Hard Fork Ethereum : Dari Byzantium ke Constantinople

75

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Pemaju teras Ethereum (ETH) telah sepakat mencapai persetujuan untuk menangguhkan hard fork yang dirancang dalam roadmap sehingga Januari 2019.

Hard fork yang diberi nama “Constantinople,” pertama kali diuji pada Ethereum public Ropsten pada 13 Oktober, dan dijadualkan bakal diaktifkan pada Ethereum menjelang akhir Oktober-Nov. tahun ini. Testnet pada dasarnya adalah versi simulasi rangkaian utama yang membolehkan pemaju mencuba kontrak pintar atau naik taraf tanpa perlu membayar “gas” (yuran pengiraan) untuk pelaksanaannya.

Pemaju Ethereum memutuskan akan mencapai konsensus Constantinople “paling awal” pada akhir Januari 2019. Malah sebutan “hard fork” juga ditukar menjadi “kemaskini” Constantinople telah dijalankan dalam beberapa halangan; menjelang pengaktifannya pada blok 4,230,000, namun fork terhenti pada blok 4,299,999 selama dua jam, dengan pelombong testnet gagal mengaktifkan peralihan.

Pemaju pelanggan Ethereum Alfri Schoeden menjelaskan,ini disebabkan oleh “masalah persetujuan” yang telah mencetuskan fork tiga arah antara Geth dan Parity (dua pelanggan Ethereum).

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Hard fork Constantinople adalah kemas kini Ethereum seluruh sistem yang direka untuk meningkatkan kecekapan rangkaian, terutamanya rancangan untuk mengurangkan ganjaran blok untuk pelombong, serta memperkenalkan perubahan kepada mekanisme konsensus rangkaian yang akan menjadikannya boleh dilombong menggunakan ASIC.

 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!