"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

4. Apa Itu Ethereum?

Ethereum adalah platform untuk mewujudkan aplikasi terdesentralisasi yang berjalan di blokchain, melalui penggunaan kontrak pintar (Smart Contract). Sejak dilancarkan pada 30 Jun 2015, ia semakin popular. Bermula dari akhir Januari 2016, ia telah mengalami lonjakan. Pada bulan Mac 2016, dalam tempoh kurang dari satu tahun kewujudannya, pertumbuhan Ethereum memuncak mencapai modal pasaran yang memecah rekod lebih daripada $1 Billion. Sejak itu, keghairahan terhadap Ethereum telah reda dan menurun sedikit. Walau bagaimanapun, Ethereum kini di tempat kedua selepas Bitcoin pada senarai permodalan pasaran mata wang kripto.

Prestasi Ethereum

Bitcoin telah mengalami ledakan yang sama pada akhir tahun 2013 dan awal 2014, ketika itu harganya telah mencapai paras tertinggi sepanjang waktu. Dan pada ketika itu terlancarlah beratus-ratus, malah beribu-ribu jenis mata wang kripto alternatif (altcoin).

Sesetengah altcoin ini berjaya mencapai tahap kejayaan tertentu, tetapi tiada satu pun daripada mereka yang mencapai tahap kejayaan Ethereum.

Platform ini juga mendapat perhatian Microsoft, apabila diumumkan ketika pelancaran Ethereum Blockchain as a Service (EBaaS) berdasarkan platform Microsoft Azure pada November 2015.

Ethereum Pisang Goreng Panas

Kenapa: Ethereum seperti Bitcoin tiada kawalan berpusat (decentralized), tetapi mampu untuk berfungsi untuk banyak perkara lagi.

Cara rangkaian pengguna-ke-pengguna (peer-to-peer) Bitcoin adalah tidak berpusat dan teredar, di mana setiap peserta adalah pelanggan dan pelayan pada masa yang sama, membolehkan peningkatan dalam keselamatan dan ketahanan rangkaian tersebut.

Dalam sistem legasi, di mana seluruh rangkaian dikendalikan oleh entiti pelayan tunggal, yang mungkin boleh dieksploitasi oleh penyerang yang berpotensi, menjadikan ia menjadi titik lemah.

Sebaliknya, rangkaian yang tidak berpusat adalah:

• Sangat tahan terhadap serangan penggodam; • Mempunyai masa tidak aktif sifar, sekalipun beberapa bahagian lain tidak aktif; • Tidak dikendalikan oleh bilangan orang yang tertentu dan terhad (mempunyai hanya orang yang tertentu boleh menyebabkan masalah tambahan, baik secara sengaja atau tidak sengaja, disebabkan faktor kecuaian manusia semulajadi).

Sebagai tambahan kepada semua ciri-ciri tersebut, salah satu ciri yang paling penting dari blockchain dan Bitcoin adalah integriti data tersebut.

Rekod-rekod setiap transaksi yang dibuat dalam rangkaian Bitcoin boleh diakses oleh sesiapa sahaja, mudah dikesan dengan nama samaran penghantar dan penerima (tetapi tidak kepada identiti sebenar pengguna), dan hampir tidak dapat diubah.

Oleh itu, tiada siapa yang dapat menipu antara satu sama lain, sebagai contoh, menghabiskan mata wang kripto yang mereka tidak ada.

Kelebihan ini sangat penting untuk protokol pembayaran, tetapi sesetengah pemaju dengan cepat menyedari bahawa utiliti itu tidak berakhir dengan satu kes penggunaan yang mudah.

Pada dasarnya, bila mana anda perlu menyimpan pendaftaran beberapa data, ia boleh dibuat lebih terjamin dan efisien dengan blockchain:

• Nama domain; • Rekod pemilikan; • Kontrak perniagaan, dan sebagainya.

