"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Bagaimana Transaksi Bitcoin Berlaku

Dari perspektif pengguna, Bitcoin tidak lebih daripada aplikasi mudah alih atau program komputer yang menyediakan dompet Bitcoin dan membolehkan pengguna menghantar dan menerima bitcoin. Rangkaian Bitcoin berkongsi lejar awam secara besar-besaran yang disebut “blockchain”. Lejar ini mengandungi setiap transaksi yang pernah diproses yang membolehkan komputer pengguna mengesahkan kesahihan setiap transaksi.

Ketulenan setiap transaksi dilindungi oleh tandatangan digital yang sepadan dengan alamat penghantar, membolehkan semua pengguna mempunyai kawalan penuh untuk menghantar bitcoin.

Oleh itu, tiada penipuan, tiada caj balik dan tiada maklumat pengguna yang boleh dikompromi. Isu pencurian identiti tidak mungkin boleh berlaku.

Versi Mudah

Sekiranya saya ingin menghantar beberapa bitcoin saya kepada anda, saya war-warkan niat saya dan nod mengimbas seluruh rangkaian bitcoin untuk mengesahkan bahawa saya:

  1. mempunyai bitcoin yang ingin dihantar; dan
  2. belum dihantar kepada seseorang yang lain.

Sebaik sahaja maklumat itu disahkan, transaksi saya dimasukkan ke dalam rantaian blok yang disambungkan ke blok sebelumnya – maka inilah istilah “blockchain.” Transaksi tidak boleh dibatalkan atau diganggu.

Menjadi Semakin Rumit

Dompet bitcoin saya sebenarnya tidak memegang bitcoin saya secara fizikal. Apa yang dilakukan ialah memegang alamat bitcoin saya, yang menyimpan rekod semua transaksi saya, dan baki bitcoin saya. Alamat ini adalah rentetan panjang 34 huruf dan nombor – juga dikenali sebagai kunci awam (Public Key) saya. Saya tidak keberatan jika seluruh dunia boleh melihat urutan ini. Setiap alamat / kunci awam mempunyai kunci peribadi (private key)sepadan dengan 64 huruf dan nombor. Kunci peribadi ini adalah rahsia, dan penting sekali saya menyimpannya dengan selamat. Kedua-dua kekunci ini berkaitan, tetapi tidak ada cara anda akakn dapat mengetahui kunci peribadi saya dari kunci awam saya.

Itu penting, kerana apa-apa transaksi yang saya keluarkan dari alamat bitcoin saya perlu “ditandatangani” dengan kunci peribadi saya. Untuk melakukan ini, saya meletakkan kedua-dua kunci peribadi saya dan butiran transaksi (berapa banyak bitcoin yang saya mahu hantar, dan kepada siapa) ke dalam perisian bitcoin pada komputer atau telefon pintar saya.

Dengan maklumat tersebut, program ini melancarkan tandatangan digital, yang dihantar ke rangkaian untuk pengesahan.

Transaksi ini boleh disahkan – iaitu, ia boleh disahkan bahawa saya memiliki bitcoin yang saya hantarkan kepada anda, dan saya belum menghantarnya kepada orang lain sebelum ini – dengan memasukkan tanda tangan dan kunci awam saya (yang semua orang tahu ) ke dalam program bitcoin. Ini adalah salah satu bahagian pintar dari bitcoin: jika tandatangan dibuat dengan kunci peribadi yang sesuai dengan kunci awam, program ini akan mengesahkan transaksi, tanpa mengetahui apa kunci peribadi. Bijakkan!.

Rangkaian kemudian mengesahkan bahawa saya belum pernah mengunakan bitcoin tersebut dengan menjalankan carian sejarah alamat saya, yang boleh dilakukan kerana ia mengetahui alamat saya (iaitu kunci awam saya), dan kerana semua transaksi pada lejar bitcoin diketahui awam.

Menjadi Bertambah Rumit

Sebaik sahaja transaksi saya telah disahkan, ia dimasukkan ke dalam rantaian blok bersama dengan sekumpulan transaksi lain.

Sebelum itu anda harus tahu apa itu hash, kerana ia penting untuk perenggan seterusnya. Hash dihasilkan oleh fungsi hash, yang merupakan persamaan matematik yang kompleks yang mengurangkan jumlah teks atau data kepada rentetan 64 karakter. Ia tidak rawak – setiap kali anda memasukkan data tertentu yang ditetapkan melalui fungsi hash, anda akan mendapat rentetan 64 karakter yang sama. Tetapi jika anda menukarnya walaupun hanya satu koma, anda akan mendapat rentetan 64 karakter yang sama sekali berbeza. Ini adalah cara yang sangat berkesan untuk mengetahui jika sesuatu telah berubah, dan bagaimana blockchain dapat mengesahkan bahawa transaksi tidak diganggu.

Kembali ke rantaian blok tadi, setiap blok termasuk sebahagian daripada datanya, mempunyai hash blok sebelumnya. Itulah yang menjadikannya sebahagian daripada rantaian, yang dipanggil blockchain. Oleh itu, jika satu bahagian kecil dari blok terdahulu diusik atau diubah, hash blok semasa juga akan turut berubah (ingat bahawa satu perubahan kecil dalam input fungsi hash mengubah output).

Sekiranya anda ingin mengubah sesuatu di blok sebelumnya, anda juga perlu menukar sesuatu (= hash tersebut) dalam blok semasa, kerana yang telah dimasukkan sebelum ini tidak lagi betul. Ini menjadikan ia sangat sukar untuk dilakukan, kerana pada masa anda telah mencapai separuh jalan, mungkin terdapat satu lagi blok terkini di atasnya. Dan anda juga perlu mengubahnya…dan seterusnya.

Inilah yang menjadikan Bitcoin hampir sukar diganggu atau diubah. Saya katakan hampir kerana ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan, tetapi sangat, sangat, sangat, sangat, sangat sukar dan menjadikan kebarangkalian berlaku hampir tidak mungkin terjadi.

Siapa Mengawal Rangkaian Bitcoin?

Tiada siapa yang mengawal atau memiliki rangkaian Bitcoin ini. Transaksi Bitcoin disahkan oleh pelombong (miners) Bitcoin yang berada dalam industri dan membuat pilihan perlombongan awan Bitcoin yang akan digunakan. Walaupun pemaju berusaha memperbaiki perisian itu, mereka tidak boleh memaksa perubahan dalam protokol Bitcoin kerana semua pengguna bebas memilih perisian yang mereka ingini dan versi yang mereka gunakan.

Untuk memastikan mereka serasi antara satu sama lain, semua pengguna perlu menggunakan perisian yang mematuhi peraturan yang sama. Bitcoin hanya boleh berfungsi dengan betul dengan adanya kesepakatan di kalangan semua pengguna. Oleh itu, semua pengguna dan pemaju mempunyai galakan yang kuat untuk melindungi persefahaman ini.

Kenapa Perlu Guna Bitcoin?

error: Content is protected !!