Harga Bitcoin Akan Kembali “Pulih”?

Berita Mt Gox Telah "Ditarik Semula"

346

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Seperti yang telah dijangkakan di dalam post saya sebelum ini, segala khabar angin yang disebarkan ternyata hanya untuk mengumpan para “uninformed trader” untuk melepaskan Bitcoin mereka pada harga rendah. Setelah harga Bitcoin mengalami kejatuhan lebih 20%, “berita besar” untuk pelabur Bitcoin telahpun “ditarik semula”.

Berita besar yang saya maksudkan adalah berita tentang pemegang amanah untuk exchanger kontroversi Bitcoin yakni Mt Gox akan menjual Bitcoin dalam jumlah yang banyak untuk membayar hutang-hutang yang ditanggung oleh exchanger yang telah ditutup tersebut.

Pada 3 jam yang lalu, CNBC telahpun mengeluarkan laporan bahawa pemegang amanah tersebut telahpun menunda hasrat menjual Bitcoin kepada bulan September tahun ini. Ini sememangnya sesuatu yang lucu. Hanya dengan berita berkenaan, jika anda memahami permainan yang dimainkan ini, dengan mudah anda boleh membuat keuntungan lebih 20% dalam masa kurang dari 1 minggu sahaja.

Ini jelas sebagai suatu permainan, dalam satu minggu yang sama dua berita dikeluarkan. Berita pertama membuatkan harga Bitcoin jatuh dan kemudian berita kedua terus akan memulihkan harga Bitcoin seperti sediakala.

Setelah laporan dari CNBC tersebut, harga Bitcoin didapati lebih stabil pada harga $9100 didagangkan di exchanger di US. Kemungkinan untuk harga Bitcoin terus menaik adalah sangat besar kerana penurunan sebelum ini adalah sangat dipengaruhi oleh khabar angin tentang Mt Gox ini.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!