"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Bitcoin

Bitcoin? Bagaimana ia diwujudkan? Apa perbezaan bitcoin dengan nilai mata wang lain? Kelebihan bitcoin pada masa kini? Kenali bitcoin secara terperinci untuk masa depan.

Mula Sekarang!

Ringkasan Mengenai Bitcoin

Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di internet dan sistem pembayaran digital yang pantas. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain melalui website di internet tanpa melalui bank (seperti p2p) . Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah, cepat dan murah.

Apa Itu Bitcoin?

Bitcoin adalah bentuk mata wang kripto pertama, yang diwujudkan dan dimiliki secara elektronik. Bitcoin tidak dicetak seperti mata wang ringgit, dollar, pound, euro dan sebagainya. Tidak dikawal segala transaksi oleh mana-mana bank pusat atau pihak pengawalselia. Segala transaksi dilakukan secara bersama oleh pengguna melalui rangkaian (network), iaitu rangkaian penyiaran mudah untuk menyebarkan transaksi dan blok, dengan menggunakan perisian komputer yang menyelesaikan masalah matematik.

Bagaimana Transaksi Bitcoin Berlaku

Dari perspektif pengguna, Bitcoin tidak lebih daripada aplikasi mudah alih atau program komputer yang menyediakan dompet Bitcoin dan membolehkan pengguna menghantar dan menerima bitcoin. Rangkaian Bitcoin berkongsi lejar awam secara besar-besaran yang disebut “blockchain”. Lejar ini mengandungi setiap transaksi yang pernah diproses yang membolehkan komputer pengguna mengesahkan kesahihan setiap transaksi.

Kenapa Perlu Guna Bitcoin?

Penggunaan Bitcoin mempunyai beberapa kelebihan. Bitcoin boleh dihantar dari komputer, tablet, telefon pintar atau peranti lain kepada sesiapa saja, di mana sahaja di dunia, siang dan malam.

Satoshi Nakamoto

Satoshi Nakamoto, nama yang terkesan dalam sejarah mata wang kripto (cryptocurrency) adalah pencipta protokol Bitcoin, menerbitkan sebuah kertas kerja bertajuk Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System pada November 2008. Beliau kemudiannya mengeluarkan versi pertama perisian perisian bitcoin pada tahun 2009, dan turut mengambil bahagian dengan projek lain dalam pembangunan bitcoin melalui senarai emel, sehingga akhirnya dia menyepikan diri dari komuniti pada akhir tahun 2010.

Cara Membeli Bitcoin

Bitcoin boleh dibeli di bursa online (exchange), atau terus dari orang lain melalui pasaran terbuka. Anda boleh membelinya dalam beberapa cara, samada menggunakan tunai, kredit, kad debit, pemindahan kawat, bahkan dengan mata wang kripto lain, bergantung anda beli dari siapa dan tempat tinggal anda.

Cara Menyimpan Bitcoin

Sebelum memiliki bitcoin, anda perlu tempat untuk menyimpannya. Tempat itu dipanggil “dompet”. Dompet Bitcoin (Bitcoin Wallet) merupakan perisian yang membolehkan pengguna menerima, menyimpan dan menghantar bitcoin dan memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat dan mengurus koleksi kunci peribadi (private key). Kunci peribadi adalah rentetan aksara rahsia yang menggunakan dompet bitcoin bagi membolehkan mereka untuk memindahkan bitcoin dengan menyelesaikan masalah matematik yang boleh disahkan oleh rangkaian Bitcoin.

Perlombongan Bitcoin

Tujuan utama perlombongan adalah untuk membolehkan nod-nod Bitcoin mencapai kesepakatan yang terjamin dan bebas. Perlombongan juga merupakan mekanisma yang digunakan untuk memperkenalkan Bitcoin ke dalam sistem di mana pelombong (miners) dibayar yuran transaksi serta insentif bagi syiling yang baru dibuat. Kedua-duanya ini bertujuan untuk menyebarkan syiling baru dengan cara tidak berpusat (decentralize) serta sebagai motivasi kepada orang untuk menyediakan keselamatan untuk sistem ini.

Percabangan Bitcoin (Fork)

Percabangan (fork) adalah projek yang dimulakan berdasarkan kod sumber orang lain dan berlaku apabila blokchain menyimpang menjadi dua laluan yang berpotensi maju ke hadapan – sama ada berkaitan dengan sejarah transaksi rangkaian atau peraturan baru dalam memutuskan apa yang membuat transaksi menjadi sah. Setiap satu daripada projek itu boleh dibangunkan secara bebas dari satu asas dan pilihan yang tidak ada dalam projek utama dapat direalisasikan di percabangan. Dalam kes mata wang kripto setiap syiling lain adalah dikenali Percabangan Bitcoin.

error: Content is protected !!