Great Lockdown Gugat Pelombong Crypto

44

“The Great Lockdown” itulah gelaran bagi peristiwa bersejarah dunia apabila dilanda wabak covid-19, malah peristiwa ini melukis semula landskap perlombongan bitcoin kerana krisis ekonomi menjadikan operasi kecil tidak menguntungkan malah akses ke rantaian bekalan perkakasan China sangat penting kini disekat.

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Operasi perlombongan Kanada seperti Hut 8 mempunyai kelebihan berbanding beberapa pesaing di luar negara: Mereka dianggap sebagai “perkhidmatan penting” di bawah strategi COVID-19 kerajaan persekutuan US. Tidak seperti di Argentina , syarikat pelombong BTC terbesar di Argentina terpaksa menghentikan operasi lombong akibat arahan kuarintin Covid-19.

“Dunia sedang bergelut sekarang dengan masalah rantaian bekalan yang berbeza seperti mendapatkan ventilator dan topeng di seluruh dunia berbanding dengan mesin perlombongan bitcoin,”

Secara umum, operasi perlombongan memerlukan elektrik murah dan kelonggaran kerajaan untuk terus berdaya saing sepanjang kitaran tidak stabil. Sebagai contoh, Iran pernah menjadi tuan rumah bagi industri perlombongan bitcoin yang berkembang maju disebabkan oleh subsidi elektrik yang diberi kerajaan.

Kawasan dengan syarikat perlombongan yang kuat, seperti China dan Rusia, mempunyai persekitaran peraturan yang menyokong kearah cryptocurrency. Rusia, khususnya, mempunyai rumah loji kuasa nuklear milik kerajaan yang menyewa ruang kepada pelombong crypto.

Kekuatan mata wang tempatan merupakan faktor penting lain. Kerana kadar pertukaran fiat yang tidak menentu, tertakluk kepada kedua-dua Great Lockdown dan dasar nasional, Jika harga BTC terus merundum maka banyak pelombong terpaksa menghentikan operasi.

Follow kami di  Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!