"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Satoshi Nakamoto

Satoshi Nakamoto, nama yang terkesan dalam sejarah mata wang kripto (cryptocurrency) adalah pencipta protokol Bitcoin, menerbitkan sebuah kertas kerja bertajuk Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System pada November 2008. Beliau kemudiannya mengeluarkan versi pertama perisian perisian bitcoin pada tahun 2009, dan turut mengambil bahagian dengan projek lain dalam pembangunan bitcoin melalui senarai emel, sehingga akhirnya dia menyepikan diri dari komuniti pada akhir tahun 2010.

Nakamoto bekerja dengan orang-orang di dalam pasukan sumber terbuka, dan berjaya dalam mengekalkan identitinya daripada diketahui umum. Pada musim bunga tahun 2011, ada khabar angin mengatakan beliau telah berubah angin melakukan perkara lain.

Berasal dari Jepun?

Dari sebutan namanya kita dapat merangkulkan Satoshi Nakamoto berasal dari Jepun. Tapi mungkinkah itu yang beliau ingin kita fikirkan.

Satoshi” bermaksud “pemikiran yang jelas, pantas, bijak”. “Naka” boleh bermaksud “sederhana, dalam, atau hubungan”. “Moto” boleh bermaksud “asal”, atau “asas”.

Dari maksud namanya sahaja ada banyak makna dan menunjukkan kepintaran beliau. Sehingga kini banyak andaian yang beliau mungkin seorang individu  atau mungkin juga beberapa individu dalam satu pasukan.

Pencarian Identiti Nakamoto

Sudah ada banyak usaha untuk mengenalpasti siapa Satoshi Nakamoto sebenarnya. Penulis sebuah majalah mingguan, The New Yorker, Joshua Davis percaya bahawa Nakamoto adalah Michael Clear, seorang pelajar siswazah kriptografi di Dublin Trinity College.

Beliau telah membuat kesimpulan ini dengan menganalisa 80,000 perkataan hasil penulisan dalam talian Nakamoto, dan mencari petunjuk linguistik. Dia juga mengesyaki ahli sosiologi ekonomi Finland dan bekas pemaju permainan Vili Lehdonvirta.

Kedua-dua individu tersebut menafikan bahawa mereka pencipta Bitcoin.

Adam Penenberg dari FastCompany mempertikaikan tuntutan itu, dengan mengatakan bahawa Nakamoto mungkin sebenarnya terdiri dari tiga individu iaitu Neal King, Vladimir Oksman dan Charles Bry. Dia membuat andaian ini berdasarkan menaip frasa unik dari kertas terbitan Bitcoin Nakamoto ke Google, dan mencari sama ada ia diguna pakai di tempat lain.

Salah satu dokumen yang dijumpai adalah permohonan paten bertajuk “komputasi tidak praktikal untuk berpatah balik (computationally impractical to reverse),” yang dibuat oleh ketiga-tiga individu ini untuk mengemas kini dan mengedarkan kekunci enkripsi. Nama domain bitcoin.org yang asalnya digunakan oleh Satoshi untuk menerbitkan kertas telah didaftarkan tiga hari selepas permohonan paten dikemukan.

Ia telah didaftarkan di Finland dan salah satu daripada penulis paten telah pergi ke sana enam bulan sebelum domain itu didaftarkan… kesemuanya menafikan perkara ini. Begitu juga dengan Michael Clear menafikan secara terbuka menjadi Satoshi di Sidang Kemuncak Web 2013.

Walau bagaimanapun, apabila bitcoin.org telah didaftarkan pada 18 Ogos 2008, pendaftar sebenarnya telah menggunakan perkhidmatan pendaftaran Jepun yang tiada nama (anonymous), dan juga menggunakan hosting ISP Jepun. Pendaftaran untuk laman web ini hanya dipindahkan ke Finland pada 18 Mei 2011, Ini telah menurunkan kredibiliti teori Finland itu.

Ada pendapat lain mengatakan ia adalah Martii Malmi, pemaju perisian yang tinggal di Finland yang telah terlibat dengan Bitcoin sejak awal, dan mengembangkan antara muka (interface) penggunanya.

