Crypto Exchanger Digodam : kenapa perkara ini masih berlaku ,dan bagaimana cara untuk selamatkan simpanan crypto anda?

Bursa crypto terbesar korea BITHUMB yang digodam ratusan juta ringgit pada hari selasa . ini adalah serangan kedua pada skala yang sama sebesar itu pada bulan jun ini, jadi sementara exchanger sesama mereka mencari jalan penyelesaiannya ,kita dibiarkan buntu akan kenapa perkara macam ni boleh berulang kali jadi dan apa lagi langkah yang boleh diambil untuk melindungi pelaburan kita?

379

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Dalam bulan Jun ini, dua exchanger crypto digodam ,pertama berlaku kepada Coinrail dan kedua Bithumb ,keduanya syarikat yang berasal dari korea dan  penggodam telah berjaya mendapatkan sejumlah ratusan juta ringgit dari hasil rompakan itu .

Jumlah Bithumb digodam : 35 billion KRW ($31.6 juta)  

Jumlah Coinrail digodam : lebih 40 juta dollar(berdasarkan nilai token di exchanger tersebut)

siasatan kini dijalakan oleh kumpulan-kumpulan exchanger untuk mencari ruang penyelesaian bagi mempertingkatkan keselamatan dan sehingga kini tiada sesiapa yang dituduh atau dinamakan lagi , dan kita kena kenal pasti yang serangan seperti ini bukannya baru jadi dan malangnya ia membuatkan potensi untuk pelabur baru yang melihat potensi Cryptocurrency menjadi takut dan risau untuk melabur,dan kepada yang telah melabur menggigil ketakutan melihat BLOCKFOLIO mereka jatuh dan jatuh, dan kepada yang lihat dari lingkaran luar akan mempertikaikan yang “Kenapa kononnnya Pengganti duit kertas ini selamat tapi asyik digodam je ? .

Pada Pendapat Penulis kita telah menyaksikan kenaikan BITCOIN dan ALTCOIN yang mendadak semenjak beberapa tahun ini ,maka kenaikan yang dari zero to hero ini telah mengakibatkan pembesaran yang berlaku secara drastik lalu menyebabkan Exchanger ini tidak sempat dari segi Modal ,masa ataupun kebolehan teknikal untuk menaik tingkat sistem keselamatan mereka untuk menampung kemasukan yang ramai secara mendadak. so ” It needs more time”

memang bukan rahsia lagi untuk sesiapa tahu yang ruang crypto tidak terkawal atau dikawal oleh sesiapa  , crypto yang berlandaskan ruang tanpa identiti yang menyebabkan segalanya menjadi ( Anonymous) dan dengan kemahiran komputer yang lebih membuatkan penggodam ini mengambil kesempatan untuk menarik keuntungan haram di sisi undang-undang atau agama.

Apa nak buat ni?!!  labur dan simpan crypto dah banyak ni!! 

kita kena tahu tahu syarat syarat utama melabur dan  untuk menyimpan crypto di dalam exchanger, kita kena tahu yang menyimpan crypto dalam exchanger hanya sesuai untuk membuat pelaburan jangka masa pendek atau pun trade harian setengah pelabur merasakan yang” takpe, Exchanger itu dah cukup besar untuk gagal” , jadi walaupun exchanger besar mampu untuk membayar nilai besar untuk cover kos kehilangan tersebut tetapi tiada jaminan yang para pengguna akan mendapat semula nilai kehilangannya.

Untuk mereka yang ingin melabur kecik untuk jangka masa lama lebih sesuai menyimpan dalam “peti harta karun ” yang bermaksud menyimpan secara selamat di luar exchanger seperti offline wallet atau personal wallet wallet persendirian yang menyediakan perhidmatan mampu milik dan menyediakan perhidmatan keselamatan yang lebih tinggi.

dalam dunia yang tiada sempadan dan tidak dikawal oleh mana mana individu ianya adalah susah untuk kita betul betul mendapatkan jawapan tentang bagaimana cara untuk 100% selamat untuk melakukan apa apa perkara yang melibatkan duit,sedangkan bank yang dilindungi peti besi pun orang akan cuba rompak ,tetapi adalah kita untuk berfikir lebih dan menggunakan logik akal dalam membuat sebarang urusan apatah lagi isu kewangan .


Teori Konspirasi Penulis
Bila dilihat dari sudut yang besar kita boleh bau yang bila negara Korea Selatan digodam atau diserang selalunya datang dari Korea Utara dan mungkinkah ini satu sabotaj atau pun manipulasi jerung jerung buat berita ini untuk menurunkan harga lalu membelinya secara pukat sewaktu murah dan apabila orang marhaein menyertainya ianya akan mahal ?sejarah berulang dan orang akan beli ketika harga tinggi dan menyesali tindakan untuk tak membeli waktu murah??

Tinggalkan komen dan pendapat anda mengenai isu ini di ruangan komen dibawah,dan dapatkan info crypto malaysia terbaru hanya di WWW.BLOCKY.MY

untuk mengetahui berita terkini dan bertanyakan soalan tentang crypto boleh join kami di

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!