Permasalahan

Setakat ini, pemaju cuba menghasilkan aplikasi baru berdasarkan blokchain dalam dua cara yang berbeza, kedua-duanya berakhir dengan tidak berjaya.

Pilihan pertama adalah membina aplikasi di atas Bitcoin. Walau bagaimanapun, skrip Bitcoin bukanlah Turing lengkap, iaitu ia tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang kebiasaannya mudah diselesaikan oleh beberapa bahasa pengaturcaraan yang diketahui seperti C ++.

Ia dikaitkan dengan komplikasi teknikal dan memerlukan pemaju untuk memperkenalkan semua jenis “sokongan” untuk menjadikannya berfungsi.

Pilihan lain adalah untuk membangunkan, melancarkan dan mempromosikan blockchain alternatif anda sendiri, dengan itu mengurangkan peluang anda untuk menggunakan kuasa besar dari rangkaian Bitcoin secara keseluruhan.

Sebaliknya, anda perlu menjalankan blockchain anda sendiri, yang dikaitkan dengan kos yang tinggi, yang tidak boleh dijustifikasikan untuk setiap aplikasi.

Solusi

Ethereum telah menyelesaikan perbezaan ini untuk kali pertama, dengan mengintegrasikan bahasa pemograman serba guna dengan blockchain mereka sendiri.

Dengan itu, sesiapa sahaja boleh memikirkan apa sahaja aplikasi, di kod dengan mudah dan menawarkan rangkaian ETH untuk melaksanakannya.

Secara ringkasnya, Ethereum adalah komputer yang tidak berpusat dan teredar di seluruh dunia dengan kuasa yang tidak terhad.

Sebuah pemaju membuat kod penyelesaian dan menyebarkannya dalam rangkaian. Kemudian rangkaian melaksanakan dengan sendirinya, mengesahkan keluaran (output) dengan sendirinya dan mengedarkan nilai antara peserta dengan sendirinya.

Aplikasi dijalankan dengan cara yang benar-benar telus, tanpa sebarang campurtangan (input) daripada pihak berkuasa pusat, diperolehi dengan bantuan kontrak pintar (Smart Contract).

Kuasa rangkaian hanya dibatasi oleh bilangan dan kuasa komputer, yang tersambung kepadanya, dan tidak ada halangan untuk kemasukannya.

Komputer Dunia

Potensi penggunaan sistem ini adalah tidak terhad. Salah satu pilihan yang lebih jelas adalah membuat mata wang kripto baru dengan hanya beberapa dozen baris kod, dan terus melancarkannya pada blockchain Ethereum. Untuk perkara ini, mana-mana aset seperti kereta atau rumah, boleh dicagarkan dan didagangkan di blockchain dalam bentuk token.

Penyelesaian yang lebih rumit termasuk menyisihkan orang tengah (dan menghapuskan yuran orang tengah dalam proses) di beberapa pasaran sedia ada, seperti Pengiklanan Facebook dan Google AdWords. Ia boleh dicapai dengan mewujudkan rakan kontrak pintar (Smart Contract) dari semua proses perniagaan yang terdiri daripada syarikat-syarikat tersebut dan menjalankannya pada blockchain.

Satu lagi penggunaan Ethereum yang berpotensi ialah penyelesaian program kod untuk tugas-tugas saintifik yang kompleks, seperti pengiraan astrophysical teragih atau lipatan protein untuk syarikat-syarikat farmaseutikal.

Aplikasi sedemikian akan menikmati kuasa pengiraan teoritikal tanpa had daripada rangkaian, yang tidak dapat dicapai oleh computer berkuasa yang paling maju.

Sebagai contoh, kita lihat Augur. Ia adalah Peramal Pasaran Tidak Berpusat (Market Prediction Decentralized), secara teorinya mampu menyampaikan ramalan dengan tahap ketepatan yang lebih tinggi berbanding daripada pakar terbaik dalam mana-mana bidang tertentu. Ramalan tersebut dicapai melalui penggunaan prinsip kebijaksanaan orang ramai dimana soalan akan diajukan kepada orang ramai diseluruh dunia dan jawapan yang diberikan membenarkan mereka menyediakan ramalan yang hampit tepat dengan apa yang akan terjadi.

