"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Perlombongan Bitcoin

Tujuan utama perlombongan adalah untuk membolehkan nod-nod Bitcoin mencapai kesepakatan yang terjamin dan bebas. Perlombongan juga merupakan mekanisma yang digunakan untuk memperkenalkan Bitcoin ke dalam sistem di mana pelombong (miners) dibayar yuran transaksi serta insentif bagi syiling yang baru dibuat. Kedua-duanya ini bertujuan untuk menyebarkan syiling baru dengan cara tidak berpusat (decentralize) serta sebagai motivasi kepada orang untuk menyediakan keselamatan untuk sistem ini.

Perlombongan Bitcoin adalah proses pengkomputeran tidak berpusat (decentralized) yang mempunyai 2 tujuan iaitu:

  • mengesahkan transaksi secara amanah apabila kuasa pengiraan yang mencukupi (usaha) dikhaskan kepada blok; dan
  • mencipta (jana) Bitcoin baru pada setiap blok. Perlombongan Bitcoin sengaja direka untuk menjadi intensif sumber dan sukar supaya jumlah blok yang dijumpai setiap hari oleh pelombong adalah stabil. Blok individu mesti mengandungi bukti kerja (proof-of-work) yang dianggap sah. Bukti kerja ini disahkan oleh nod Bitcoin yang lain setiap kali mereka menerima blok. Bitcoin menggunakan fungsi proof-of-work hashcash.

Ia dipanggil perlombongan Bitcoin kerana ia sangat menyerupai perlombongan komoditi lain di mana ia memerlukan usaha dan secara perlahan-lahan membuat mata wang baru tersedia pada kadar yang menyerupai kadar di mana komoditi seperti emas dilombong dari tanah.

Apa itu Bukti Kerja (Proof-of Work)?

Bukti kerja adalah data yang sukar (mahal, memakan masa) untuk dihasilkan bagi memenuhi keperluan tertentu. Ia sememangnya satu perkara yang sangat remeh untuk memeriksa sama ada data memuaskan keperluan tersebut.

Menghasilkan bukti kerja boleh menjadi proses rawak dengan kebarangkalian rendah, supaya banyak percubaan dan kesilapan dilakukan secara purata sebelum bukti kerja yang sah dihasilkan. Bitcoin menggunakan bukti kerja hashcash.

Bukti kerja hashcash digunakan dalam Bitcoin untuk penjanaan blok. Bukti kerja yang terikat dengan setiap data blok diperlukan untuk blok itu diterima. Kesukaran kerja ini  diselaraskan untuk menghadkan kadar di mana blok-blok baru boleh dihasilkan oleh rangkaian kepada 1 blok setiap 10 minit.

Oleh kerana kebarangkalian keberhasilan penjanaan yang sangat rendah, ini menjadikannya tidak dapat dijangka mana satu komputer pekerja dalam rangkaian akan dapat menjana blok seterusnya.

Sesuatu blok itu untuk menjadi sah, ia mesti mempunyai nilai kurang daripada sasaran semasa. ini bermakna bahawa setiap blok menunjukkan bahawa kerja penjanaan telah dihasilkan. Setiap blok mengandungi hash blok sebelumnya, oleh itu setiap blok mempunyai rangkaian blok yang bersama-sama mengandungi sejumlah besar bukti kerja.

Menukar satu blok (yang hanya boleh dilakukan dengan membuat blok baru yang mengandungi pendahulunya yang sama) memerlukan penjanaan semula semua blok-blok terdahulu dan mengubah semula bukti kerja yang terkandung di dalam setiap blok. Proses ini melindungi Blockchain dari gangguan.

Skim bukti kerja yang paling banyak digunakan ialah SHA-256, yang diperkenalkan oleh Bitcoin. Beberapa algoritma hashing lain yang digunakan untuk bukti kerja termasuk skrip Blake-256, CryptoNight, HEFTY1, Quark, SHA-3, scrypt-jane, scrypt-n dan kombinasi skrip.

Salah satu alat perlombongan Bitcoin - Antminer S9

Percabangan Bitcoin (Fork)

error: Content is protected !!