CryptoJacking – Bahaya Malware Mining Menggunakan Komputer Anda Tanpa Disedari!!!

92

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Penipuan malware Cryptocurrency yang menjangkiti lebih berjuta komputer di China malah seluruh dunia. Pencipta malware juga berjaya mencuri lebih daripada $2 juta dalam tempoh dua tahun.

Baru-baru ini , Polis di bandar Da Lian, China telah menahan 20 suspek dari sebuah firma teknologi komputer yang didakwa menguasai sejumlah besar komputer untuk mendapatkan keuntungan daripada perlombongan cryptocurrency yang tidak sah.

Penggodam mencipta dan meletakkan malware di dalam website internet sebagai software download yang free, seperti software kelajuan melayari internet serta lain cara lagi untuk menarik minat supaya meng download. Malah kebanyakkan malware diiklan kan di seluruh laman web ,juga ditunjukkan dalam iklan paparan yang mencapai jutaan komputer di negara ini. Kebanyakkan website yang mempunyai malware adalah website torrent yang boleh download apa jua perisian.

Sila pastikan komputer anda dilengkapi anti-virus serta anti-malware. Jika anda terjumpa dengan warning seperti gambar diatas semasa melayari laman web , jangan meneruskan ke website tersebut. Ini kerana malware cryptojacking di letakkan dalam laman web tertentu.

Sebelum ini Blocky.My melaporkan tentang Coinhive, syarikat perkhidmatan captcha yang ditangkap pihak berkuasa jepun kerana aktiviti cryptojacking

Serta diperingatkan juga , jangan sebarang klik iklan paparan di mana-mana laman web. Kebanyakkan kes yang berlaku lebih daripada satu juta komputer kemudiannya dijangkiti kerana sebuah iklan yang diviralkan.

Para penggodam nampaknya memilih untuk melombong cryptocurrency yang kecil seperti Monero , Digibyte , Siacoin serta beberapa coin lain dan tidak memilih Bitcoin dan Ethereum kerana faktor hasrate crypto yang makin tinggi malah mereka tidak memerlukan sejumlah besar kuasa pengkomputeran, sehingga proses perlombongan back-end menjadi lebih tenang dan sukar untuk dikesan.

Penggodam juga mengembangkan rangkaian dengan bantuan ejen untuk membantu menyebarkan perisian perlombongan haram, seperti melalui hubungan kerja dengan kafe internet.

Pastikan anda check komputer anda , jika ada software yang mencurigakan segera delete dan sila pasang perisian anti-virus. Ini kerana kes cryptojacking mencuri hasrate komputer anda tanpa disedari membuatkan komputer menjadi slow dan bil elektrik yang melambung tiba-tiba. Malah cryptojacking juga memendekkan jangka hayat komputer anda.

Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!