Masa Depan Ethereum

Kenapa Ethereum menjadi tumpuan sekarang sepatutnya sudah jelas sekarang dengan informasi yang telah disampaikan di atas.

Walaupun pada masa ini kemungkinan mata wang ini tidak mungkin pudar, banyak faktor akan mempengaruhi kepantasan skop pertumbuhannya di masa hadapan.

Ethereum memang menjanjikan peluang tanpa had. Tetapi sama ada janji itu akan dipenuhi dan sejauh mana, bergantung kepada betapa kuatnya rangkaian itu akan menjadi, dan betapa berbakat dan kreatifnya pemaju dalam penyelesaian tertentu.

Sejarah Ethereum

Ethereum merupakan cetusan idea Vitalik Buterin ketika beliau sedang mengembara ke serata dunia dan mengambil bahagian dalam beberapa projek Bitcoin. Idea tersebut adalah platform kriptografi yang selamat dan ekonomikal untuk pembangunan apa sahaja aplikasi yang tidak berpusat (decentralized).

Vitalik merupakan seorang pelajar di Universiti Waterloo dan meninggalkan pengajiannya pada tahun 2012 untuk projek Bitcoin. Beliau mengambil jurusan teori informasi, kriptografi, sosiologi, politik dan ekonomi. Dengan berlatar belakang kan ini, Ethereum dilahirkan oleh Vitalik sebagai instrumen untuk membina sistem yang lebih selamat, boleh dipercayai dan tidak sia-sia seperti sebelumnya.

Kertas Kerja Vitalik Buterin

Satu kertas kerja telah diterbitkan oleh Vitalik pada penghujung 2013 yang menyatakan perlunya justifikasi terhadap pembangunan teknologi baru, menggariskan prinsip asas dan aplikasi. Pada 23 Januari 2014, Vitalik telah menggumumkan di Bitcointalk forum tentang projek Ethereum.

Dalam posnya, Buterin mendedahkan bahawa dia bekerjasama dengan Dr. Gavin Wood dan Jeffrey Wilcke sebagai pemaju teras utama. Wood, seorang pakar teknologi bebas, telah mengambil bahagian dalam pembangunan Ethereum bersama Vitalik sendiri. Dia menerbitkan “Kertas Kuning” tentang spesifikasi rasmi Mesin Maya Ethereum, pada bulan April 2014. Dia kemudian membantu mengkodkan pelaksanaan fungsinya yang pertama ke dalam tujuh bahasa pengaturcaraan. Ini menandakan penciptaan prototaip pertama platform Ethereum.

Yayasan Ethereum Dan Terbitan Token

Bitcoin, seperti Ethereum, didasarkan pada teknologi Blockchain, tetapi ini sahaja tidak bermakna kecuali disokong oleh rangkaian pengkomputeran yang paling berkuasa dalam sejarah. Pelabur dan individu utama menabur ratusan juta dolar ke dalam ekosistem Bitcoin, membelanjakan wang ke atas peralatan perlombongan, perdagangan, penyelesaian perniagaan dan teknologi yang berkaitan.

Melancarkan rangkaian yang sama memerlukan usaha yang sama, mungkin lebih lagi. Untuk memulakan komuniti pemaju, pelombong, dan pelabur, Yayasan Ethereum memutuskan untuk melakukan penjualan lebih daripada 60 juta token digital, Ethers. Yayasan Ethereum, entiti sah yang berpangkalan di Zug, Switzerland, telah diwujudkan pada bulan Jun 2014, untuk menguruskan usaha perundangan dan pemasaran yang berkaitan dengan kempen crowdfunding. Kempen ini mendapat liputan dari penerbitan utama, baik dari media mata wang kripto dan lain-lain. Kempen ini mendapat kejayaan yang besar, di mana Yayasan telah peroleh lebih daripada $18 juta hanya dalam 42 hari. Ia telah menjadi rekod crowdfunding ke-5 terbesar.

