Faktor Kemerosotan Cryptocurrency

111

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Kejatuhan harga pasaran Bitcoin betul betul menimbulkan kemusykilan kerana mana mungkin cryptocurrency yang begitu mendadak naik tiba tiba menjunam dengan teruk. Ryan Derks, seorang pelabur yang mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam dunia pelaburan kini memiliki dana khusus cryptocurrency yang didaftarkan bawah persekutuan menunjukkan minat untuk menerangkan isu yang dilanda Bitcoin baru baru ini.

Katanya kejadian yang dihadapi Bitcoin empat bulan lepas adalah pemahaman fizik yang mudah dimana pembelian dibuat secara banyak pada waktu yang singkat mengakibatkan sistem tidak stabil dan akhirnya menjunam. Sebanyak 30.9% penurunan dikesan oleh Bitcoin pada Januri 2015 menjadikan bulan sejarah itu sebagai titik hitam kepada pelabur-pelabur alam maya. Namun pemilik cryptocurrency Bitcoin tersebut menyangkal kenyataan bahawa penurunan ini berterusan bahkan mengkategorikan tragedi Januari tersebut sebagai satu kebetulan. Tambahnya lagi, pihak mereka seharusnya berhadapan dengan dunia pelaburan yang memerlukan corak permainan yang ada naik turun.

Derk juga memberi amaran kepada klien yang melabur dengan Bitcoin untuk menjangkakan penurunan sekuranya 40% sehingga 50% setiap tahun. Amaran ini dikeluarkan untuk mengelakkan pelabur panik seperti sebelumnya. Penurunan yang mendadak selepas kenaikan yang mendadak telah pun dijangkakan oleh beliau. Katanya setiap asset tradisional yang menjulung tinggi perlu merangkak kembali ke bawah. Beliau juga merupakan pelabur tegar dalam cryptocurrency dan percaya bahawa cryptocurrency berpotensi sebagai alat teknologi yang merosakkan namun terlepas daripada genggaman kerajaan. Beliau juga menantikan kesan kesan peenurunan ini terhadap pelabur seluruh dunia.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!