Elakkan Pelaburan Di Top 5 Exchanger Ini!!!

613

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Perkembangan dunia crypto turut disertai beribu exchanger-exchanger yang keluar. Namun selepas hasil pemerhatian dan pengalaman penulis yang sudah lama terlibat dalam bidang crypto ini. Penulis begitu pasti exchanger-exchanger terburuk namun popular dikalangan “newbie” yang baru masuk dalam dunia crypto.

Jika anda ada terlibat pelaburan crypto pada exchanger yang disenaraikan ini, Penulis menyarankan transfer ke exchanger yang lebih dipercayai. Ini kerana banyak berlaku kes-kes penipuan yang berlaku dalam exchanger. Oleh itu seharusnya anda sebagai pelabur lebih berhati-hati dan mengenal pasti syarikat pelaburan anda.

Namun perlu diingatkan setiap pelaburan pasti ada risiko , seperti dalam artikel Blocky.my sebelum ini tentang kisah seperti Exhcanger terbesar ketika itu iaitu Mt.Gox yang berasas di Jepun dan berjaya digodam sehingga diketegorikan sebagai kes Hack terbesar dalam dunia crypto.

AMARAN!!!

Pastikan Anda TIDAK meletakkan password yang sama dengan email anda register semasa di Exchanger. Bagi penulis , anda boleh menggunakan password yang sama untuk daftar di exchanger baru , cuma pastikan anda terus meng aktif 2FA authy. Ini untuk memastikan keselamatan Aset digital anda lebih terjamin keselamatan.

Ini kerana PENIPUAN ini pernah berlaku pada penulis , diwaktu era banyak pembukaan exchanger baru besar-besaran sejak 2016, penulis mengambil keputusan untuk meletakkan password yang sama dengan email dan akhirnya salah satu exchanger menggunakan password tersebut untuk cuba satu persatu masuk ke akaun Exchanger lain yang besar, dan dapat verify withdrawal jika anda tidak mengaktifkan Authy. Melainkan exchanger yang menyediakan PERKHIDMATAN REGISTER DIRECT MENGGUNAKAN EMAIL CONTOH SEPERTI GAMBAR DIBAWAH.

Ini kerana perkhidmatan Sign Up/ Register jenis ini sukar bagi programer untuk hack API dari Google, Facebook serta beberapa syarikat besar lagi.

Sekali lagi diingatkan PASTIKAN PASSWORD ANDA BERBEZA DENGAN EMAIL ANDA. Sememangnya di era zaman digital ini, email bukan lagi kehendak tapi keperluan dalam urus niaga online.

Berbalik pada tajuk artikel kali ini 5 Exchanger terburuk bagi penulis, selepas kajian yang lama dan melihat faktor perkembangan.

 

5. CoinExchange

CoinExchange.io adalah sebuah exchanger yang lama bertapak dalam dunia crypto , Exchanger ini punyai kelebihan tersendiri, Contohnya Coinexchange satu-satunya exchanger yang tidak memerlukan proses verify identification.

Namun banyak review dibuat tentang kelemahan exchanger ini dalam customer service.dan proses withdrawal juga mengambil masa. Walaupun tidak dinafikan banyak crypto murah yang berpotensi , namun bagi penulis, lebih memilih kearah pelaburan yang lebih selamat apabila Founder sesuatu Exchanger berani tampil kehadapan.

Tidak seperti exchanger ini yang anonymous , tiada info berkaitan siapa founder kepada exchanger ini. Maka sebab itu penulis menyenaraikan exchanger ini sebagai exchanger yang berisiko.

Namun ada juga pelabur yang mengambil kesempatan atas kelebihan exchanger ini tanpa perlu verifiaksi identiti untuk mencuci duit menggunakan exchanger ini.

PERINGATAN!!!
Risiko pelaburan diatas tanggungan anda sendiri.

Jika anda ingin mencuba , daftar akaun CoinExchange disini : www.coinexchange.io

 

4. EthTrade

EthTrade merupakan platform terawal bagi Ethereum. Malah EthTrade adalah tempat pertama kali Ethereum (2015) didagangkan di EthTrade sebelum ke pasaran exchanger lain. Jika dilihat waktu itu , EthTrade merupakan platform terbaik ketika itu.