Pengembangan

Dengan ini Buterin, Wood dan Wilcke dapat menumpukan lagi kepada bahagian pembangunan. Mereka melakukan ini selepas menubuhkan satu lagi entiti sah yang lain, ETH DEV, bertujuan semata-mata untuk mengarah dan mengawasi proses pembangunan Ethereum. Untuk mengekalkan momentum dan penglibatan komuniti di tahap yang tinggi, mereka terus menyiarkan beberapa versi perisian konsep bukti (Proof-of-Concept) yang lebih baik. Siaran yang kerap di blog rasmi mengekalkan minat terhadap Ethereum.

Pada masa yang sama, komuniti utama yang didedikasikan untuk Ethereum, seperti subreddit, mula berkembang pesat. Tidak lama, ekosistem menjadi cukup besar untuk menjamin pertemuan.

Persidangan Pertama

DEVCON-0, acara pertama yang didedikasikan khas kepada Ethereum, telah dijalankan oleh ETH DEV di Berlin, pada bulan November 2014. Di sana, para pemaju Ethereum dari seluruh dunia bertemu untuk membincangkan perkara mengenai keselamatan dan skala upaya rangkaian, yang mengakibatkan beberapa kemas kini penting kepada perisian. Keselamatan dan ketahanan Ethereum adalah, dan masih, paling penting kepada pemaju. Mereka berusaha keras untuk memastikan perkara ini meskipun ia membawa sesetengah orang kepada projek vaporware.

Salah satu langkah untuk memastikan keselamatan, selain pemeriksaan kod program biasa, adalah ujian rawak fuzz, yang dilakukan ‘dalam kotak hitam’, iaitu tanpa interaksi kod-manusia.

Sebaliknya, perisian itu diberi suapan input rawak dan penguji kemudian meneliti output untuk sebarang tanda kerosakan.

Pada bulan April 2015, Yayasan mengumumkan program geran DEV. Ia bertujuan membiayai projek terbaik dalam rangkaian Ethereum. Program ini diaktifkan semula pada Januari 2016 selepas terhenti seketika, dan masih tersedia kepada pemaju yang bercita-cita tinggi untuk menjalankannya.

Persiapan Terakhir

Persiapan pra-pelancaran telah bermula dengan penyiaran versi Olimpik, kod ke-9 dan yang muktamad bagi kod konsep bukti Ethereum. Pemaju telah menggunakan peluang ini untuk melakukan pemeriksaan keselamatan utama rangkaian. Mereka telah mengupah beberapa syarikat luar untuk menjalankan jejak audit kod tersebut. Para pemaju telah mengumumkan Program Pemburu Hadiah Ethereum (Ethereum Bounty Program): iaitu ganjaran Bitcoin yang besar untuk sesiapa sahaja yang dapat mencari apa-apa kelemahan dalam perisian Ethereum. Program ini masih aktif sehingga hari ini, jadi apa saja pepijat perisian yang masih berada di luar sana akan dicari oleh komuniti tanpa henti.

Serangan penuh pada kod Ethereum ini membolehkan pemaju akhirnya memastikan ia benar-benar bersedia untuk dilancarkan.

Ethereum Dilancarkan

Ethereum dilancarkan secara langsung pada 30 Jun 2015, lebih daripada setahun setengah selepas penerbitan awal kertas putih Vitalik Buterin. Usaha keras berpuluh-puluh, jika tidak beratus-ratus saintis, jurutera, dan pemaju telah memuncak dengan penyiaran Frontier. Sebagai versi beta, ia lebih stabil daripada yang dijangkakan, dan seluruh komuniti mula membinanya.

