"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Percabangan (Fork) Bitcoin

Percabangan (fork) adalah projek yang dimulakan berdasarkan kod sumber orang lain dan berlaku apabila blokchain menyimpang menjadi dua laluan yang berpotensi maju ke hadapan – sama ada berkaitan dengan sejarah transaksi rangkaian atau peraturan baru dalam memutuskan apa yang membuat transaksi menjadi sah. Setiap satu daripada projek itu boleh dibangunkan secara bebas dari satu asas dan pilihan yang tidak ada dalam projek utama dapat direalisasikan di percabangan. Dalam kes mata wang kripto setiap syiling lain adalah dikenali Percabangan Bitcoin.

Terdapat beberapa jenis percabangan dan setakat ini beberapa percabangan diselesaikan dengan sendirinya, tetapi ada yang didorong oleh keretakan yang mendalam dalam komuniti. Ini boleh menyebabkan rangkaian berpecah dan mewujudkan dua sejarah blok – dan dua mata wang yang berasingan.

Mari kita jenis-jenis percabangan, bagaimana mereka dapat diaktifkan dan risiko yang bersangkutan.

Asas Percabangan

Percabangan berlaku bila mana dua pelombong mencari blok pada waktu yang hampir sama. Kekaburan diselesaikan apabila blok berikutnya ditambah kepada satu, menjadikan rantaian terpanjang, manakala blok lain menjadi “tunggal” (atau ditinggalkan) oleh rangkaian.

Tetapi percabangan juga boleh dengan sukarela diperkenalkan ke rangkaian. Ini berlaku apabila pemaju berusaha untuk menukar peraturan yang digunakan oleh perisian untuk memutuskan sama ada transaksi sah atau tidak.

Apabila blok mengandungi transaksi yang tidak sah, blok itu diabaikan oleh rangkaian, dan pelombong yang menjumpai blok tersebut akan kehilangan ganjaran blok tersebut. Oleh itu, para pelombong umumnya mahu melombong hanya blok sah dan membina rantaian terpanjang.

Percabangan Keras (Hard Fork)

Apa itu? Percabangan keras adalah perisian yang di naik taraf yang memperkenalkan peraturan baru ke rangkaian yang tidak sesuai dengan perisian lama. Anda boleh memikirkan percabangan keras sebagai perluasan peraturan (Peraturan baru yang membolehkan saiz blok menjadi 2MB dan bukannya 1MB akan memerlukan percabangan keras).

Apa yang berlaku? Nod yang terus menggunakan perisian versi lama akan melihat transaksi baru sebagai tidak sah. Oleh itu, untuk bertukar ke rantaian baru dan terus mengendalikan blok yang sah, semua nod dalam rangkaian perlu di naik taraf kepada peraturan baru.

Apa kemungkinan boleh berlaku? Masalahnya timbul ketika berlaku beberapa kebuntuan politik dan sebagian komuniti memutuskan untuk tetap dengan peraturan lama tidak kira apa pun. Kadar hash, atau kuasa pengkomputeran rangkaian, di belakang rantaian lama tidak lagi relevan. Apa yang penting ialah datanya (dan peraturan) masih dianggap mempunyai nilai, bermakna pelombong masih mahu melombong rantaian tersebut dan pemaju masih mahu menyokongnya.

Percabangan keras Ethereum DAO adalah kajian kes yang tepat bagaimana komuniti berpecah disebabkan peraturan. Kini, terdapat dua blockchain yang menggunakan varian perisian – ethereum dan ethereum klasik, yang kedua-duanya mempunyai etos yang berbeza dan mata wang yang berbeza.

Percabangan Lembut (Soft Fork)

Apa itu? Sebaliknya, percabangan lembut, adalah apa-apa perubahan berlaku dan hanya serasi ke belakang. Katakan, kebiasaannya blok bersaiz 1MB, tetapi peraturan baru hanya membenarkan blok 500kb sahaja.

Apa yang berlaku? Nod yang tidak ditingkatkan masih akan melihat transaksi baru sebagai sah (500kb adalah kurang daripada 1MB dalam contoh ini). Walau bagaimanapun, jika nod yang tidak ditingkatkan terus melombong blok, blok-blok yang mereka lombong akan ditolak oleh nod yang telah dinaik taraf. Inilah sebab mengapa percabangan lembut memerlukan majoriti kuasa hash dalam rangkaian.

Apa kemungkinan boleh berlaku? Apabila percabangan lembut disokong hanya dengan minoriti kuasa hash dalam rangkaian, ia boleh menjadi rantaian terpendek dan menjadi tunggal dalam rangkaian. Atau, ia boleh bertindak seperti percabangan keras, dan satu rantaian boleh berpecah.

Percabangan lembut adalah pilihan yang paling biasa digunakan untuk menaik taraf blockchain bitcoin setakat ini kerana dikatakan menampilkan risiko yang lebih rendah untuk memecahkan rangkaian. Contoh percabangan lembut yang berjaya seperti menaik taraf perisian seperti BIP 66 (yang menangani isu pengesahan tandatangan) dan P2SH (yang mengubah format alamat bitcoin).

Percabangan Lembut Diaktifkan Pengguna

Apa itu? Percabangan lembut yang diaktifkan pengguna (UASF) adalah idea kontroversi yang membincangkan bagaimana blockchain mungkin menambah yang di naik taraf tetapi tidak disokong secara langsung oleh peyedia kuasa hashing pada rangkaian.

Idea UASF adalah bukannya menunggu ambang sokongan dari pelombong-pelombong, tetapi kuasa untuk mengaktifkan percabangan lembut adalah pada bursa (exchange), dompet dan perniagaan yang mengendalikan nod penuh (dalam bitcoin, nod penuh, walaupun ia bukan nod perlombongan, ia masih bertanggungjawab untuk mengesahkan blok.)

Apa yang berlaku? Sebilangan besar bursa utama perlu mendapat sokongan secara terbuka mengenai sesuatu perubahan sebelum ia dapat dituliskan dalam kod versi baru. Selepas itu, perisian baru (yang mempunyai titik pengaktifan pada masa depan) akan dipasang pada nod yang ingin mengambil bahagian dalam percabangan lembut.

Apa kemungkinan boleh berlaku? Kaedah ini memerlukan masa yang lebih lama untuk ia berhasil daripada yang dicetuskan melalui kuasa hash percabangan lembut. Malah, ia percaya ia mungkin mengambil masa selama setahun atau lebih untuk menulis kod dan mendapatkan semua orang untuk bersedia.

Kesimpulannya, percabangan (fork) adalah ideologi dan matlamat yang berbeza yang terhasil dalam komuniti sesebuah mata wang kripto. Berbeza matlamat dan ideologi tetapi bermula dari sebuah rangkaian dan berpecah ke rangkaian lain seperti Bitcoin Cash, Bitcoin Gold dan pelbagai lagi. Pemegang bitcoin tidak perlu risau akan percabangan kerana mereka secara automatik akan mendapat bitcoin versi baru setiap kali percabangan berlaku.

Ethereum

error: Content is protected !!