Harga Crypto Jatuh Mendadak selepas berita Coinrail Exchanger dari Korea Selatan telah di Godam

44

 

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

COINRAIL Exchanger , bursa saham cryptocurrency Korea Selatan yang agak kecil, telah menulis tweet bahawa mereka telah digodam pada hari sabtu dan ahad lepas.

Harga Bitcoin turun lebih daripada 10% kepada harga terendah $ 6,647.33, sejak 9 April, menurut indeks harga bitcoin CoinDesk. Penurunan harga ini mengikuti laporan pada hari Jumaat lepas dari The Wall Street Journal bahawa pengawal selia A.S. sedang menyiasat manipulasi harga berpotensi di empat bursa saham cryptocurrency utama.

Harga Bitcoin mendadak jatuh pada hari Ahad lepas dengan kadar harga paling terendah dalam tempoh dua bulan ini, selepas pengisytiharan bursa Korea Selatan COINRAIL digodam.

 

Sepanjang minggu tersebut , Coinrail exchanger telah menulis di Twitter nya bahawa sistem mereka telah digodam, dan menyatakan bahawa mata wang kriptokal yang kurang dikenali seperti Pundi X coin adalah antara yang paling terjejas digodam. Malah Pundi X – Bitcoin adalah coin yang paling banyak didagangkan dalam Coinrail.

Walau bagaimanapun, kenyataan umum dari Coinrail tidak menyebut tentang bitcoin digodam, cuma beberapa curruncy lain seperti ETH, NPSX, ATX, DENT, termasuk juga token dari lain projek seperti Kyber Network, Storm, Jibrel Network dan Tron.

Mata wang kripto utama lain juga turut terjejas seperti 
Ethereum turun 14% pada harga $514 dan Litecoin juga turun lebih daripada 11% kepada sekitar $104.

Seperti apa yang dilaporkan bahawa penggodam tersebut telah membawa lari 1,927 ETH, 2.6 Bilion NPXS, 93 juta ATX dan 831 juta DENT. Jumlah kerugian dianggarkan melibihi 40 juta USD

Penurunan harga itu mengikuti laporan pada hari Jumaat dari The Wall Street Journal, memetik sumber, bahawa pengawal selia A.S. sedang menyiasat potensi manipulasi harga pada empat bursa cryptocurrency utama iaitu Bitstamp, Coinbase, itBit dan Kraken.
Scenario 1
Sebelum korea selatan mula melaksanakan peraturan baru terhadap kripto pada Febuari 2018 bahawa hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan berdagan kripto. Pada waktu itu , Korea Selatan merupakan negara yang paling banyak melabur dalam industri kripto, sehingga exchanger Bithump pernah menjadi exchanger no 1 di coinmarketcap (CMC). Padahal exchanger Bithump boleh hanya digunakan untuk rakyat Korea Selatan sahaja. Sedangkan exchanger Binance dari China yang merupakan negara market terbesar dunia malah Binance boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dari mana-mana negara, namun masih tidak dapat menandingi pasaran Korea Selatan ketika itu.

 

Scenario 2
Namun setelah peraturan baru diperkenalkan di Korea Selatan, “demand” pasaran korea semakin menurun atas dasar undang-undang Anti-Money Laundering yang dilaksanakan kerajaan Korean. Walaupun begitu, kita masih dapat lihat bahawa walaupun rakyatnya kurang berjual-beli coin (trading) namun amaun pelaburan terhadap industri kripto masih terbesar malah memegang negara no 3 pasaran kripto terbesar.

 

Scenario 3
Rentetan dari peristiwa Godam ini, begitu juga permasalahan “hackers” yang berlaku sejak tertubuhnya kripto dan exchanger, maka disini saya tekankan bahawa walaupun sekarang ini ramai peminat crypto yang menyokong kearah Decentralized. Namun hakikatnya manusia sangat memerlukan Centralized , lambat laun generasi akan datang tetap akan memilih kearah centralized , ini kerana jikalau terjadinya peristiwa kes seperti ini , investors tetap inginkan “kambing hitam” yang boleh dipersalahkan jikalau apa-apa kejadian buruk berlaku contoh seperti kes ini. Cuba anda bayangkan umapama Bitcoin ataupun coin yang “Anonymus” anda dirompak atau digodam. Dengan siapakah yang anda ingin mengadu atau laporkan?.Sedangkan Malaysia sendiri masih membentuk draf untuk menentapkan peraturan crypto.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!