Pemaju telah menghurungi ke rangkaian, mengusahakan projek-projek baru. Mereka terus melancarkan benda baru hampir setiap hari, sebagai tambahan kepada mereka, yang telah pun bergerak secara langsung sejak penyiaran awal Ethereum.

Walaupun bahagian yang paling sukar untuk membangunkan teknologi ini sudah dijaga, kerja Yayasan Ethereum masih belum selesai.

Pada November 2015, ia mengadakan DEVCON-1, ekspo kedua untuk pemaju Ethereum. Ia dijalankan di London, dan dihadiri oleh lebih daripada 400 pemaju dan usahawan dari komuniti.

Antara yang hadir adalah wakil-wakil dari syarikat besar seperti UBS, IBM dan Microsoft, dan ini menandakan permulaan baru bagi Ethereum, apabila ia berkembang secara global dan menjadi trend utama dalam industri fintech, yang setaraf dengan Bitcoin.

Bagaimana Cara Membeli Ethereum

Ada pelbagai cara boleh digunakan untuk membeli Ethereum, tetapi kami akan kongsikan cara yang terbaik yang telah kami gunakan untuk membeli Ethereum.

Belian Di Bursa (Exchange)

Terdapat banyak bursa mata wang kripto seperti Poloniex [https://poloniex.com/], Kraken [https://www.kraken.com/], HitBTC [https://hitbtc.com/ETH-to-BTC] dan Bitfinex [https://www.bitfinex.com/] yang menjual Ethereum, dan anda boleh membelinya dengan menggunakan mata wang fiat atau mata wang kripto. Anda boleh berdagang menggunakan BTC anda atau mata wang crypto lain yang disokong untuk Ethereum. Atau anda boleh gunakan mata wang fiat untuk membeli Bitcoin dan kemudian tukarkannya ke Ethereum. Dari situ anda boleh mengeluarkan ETH anda ke dompet anda.

Yuran pembelian adalah pada nilai yang sama antara 0.1 hingga 0.2%. Yuran pengeluaran berbeza sedikit bergantung kepada pemindahan. Adalah lebih baik melakukan pemindahan SEPA yang diberikan samada secara percuma atau kurang daripada 1 Euro. Pemindahan bank ke negara lain boleh berkisar antara $5 – $20 dolar. Pengeluaran kripto biasanya percuma atau dengan yuran rangkaian sekitar 0.05 Euro.

Sekiranya anda sudah mempunyai Bitcoin yang anda mahu tukarkan kepada Ethereum, anda juga boleh cuba guna Buy Ether [https://www.buy-ether.com/]. Anda hanya perlu menghantar mereka Bitcoin anda dan masukkan alamat dompet Ethereum anda untuk menerima ETH sebagai balasannya. Untuk ini anda perlukan dompet Ethereum.

Membuka Dompet Ethereum

Ethereum Wallet [https://github.com/ethereum/mist] telah menggabungkan Shapeshift [https://shapeshift.io/#/coins] supaya anda juga boleh mendapatkan ETH anda melalui dompet anda jika anda mempunyai Bitcoin.

Jika anda berada di rumah dengan pengaturcaraan dan pengekodan, anda juga boleh menggunakan Geth [https://www.ethereum.org/cli]. Jika tidak, mungkin lebih baik untuk mencari antara muka (interface) pengguna yang lebih mudah. Ia bagus untuk menyatukan kontrak, menghantar dan menerima Ether. Walau bagaimanapun, jika anda hanya mencari dompet yang mudah dan jelas, maka ini mungkin bukan untuk anda.

Pilihan yang lebih mesra pengguna adalah MyEtherWallet [https://www.myetherwallet.com/]. Mudah bagi menghantar, menerima dan anda juga boleh mencetak alamat anda untuk simpanan rizab Bitcoin di luar talian (cold storage).

Pilihan lain adalah untuk mendapatkan dompet Ethereum anda pada telefon anda. Ia boleh dimuat turun melalaui Android sahaja buat masa ini.