Tuduhan juga dilemparkan terhadap Jed McCaleb, seorang yang sangat menyukai budaya Jepun dan penduduknya, yang mencipta bursa (exchange) Bitcoin bermasalah Mt. Gox dan mengasaskan sistem pembayaran tidak berpusat Ripple dan kemudian Stellar.

Teori lain pula mencadangkan bahawa ahli sains komputer Donal O’Mahony dan Michael Peirce adalah Satoshi, berdasarkan pada kertas yang mereka tulis tentang pembayaran digital, bersama dengan Hitesh Tewari, berdasarkan buku yang diterbitkan bersama-sama. O’Mahony dan Tewari juga belajar di Trinity College, di mana Michael Clear adalah pelajarnya.

Para cendikiawan Israel Dorit Ron dan Adi Shamir dari Institut Weizmann menarik balik tuduhan yang dibuat dalam karya yang menunjukkan hubungan antara Satoshi dan Silk Road, laman web pasaran hitam yang diturunkan oleh FBI pada bulan Oktober 2013. Mereka telah mencadangkan pautan antara alamat yang didakwa dimiliki oleh Satoshi, dan laman web tersebut. Penyelidik keselamatan Dustin D. Trammell memiliki alamat itu, dan mempertikaikan dakwaan bahawa dia adalah Satoshi.

Pada Mei 2013, perintis Internet Ted Nelson menyatakan Professor Shinichi Mochizuki adalah Satoshi, seorang ahli matematik Jepun, walaupun dia mengakui bahawa bukti itu adalah tepat pada masa itu.

Febuari 2014, Leah McGrath dari Goodman Newsweek mendakwa telah mengesan Satoshi Nakamoto sebenar iaitu Dorian S Nakamoto. Beliau menafikan dia tahu apa-apa mengenai Bitcoin, dan akhirnya mengupah seorang peguam dan membuat kenyataan rasmi untuk itu.

Hal Finney, Michael Weber, Wei Dai dan beberapa pemaju lain adalah antara mereka yang telah dinamakan dalam laporan media dan perbincangan dalam talian sebagai Satoshi. Sekumpulan ahli linguistik forensik dari Aston University percaya bahawa pencipta sebenar Bitcoin adalah Nick Szabo, berdasarkan analisa Bitcoin White Paper.

Dominic Frisby, seorang pelawak dan seorang penulis juga mencadangkan bahawa pencipta BitGold Szabo adalah calon yang berkemungkinan tinggi untuk menjadi Satoshi dalam bukunya, “Bitcoin: The Future of Money”. Analisa terperinci beliau melibatkan linguistik penulisan Satoshi, menilai tahap kemahiran teknikal dalam C++.

Dalam buku Nathaniel Popper, ‘Digital Gold’, dikeluarkan pada bulan Mei 2015, Popper mendedahkan bahawa dalam pertemuannya dengan Szabo pada suatu peristiwa telah sekali lagi menafikan bahawa dia adalah Satoshi.

Kemudian pada awal Disember 2015, laporan oleh Wired dan Gizmodo mengaku telah mengesan Nakamoto sebagai usahawan Australia, Craig S Wright. WIRED menyatakan “sumber rahsia yang dekat dengan Wright” yang menyediakan cache emel, transkrip dan dokumen lain yang menunjukkan peranan Wright dalam pembuatan Bitcoin. Gizmodo memetik cache dokumen yang diperoleh daripada seseorang yang mendakwa telah menggodam akaun emel perniagaan Wright, serta usaha untuk mewawancara individu yang dekat dengannya. Idea bahawa hubungan antara Wright-Satoshi adalah satu penipuan semata-mata  yang diwujudkan oleh pemerhati. Sifat bukti-bukti menarik yang diterbitkan akan mencetus spekulasi untuk masa yang akan datang.

Apa pun kesemua individu yang dikaitkan di atas menafikan sekeras-kerasnya tentang tuduhan bahawa mereka ialah Satoshi Nakamoto. Persoalan identiti masih menjadi misteri…

Cara Membeli Bitcoin

error: Content is protected !!