Eksekutif Tertinggi VISA Bidas Sistem Bitcoin

62

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Vasant Prabhu, Ketua Pegawai Kewangan VISA, sebuah rangkaian pembayaran terbesar di dunia telah mengambil keputusan untuk merendah-rendahkan Bitcoin secara terbuka. Di samping memandang tinggi dengan kekayaan yang dimilikinya, beliau juga membidas kewujudan Bitcoin atau secara umumnya disebut mata wang kripto sebagai pusat politik yang dikendalikan oleh mereka yang tidak telus dan amanah. Beliau juga menambah bahawa majoriti pelabur yang melabur dalam dunia mata wang kripto sebenarnya tidak tahu menahu tentang sistem tersebut.

Dalam temubualnya bersama Financial Times, beliau juga mendedahkan keputusan seorang pegawai bank untuk menjual Bitcoin pada Mac ini dan berkongsi kegembiraan keluarga besar Prabhu untuk menyambut perayaan Thanksgiving sejurus mengetahui keuntungan beliau telah meningkat sebanyak dua kali ganda. Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau tidak sepatutnya menjadi kejutan kerana beliau sendiri tidak memahami konsep sebenar Bitcoin. Ini terbukti apabila beliau bertanyakan pihak yang mana akan menerima kelebihan mata wang kripto dan tiada siapa pun tahu.

Selain itu, Prabhu juga boleh dikatakan tidak maju apabila beliau menganggap mata wang kripto satu alat jenayah melalui kenyataannya “Tidak mudah untuk mendapat wang haram melalui sistem perbankan namun mata wang kripto adalah tempat dimana wang haram mudah didapati.” Apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau menandakan bahawa sama ada beliau masih jahil dalam dunia mata wang kripto atau pun sedang melemparkan FUD (Fear, Uncertainty and Doubt) secara sengaja setelah mengenakan cas kepada pembeli Coinbase awal tahun ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!