Beli Ethereum Dari ATM

Tidak ada ATM khusus untuk Ethereum sahaja tetapi Lamassu (di California, Amerika) telah menambah pilihan untuk membeli Ethereum juga di atas Bitcoin di ATM mereka.

Ether Camp [http://www.ether.camp/] telah menyatakan bahawa kod sumber terbuka yang digunakan oleh Lamassu dapat diubahsuai untuk bekerja dengan platform Ethereum. Di samping menukar beberapa ETH anda untuk wang tunai atau Bitcoin, ATM ini juga boleh dibuat untuk berinteraksi dengan aplikasi berasaskan kontrak pintar pada blockchain Ethereum.

ATM ini terletak di 55 E 3rd Avenue, San Mateo, California – Hero City. Alamat itu adalah di atas pejabat pelopor teknologi realiti maya yang terkenal Boost VC [https://www.boost.vc/]. Tidak lama lagi, ATM lain akan turut dikemas kini.

Konsep Melombong Ethereum

Proses perlombongan Ethereum hampir sama dengan perlombongan Bitcoin.

Bagi setiap blok urus niaga, pelombong menggunakan komputer untuk menjawab persoalan berulang kali dengan cepat sehingga salah seorang daripada mereka mendapat jawapan yang tepat.

Lebih khusus lagi, pelombong akan menjalankan metadata header unik blok itu (termasuk stem waktu dan versi perisian) melalui fungsi hash (yang akan mengembalikan rentetan nombor dan huruf yang bercampur, dengan kadar panjang yang tetap, dan kelihatan rawak), hanya mengubah nilai ‘nonce‘, yang memberi kesan kepada nilai hash yang terhasil.

Jika pelombong menemui hash yang sepadan dengan sasaran semasa, pelombong akan dianugerahkan Ether dan menyiarkan blok ke seluruh rangkaian untuk pengesahan setiap nod dan menambah salinan lejar mereka sendiri. Jika pelombong B menjumpai hash pada blok semasa tersebut, pelombong A akan berhenti bekerja pada blok semasa dan ulangi proses untuk blok seterusnya.

Sukar untuk pelombong membuat penipuan pada proses ini. Tidak ada cara untuk palsukan kerja ini dan mendapatkan jawapan kerja yang betul. Itulah sebabnya kaedah penyelesaian ini dipanggil bukti kerja (proof-of-work).

Sebaliknya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk orang lain mengesahkan bahawa nilai hash adalah betul, yang sama pada setiap nod.

Lingkungan setiap 12-15 saat, pelombong menjumpai blok. Sekiranya pelombong mula menyelesaikan persoalan dengan lebih cepat atau perlahan daripada jangka masa ini, algoritma secara automatik menyesuaikan kesulitan masalah tersebut supaya pelombong-pelombong dapat kembali ke masa penyelesaian 12 saat.

Para pelombong secara rawak mendapat Ether ini, dan keuntungan mereka bergantung kepada nasib dan jumlah kuasa pengkomputeran yang mereka gunakan.

Algoritma bukti kerja yang khusus menggunakan Ethereum dipanggil ‘ethash’, direka untuk memerlukan lebih banyak memori menjadikannya lebih sukar untuk melombong menggunakan ASIC yang mahal (cip perlombongan khusus yang kini menjadi satu-satunya cara menguntungkan melombong bitcoin).

Dalam erti kata lain, ethash mungkin telah berjaya dalam tujuan itu, kerana ASIC yang berdedikasi tidak tersedia untuk melombong ethereum.

Selain dari itu, Ethereum juga telah beralih dari perlombongan bukti kerja (proof-of-work) ke “bukti kepunyaan” (proof-of-stake), menjadikan ia tidak berbaloi untuk jangka masa panjang menggunakan kaedah ASIC.