Namun bagi penulis , EthTrade kurang berpotensi kini disebabkan sistem cara trading yang ditawarkan agak sulit dan sukar berbanding exchanger lain. Malah disebabkan itu juga muncul exchanger seperti Binance, Kucoin , Huobi dan berbagai lagi untuk lebih memudahkan perdagangan secara terbuka pada orang awam.

Namun jika anda seorang Traders yang pandai menggunakan nya , pasti anda tahu dimana peluang boleh diambil, ini kerana EthTrade hanya menerima Crypto yang berasaskan Ethereum (ERC-20 Token)

 

3. Poloniex

Poliniex merupakan exchanger terawal dalam dunia crypto, bagi trader yang bermula pada 2014 , Poloniex adalah exchanger terbaik dan paling popular ketika itu, ini kerana faktor Poloniex menyenaraikan crypto-crypto yang berpotensi ketika itu, malah ico-ico juga merupakan trend ketika itu. Hanya orang terawal sahaja berjaya mengambil peluang itu.

Poloniex yang merupakan exchanger dari Amerika dan menjadi perbualan hangat ketika itu.

Namun selepas beberapa tahun , Poloniex dilihat tiada perkembangan dalam progress syarikatnya. Ini menyebabkan exchanger lain mengambil peluang dari kelemahan Poloniex untuk lebih maju dalam Industri Crypto , Contoh seperti Binance dan Huobi yang cepat mengembangkan exchanger ke seluruh pelusuk dunia. Perkara ini meninggalkan Poloniex kini jauh ketinggalan walaupun diantara exchanger terawal.

 

2. C-Cex

C-Cex amat popular pada 2016, malah perkembangannya sangat laju apabila ramai menggunakan C-cex sebagai platform trading.

Namun pada hujung tahun lepas, semasa Christmas 2017 dengan selamba badaknya mengumumkan perkhidmatan tergendala untuk menyambut Christmas. Ini adalah alasan yang paling lawak dalam sejarah crypto, sebuah exchanger yang global boleh menutup perkhidmatannya selama 2 bulan kerana alasan Christmas Holiday dan membuatkan semua transaksi terhenti selama 2 bulan. Ramai orang mengadu dan membuat review buruk tentang exchanger ini sejak dari kes itu.

1. Yobit

YoBit adalah sebuah exchanger yang berpotensi asalnya, Jika dilihat, YoBit menyediakan platform bagi crypto-crypto baru yang ingin memulakan dagangan, secara tidak langsung memberi peluang kepada syarikat-syarikat ICO baru.

Namun mengapa penulis menyenaraikan exchanger YoBit ini sebagai ranking no.1 exchanger terburuk , ini kerana walaupun idea nya bagus memberi peluang kepada syarikat crypto untuk mula bertapak dalam dagangan, YoBit tidak memilih jenis ico yang baik, ini bermakna ico dan crypto yang scam turut didagangkan di platform tersebut. Disebabkan itu penulis lebih menyarankan exchanger seperti CobinHood untuk traders harian. Kelebihan CobinHood , menawarkan ICO yang terpilih dan berpotensi untuk disenaraikan di Platformnya.

 

Kesimpulan

Setiap pelaburan tetap mempunyai risiko yang tersendiri, cuma bezanya antara High Risk ataupun Low Risk. Keputusan Ini tetap berbalik kepada pelabur sendiri dalam percaturan pelaburan. Ketahui Top 5 Exchanger Terbaik yang direkeman penulis dalam artikel lepas.

Kini Blocky.my membuka kelas pada setiap hari Jumaat malam. Hanya 10 terawal yang daftar sahaja dipilih. Jika penuh anda boleh tunggu giliran Jumaat seterusnya. Tempah nama anda di link ini.

DAFTAR NAMA ANDA DIBORANG INI : DAFTAR SEKARANG JADI YANG TERAWAL

Jika anda ingin memerlukan perkhidmatan dari Blocky.my dalam pengurusan Aset Digital. Sila PM admin di Facebook Page Blocky 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!