Cryptocurrency Sebagai Mata Wang Alaf Baru

161

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Berikutan Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan garis panduan untuk cryptocurrency menjelang akhir tahun ini. Dengan popularity cryptocurrency di bank pusat seluruh dunia, BNM mengambil langkah mengkaji mengenainya. Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata garis panduan itu bertumpu kepada aspek anti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Tambahnya lagi, mereka ingin memastikan wujudnya garis panduan yang jelas untuk mereka yang berminat untuk menceburi dunia ini.

Sebelumnya, BNM mengeluarkan kenyataan bahawa Bitcoin tidak diiktirafkan sebagai mata wang yang sah diperlakukan di Malaysia. Bitcoin tidak diselia oleh BNM menjadikan urusan berkaitan Bitcoin amat merbahaya dan berisiko tinggi. Orang ramai juga diingatkan supaya berhati hati dengan mata wang alaf baru tersebut. Mata wang virtual seperti Bitcoin adalah asset digital yang direka khas sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi bagi memjamin transaksi dan juga mengawal penciptaan mata wang tambahan.

Beliau juga percaya dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan inflasi yang terkawal memberi ruang kepada BNM untuk mengeluarkan dasar bagi kadar faedah. BNM tidak menukar kadar dasar semalaman pada 3.0 peratus awal bulan ini dan mengekalkan kadar stabil itu sejak Julai 2016. Sementara itu, katanya inflasi berpunca daripada harga minyak dunia namun BNM tidak menjangkakan kenaikan harga minyak dunia akan mempengaruhi kadar inflasi Malaysia.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!