Peralihan Ke Bukti Kepunyaan

Ethereum mungkin tidak memerlukan pelombong selama-lamanya. Pemaju merancang untuk meninggalkan bukti kerja iaitu algoritma yang digunakan oleh rangkaian untuk menentukan transaksi mana yang sah dan melindunginya daripada diganggu, dan memihak kepada bukti kepunyaan di mana rangkaian itu dijamin oleh pemilik token.

Sekiranya dan ketika algoritma itu dilancarkan, bukti kepunyaan boleh menjadi satu cara untuk mencapai kesepakatan yang teragih, di mana ia menggunakan sumber yang lebih sedikit.

Bagaimana Melombong Ethereum?

Seperti yang telah diterangkan dalam konsep melombong Ethereum sebelum ini, pelombong menetapkan komputer untuk menyelesaikan persoalan kriptografi dalam usaha untuk mendapatkan Ether, dan mereka perlu mencuba menyelesaikan sejumlah besar masalah pengkomputeran sehingga seseorang dapat menyelesaikannya.

Salah satu perkara yang menarik mengenai blockchain terbuka adalah, secara teori, sesiapa sahaja boleh menetapkan komputer mereka untuk memberi tumpuan kepada persoalan kriptografi ini sebagai cara untuk memenangi ganjaran. Tetapi realitinya perlombongan di blockchain awam memerlukan lebih banyak kuasa dari masa ke masa, kerana lebih banyak orang melabur dalam perkakasan yang lebih berkuasa.

Pada hari ini, perlombongan yang berkuasa rendah tidak mungkin menang, tetapi ia boleh dijadikan sebagai hobi kepada para pengemar melombong Ethereum.

Memilih Perkakasan Perlombongan

Anda memerlukan perkakasan perkomputeran khas sepenuh masa hanya untuk tujuan perlombongan ini. Terdapat dua jenis perkakasan perlombongan: CPU dan GPU.

GPU mempunyai kadar hash yang lebih tinggi, bermakna mereka boleh meneka jawapan kepada persoalan dengan lebih cepat. GPU kini merupakan satu-satunya pilihan untuk pelombong Ether.

Penetapan kepada GPU adalah tugas yang sangat rumit. Kalau tak percaya, anda boleh buat carian di Google untuk nasihat tentang mana yang paling menguntungkan berdasarkan kadar prestasi hash, penggunaan kuasa dan perbelanjaan awal kad. Anda mungkin ingin memasang pelantar perlombongan, mesin yang mungkin terdiri daripada pelbagai GPU dan mungkin mengambil masa seminggu untuk membinanya.

Kalkulator keuntungan perlombongan menunjukkan jumlah Ether yang mungkin anda peroleh pada kadar hash tertentu, dan sama ada Ether itu mencukupi apabila ditolak dengan kos penyediaan dan kos elektrik. Untung atau tidak?

Memasang Perisian

Setelah menetapkan perkakasan perlombongan yang ingin digunakan, langkah seterusnya ialah memasang perisian perlombongan. Pertama, pelombong perlu memasang pengguna untuk menyambung ke rangkaian.

Pengaturcara yang biasa dengan baris arahan boleh memasang Geth, yang menjalankan nod Ethereum yang ditulis dalam bahasa skrip ‘Go’.

Setelah dipasang, nod anda boleh berinteraksi dengan nod lain dan menyambungkannya ke rangkaian Ethereum. Sebagai tambahan kepada perlombongan Ether, ia menyediakan antara muka untuk menggerakkan kontrak pintar anda sendiri dan menghantar transaksi menggunakan baris arahan.

Pengujian

Adalah lebih baik untuk menguji Ether pada rangkaian peribadi anda untuk bereksperimen dengan kontrak pintar (Smart Contract) atau aplikasi tidak berpusat (aktiviti yang memerlukan penggunaan token).

Perlombongan pada rangkaian ujian tidak memerlukan perkakasan mewah, hanya komputer rumah dengan Geth atau pengguna lain yang dipasang.

