Facebook dan Microsoft Akhirnya Akur Dengan Teknologi Blockchain

73

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Gergasi media sosial telah melantik salah seorang jurutera kanannya , Evan Cheng, sebagai “Pengarah Kejuruteraan Blockchain”. Pertama kali dilaporkan oleh TechCrunch dan disahkan oleh Facebook pada hari Khamis lalu.

David Marcus yang juga ahli lembaga pengarah Coinbase, pernah menjadi presiden firma pembayaran PayPal telah diarahkan untuk meneroka implikasi Blockchain dalam media sosial Facebook.

Sebelum ini Facebook telah mengharamkan iklan berkaitan ICO. Namun telah membenarkan semula Iklan berkaitan Crypto baru-baru ini. Sekiranya Facebook melancarkan Crypto, ia berkemungkinan akan menjadi ranking pertama coinmarketcap, dengan potensi pasaran lebih daripada dua bilion pengguna.

Facebook kini bekerjasama dengan Microsoft dan IBM dalam usahasama membina Aplikasi Teknologi Blockchain. Mark Zuckerberg, pengasas Facebook ,membayangkan kepentingan dalam cryptocurrency dan teknologi desentralisasi dan mengakui kegagalan Facebook untuk melindungi data peribadi pengguna. Oleh disebabkan itu beliau akur dengan sistem Blockchain , data peribadi pengguna lebih terlindung dari ancaman siber, Malah dapat mengatasi masalah seperti fitnah fake akaun.

Facebook telah menggunakan mata wang maya sebelum ini, dengan ciri seperti Kredit Facebook yang boleh direct transfer melalui online bankin, kredit FB yang digunakan untuk pembelian dalam aplikasi permainan seperti Farmville.

Walau bagaimanapun, Facebook tidak bercadang untuk menggunakan bitcoin sebagai transaksi pembayaran. Pembayaran menggunakan Bitcoin kini sangat mahal dan sangat perlahan. Disebabkan itu Mark Zuckerberg tidak mengintergrasi sistem pembayaran menggunakan Bitcoin dan perkara ini mencetuskan idea padanya untuk melaksanakan sistem Blockchain nya tersendiri.

Walaubagaimanapun penulis pasti bahawa Facebook tidak akan melancarkan ICO , sebaliknya terus mengimplikasi mata wang maya kripto menggantikan wang kredit facebook.

Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!