Harga Bitcoin dan Cardano Jatuh Merundum

83

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Melihat prestasi pasaran kini, pelabur cryptocurrency bakal diancam keresahan kerana tekanan yang bakal dialami nanti. Setiap mata wang yang teratas akan jatuh dengan adanya ‘coins’ yang akan menerima nasib yang sama. Sebagai contoh, harga Cardano telah pun menjunam sebanyak 18.22% dan keadaan akan menjadi lebih teruk nanti.

Kini hangat diperkatakan bahawa khabar angain sedang tersebar di Korea Selatan, menyebabkan ramai pelabur crypto menjual saham mereka. Terdapat sumber mengatakan bahawa pertukaran tempatan Upbit sedang disiasat atas tuduhan mengeluarkan jumlah atau kuantiti dagangan rekaan yang mempengaruhi ‘listing’ yang banyak. Kejadian sebegini bakal menimbulkan ketakutan orang ramai terhadap cryptocurrency  dan tidak hairan jika gelombang sentiment seterusnya bakal tercetus.

Pihak atasan Korea Selatan telah membuat serbuan terhadap Upbit namun Upbit sedang memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada mereka. Tambah Upbit lagi, transaksi dan pengeluaran sedang beroperasi seperti biasa dan aset pelanggan telah disimpan dengan selamat di dalam akaun masing-masing. Pertukaran crypto ini adalah yang keempat terbesar menyebabkan banyak pasaran lain turut terjejas.

Sementara kebingungan ini berlangsung, tiada jangkaan masa dapat dibuat bagi memulihkan pasaran crypto pada waktu ini. Jika dilihat secara spesifik, harga Cardano telah jatuh sebanyak 18.22% sejak beberapa jam yang lalu namun peratusan tersebut boleh meningkat sehingga 25% dan kemungkinan besar, lebih lagi. Selain itu, Altcoin juga akan mengalami nasib yang sama malah mereka yang pertama akan menghadapi krisis ini kerana faktor kejatuhan harga Bitcoin.

Beralih kepada Bitcoin pula, sebanyak 5,5% telah jatuh dan ini adalah yang terendah sejak 20 April lalu. Cryptocurrency yang lain pulak jatuh sebanyak dua digit sejak 24 jam yang lalu menurut CoinMarketCap. Ethereum jatuh sebanyak 11%, Ripple sebanyak 17% dan EOS sebanyak 19%.  Pergelutan Bitcoin pada tahun ini adalah kesinambungan daripada kejatuhan lebih daripada nilai asal pada Disember 2017. Namun banyak penyokong cryptocurrency percaya Bitcoin akan naik semula setelah persidangan cryptocurrency terbesar bakal berlangsung di New York minggu hadapan. Bitcoin pula telah naik sebanyak $2,000 sejak persidangan Mei yang lepas.

sumber: cnbc, tarikh 11 Mei, ditulis oleh Evelyn Cheng ]

foto kredit: cointelegraph

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!