Perisian Ethminer

Perisian perlombongan Ethereum dikenali sebagai Etheminer. Setelah anda memuat turun pengguna dan nod, anda adalah sebahagian daripada rangkaian. Kemudian anda boleh memuat turun Ethminer. Pastikan anda muat turun versi Windows yang sesuai.

Setelah dipasang, nod anda akan secara rasmi memainkan peranan dalam mendapatkan rangkaian Ethereum.

Bergerak Secara Berkumpulan

Sebagai pelombong, anda mungkin tidak dapat melombong Ether dengan sendiri.

Itulah sebabnya pelombong harus berkerjasama dalam kumpulan dan mengumpul kuasa pengkomputeran mereka untuk meningkatkan peluang mereka menyelesaikan persoalan kriptografi dan penghasilan Ether. Kemudian, mereka boleh membahagikan keuntungan mengikut kadar kuasa yang disumbang oleh setiap pelombong.

Terdapat banyak faktor yang perlu difikirkan dalam menyertai kumpulan perlombongan sebegini. Setiap kumpulan mungkin tidak akan bertahan selama-lamanya, dan kuasa pengkomputeran setiap kumpulan sentiasa berubah. Jadi terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalan memilih kumpulan mana untuk disertai.

Satu perkara yang perlu diingat ialah setiap kumpulan lombong mempunyai struktur pembayaran yang berbeza.

Kumpulan perlombongan akan mempunyai beberapa jenis proses pendaftaran di laman web supaya pelombong boleh berhubung ke kumpulan dan memulakan perlombongan.

Apa Itu Aplikasi Tidak Berpusat (Decentralized Application)

Ethereum sememangnya unik kerana ia cuba untuk menggunakan blockchain sebagai cara untuk memperbetulkan bahagian yang bermasalah pada reka bentuk internet. Ia seperti aplikasi tidak berpusat dimana sesiapa sahaja boleh menerbitkan aplikasi mereka tanpa dihalang (dapps). Dapps menyambung pengguna dan pembekal secara langsung.

Dapps merupakan konsep baru dan ciri utamanya adalah ia sumber terbuka dan tidak mempunyai titik kegagalan pusat.

Mengikut kertas putih Ethereum [ https://github.com/ethereum/wiki/wiki/White-Paper#applications ], dapps terbahagi kepada tiga jenis: aplikasi yang menguruskan wang, aplikasi di mana wang terlibat dan aplikasi dalam kategori lain-lain, termasuk sistem pengundian dan sistem tadbir urus.

Aplikasi pertama, pengguna perlu menukar Ether sebagai cara untuk menyelesaikan kontrak dengan pengguna lain, menggunakan nod komputer teredar pada rangkaian sebagai cara untuk memudahkan pengedaran data ini.

Aplikasi kedua menggabungkan wang dengan maklumat dari luar blockchain. Untuk pelaksanaannya, kontrak pintar ini bergantung kepada factor luaran yang menyampaikan maklumat terkini tentang dunia luar. Untuk lebih senang faham, kita ambil contoh aplikasi insuran tanaman yang bergantung kepada suapan cuaca di luar. Katakan seorang petani membeli insuran tanaman yang secara automatik akan membayar jika ada kemarau yang memberi kesan kepada kerjanya.

Jika bitcoin boleh menghapuskan pihak berkuasa kewangan, adakah mungkin untuk melakukan perkara yang sama untuk syarikat dan jenis organisasi lain?

Pertubuhan autonomi yang tidak berpusat (Decentralized Autonomous Organization) adalah salah satu jenis dapp yang amat bercita-cita tinggi. Matlamatnya adalah menjadi syarikat yang tidak mempunyai pemimpin, menggunakan peraturan program pada permulaan bagaimana ahli dapat mengundi dan bagaimana untuk melepaskan dana syarikat dan kemudian membiarkan ia berfungsi dengan sendirinya.

error: Content is protected !!