"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Blockchain

Apa itu Blockchain? Evolusi Wang? Sejarah mengenai Mata Wang Kripto? Disini adalah pengenalan kepada Blockchain yang anda perlu tahu.

Mula Sekarang!

Blockchain

Blockchain  adalah  pangkalan  data  awam  yang  merekodkan setiap transaksi data  dengan  menggunakan  teknik kriptografi. Dengan menggunakan asas ini setiap pengguna dapat mengetahui jumlah setiap transaksi data diantara 2 pihak lebih tepat dan  telus.  Setiap  data  yang direkod akan kekal dan tidak boleh diubah.

Wang Dan Evolusinya

Wang Dan Evolusinya Sehingga Ke Hari Ini |  Definisi “Wang” mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (edisi ke-4), bermaksud alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah. Ia juga apa-apa butiran atau rekod yang boleh dibuktikan yang diterima pakai secara amnya sebagai pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan dan pembayaran hutang di negara tertentu atau konteks sosio-ekonomi. Tetapi tahukah anda asal usul wang ini pada masyarakat yang wujud beribu-ribu tahun terdahulu? Di sini kita akan melihat bagaimana evolusi wang dari mula sehingga ke hari ini.

Apa Itu Mata Wang Kripto (Cryptocurrency)

Mata Wang Kripto (Cryptocurrency) adalah mata wang digital yang menggunakan protocol kriptografi untuk menghasilkan wang dan untuk mengesahkan transaksi. Transaksi ditambah kepada lejar awam – juga dikenali sebagai transaksi Blockchain – dan coin baru diwujudkan melalui proses yang dikenali sebagai perlombongan (mining).

Sejarah Ringkas Mata Wang Kripto (Cryptocurrency)

Setelah kita mengetahui apa itu mata wang kripto, mari kita ketahui sejarah ringkas mengenainya. Seperti kata George Santayana Those who cannot remember the past are condemned to repeat it“. Mata wang kripto hanyalah sebuah teori sebelum mata wang alternatif digital pertama diperkenalkan.

error: Content is protected !!