Ethereum Sebagai Pelaburan Yang Terbaik

138

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Tidak dapat lagi disangkal bahawa Ethereum adalah cryptocurrency yang terbaik untuk dilaburkan sejak awal 2018. Bukan sahaja Ethereum mengeluarkan profit yang telus dalam bentuk mata wang Altcoins, terdapat juga pertimbangan untuk jangka masa yang panjang yang perlu difikirkan. Pertimbangan yang dimaksudkan ialah Casper. Casper merupakan perkembangan terbaru daripada Ethereum yang bertindak sebagai kenaikkan taraf yang dirancang. Namun setakat ini tiada sebarang berita tentang Casper walaupun perjanjian telah pun dibuat oleh Ethereum beberapa bulan yang lepas.

Akan tetapi, sebaik sahaja Casper tiba dan diimplementasikan, ia akan mengubah cara Ethereum dikendalikan iaitu dengan cara menambah PoS (Proof-Of-Stake) yang baru kepada PoW (Proof-Of-Work) yang lama dan sedia ada. Contohnya, sekiranya 100 blok ditambah kepada rantaian, terdapat satu blok solo yang akan divalidasi oleh PoS secara automatik. Ini merupakan perubahan yang besar kepada dunia cryptocurrency kerana ‘mining’ tidak lagi akan berlaku. Alasannya mudah. Dengan adanya Mesin Ethereum Virtual (EVM), pelabur boleh mensahamkan cache Ethereum untuk memperbaiki perjalanan rangkaian dan melindungi pelaburan yang sedia ada. Casper boleh diakses oleh dua syarikat yang menggunakannya selagi kedua-duanya mempunyai akses kepada EVM. Ini akan menjadikan Ethereum lebih stabil dan mata wang nya boleh dipercayai.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!