"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Cara Menyimpan Bitcoin

Sebelum memiliki bitcoin, anda perlu tempat untuk menyimpannya. Tempat itu dipanggil “dompet”. Dompet Bitcoin (Bitcoin Wallet) merupakan perisian yang membolehkan pengguna menerima, menyimpan dan menghantar bitcoin dan memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat dan mengurus koleksi kunci peribadi (private key). Kunci peribadi adalah rentetan aksara rahsia yang menggunakan dompet bitcoin bagi membolehkan mereka untuk memindahkan bitcoin dengan menyelesaikan masalah matematik yang boleh disahkan oleh rangkaian Bitcoin.

Pada kebiasaannya, dompet ini boleh memegang beberapa kunci peribadi (private key), dan ramai pelabur bitcoin mempunyai lebih dari satu dompet.

Dompet boleh aktif secara langsung di komputer dan / atau peranti mudah alih anda, di alat simpanan fizikal, atau di atas sekeping kertas. Di sini kita akan melihat secara ringkas pelbagai jenis dompet.

 

Dompet Desktop

Memasang dompet secara langsung pada komputer anda memberi jaminan keselamatan bahawa anda yang mengawal kunci anda. Kebanyakannya mempunyai konfigurasi yang agak mudah, dan percuma. Kelemahannya ialah mereka memerlukan lebih banyak penyelenggaraan dalam bentuk sandaran (backups). Sekiranya komputer anda dicuri atau rosak dan anda tiada salinan kunci peribadi anda di tempat lain, maka anda akan kehilangan bitcoin anda.

Dengan dompet jenis ini, anda perlukan langkah berjaga-jaga yang lebih lagi. Ini adalah kerana sekiranya komputer anda digodam dan pencuri dapat pegangan dompet atau kunci peribadi anda, dia juga akan dapat memiliki bitcoin anda.

Dompet desktop asal adalah protokol Bitcoin Core, program yang menjalankan rangkaian bitcoin.

Kebanyakan dompet yang digunakan hari ini adalah dompet ringan, atau dompet SPV (Simplified Payment Verification – Pengesahan Pembayaran Mudah), yang tidak memuat turun keseluruhan buku lejar tetapi menyegerakkan (sync) kepada yang terkini. Electrum adalah dompet bitcoin desktop SPV yang terkenal yang juga menawarkan “penyimpanan beku” (pilihan simpanan di luar talian sebagai keselamatan tambahan).¬†Sesetengah (seperti Jaxx) boleh memegang pelbagai jenis aset digital, dan beberapa (seperti Copay) menawarkan kebolehan akaun yang boleh kongsi.

Dompet Online / Hot Wallet

Dompet Online (atau berasaskan pengkomputeran Cloud) menawarkan kemudahan yang lebih baik di mana anda boleh mengakses bitcoin anda dari mana-mana peranti jika anda mempunyai kata laluan yang betul. Ia mudah digunakan dan mudah alih yang memudahkan anda untuk membelanja dan menerima bitcoin di mana-mana, dan kebanyakannya adalah percuma.

Kelemahannya adalah keselamatan yang lebih rendah. Kunci peribadi anda tersimpan di cloud dan anda perlu mempercayai langkah keselamatan penyedia perkhidmatan tersebut yang tidak akan lari dengan wang anda, atau menutup dan menafikan akses anda.

Beberapa dompet online utama yang bekerjasama dengan bursa seperti BitGo, Coinbase dan Blockchain. Sesetengah menawarkan ciri keselamatan tambahan seperti penyimpanan luar offline seperti Coinbase dan Xapo.

 

Dompet Offline / Cold Wallet

Dompet offline adalah peranti kecil yang bersambung ke laman sesawang untuk membuat transaksi bitcoin. Ia sangat selamat, kerana ia secara umumnya di luar talian dan tidak boleh digodam. Tetapi kebarangkalian ia boleh dicuri atau hilang amat tinggi, dan ia turut dicuri atau hilang Bersama dengan bitcoin dan kunci peribadi yang tersimpan didalamnya. Beberapa pelabur besar menyimpan dompet perkakasan mereka di lokasi selamat seperti dalam peti besi bank. Trezor, Keepkey, Ledger dan Case adalah contoh dompet perkakasan ini.

Dompet Kertas

Mungkin yang paling mudah antara semua dompet, kepingan kertas cetakan kunci peribadi dan awam alamat bitcoin. Sesuai untuk penyimpanan bitcoin jangka panjang (sila jauhkan dari api dan air), atau bitcoin diberikan sebagai hadiah, dompet ini lebih selamat kerana mereka tidak disambungkan ke rangkaian. Walau bagaimanapun, mereka lebih mudah hilang atau rosak.

Dengan perkhidmatan seperti WalletGenerator dan BitcoinPaperWallet, anda boleh membuat alamat baru dan mencetak dompet pada pencetak anda dengan mudah. Hanya perlu Lipat dan Simpan. Hantar beberapa bitcoin ke alamat itu, dan kemudian simpannya dengan selamat atau berikannya sebagai hadiah.

Adakah Dompet Bitcoin Selamat?

Semuanya bergantung pada versi dan format yang anda pilih, dan bagaimana anda menggunakannya.

Pilihan yang paling selamat adalah dompet offline yang disimpan di luar talian, di tempat yang selamat. Dengan cara itu tidak ada risiko bahawa akaun anda boleh digodam, kunci peribadi anda dicuri dan bitcoin anda dibawa lari. Tetapi, jika anda kehilangan dompet, bitcoin anda hilang, melainkan anda telah membuat salinan dan / atau menyimpan sandaran kunci ditempat yang boleh dipercayai.

Pilihan yang paling tidak selamat adalah dompet online, kerana kunci peribadi yang dipegang oleh pihak ketiga. Ia juga menjadi yang paling mudah untuk digunakan, memberikan anda untuk membuat penilaian antara keselesaan berbanding keselamatan.

Ramai pelabur bitcoin yang tegar menggunakan pendekatan hibrid: mereka memegang sejumlah bitcoin teras berjangka panjang di luar talian, sambil mempunyai “baki perbelanjaan” untuk kecairan dalam akaun mudah alih. Pilihan anda akan bergantung pada strategi bitcoin anda, dan kesediaan anda untuk menjadi lebih teknikal dalam perkara ini.

Apa jua pilihan yang anda pilih, sila berhati-hati. Sandarkan (backup) segala-galanya, dan hanya beritahu orang yang terdekat anda percayai dan paling sayangi di mana sandaran anda disimpan.

Perlombongan Bitcoin

error: Content is protected !!