di Tokyo, pertukaran mata wang kripto oleh Coincheck.Inc telah mengkhabarkan bahawa pemulangan wang akan dilakukan sejurus selepas rompakan yang berlaku sebelum ini. Syarikat yang telah dirompak sebanyak 530 juta USD itu juga telah bercadang untuk menghentikan sekatan terhadap pertukaran dan pengeluaran beberapa mata wang kripto termasuklah Bitcoin, kesan daripada rompakan yang berlaku hujung Januari baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pihak Coincheck akan memulangkan sebanyak 431.6 milion USD kepada para pelabur yang kehilangan wang digital mereka di mana ianya merupakan mata wang yang terbesar setakat ini. Insiden ini telah menimbulkan kebimbangan di Jepun dan juga luar
negara terhadap keselamatan pertukaran mata wang kripto malah menimbulkan persoalan terhadap penyelenggaraan kewangan di negara itu.

Sehubungan dengan itu, Jepun telah memberi hukuman terhadap Coincheck dan enam lagi pertukaran yang lain dengan menyuruh mereka untuk membuat perubahan dalam pengurusan risiko untuk menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku lagi. Agensi Servis Kewangan menyatakan bahawa Coincheck kekurangan dalam mengendalikan kes-kes seperti ini dan hukuman kedua dijatuhkan adalah dengan meminta Coincheck untuk membuat laporan tentang penambahbaikan yang akan dilakukan sebelum 22 Mac.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!