"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Apa itu Mata Wang Kripto (Cryptocurrency)

Mata Wang Kripto (Cryptocurrency) adalah mata wang digital yang menggunakan protocol kriptografi untuk menghasilkan wang dan untuk mengesahkan transaksi. Transaksi ditambah kepada lejar awam – juga dikenali sebagai transaksi Blockchain – dan coin baru diwujudkan melalui proses yang dikenali sebagai perlombongan (mining).

Mata wang kripto adalah medium pertukaran mata wang biasa seperti US dollar, UK pound dan lain-lain, tetapi direka untuk tujuan bertukar maklumat digital melalui proses potokol kriptografi. Protokol ini ialah satu sistem kod kompleks yang mengengkrip pemindahan data sensitif, untuk menjamin pertukaran unit tersebut. Pembangun mata wang kripto membina protokol-protokol ini mengikut prinsip matematik lanjutan dan prinsip kejuruteraan komputer yang menjadikan ia hampir mustahil untuk dicerobohi, diduplikasikan atau dipalsukan terhadap mata wang yang dilindungi. Protokol ini juga melindungi identiti pengguna mata wang kripto, menjadikan urus niaga dan aliran dana sukar untuk dikaitkan kepada individu atau kumpulan tertentu. Kriptografi digunakan untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan coin baru.

Mata wang kripto ini adalah kawalan tidak berpusat (decentralized) bermakna bekalan dan nilai mata wang kripto ini dikendalikan oleh kegiatan pengguna sendiri melalui protokol kompleks yang dibina dalam kod pentadbirannya. Ia tidak dikawalselia oleh bank pusat atau pihak pengawalselia berkuasa yang lain. Secara khususnya, aktiviti Miners (pihak yang memanfaatkan sejumlah besar kuasa pengkomputeran untuk merekod transaksi) menerima unit mata wang kripto yang baru diwujudkan dan yuran transaksi yang dibayar oleh pengguna lain sebagai ganjaran, adalah penting untuk kestabilan dan kelancaran fungsi mata wang tersebut.

Yang paling penting sekali, mata wang kripto ini boleh ditukarkan dengan mata wang fiat di pasaran dalam talian (online) khas, bermakna ia mempunyai kadar pertukaran berubah-ubah dengan mata wang utama dunia (seperti U.S. dollar, British pound, European euro, dan Japanese yen). Penukaran mata wang kripto agak mudah diserang oleh penggodaman (hackers) dan menjadikan ia tempat tumpuan kepada pencurian mata wang kripto.

Kebanyakan mata wang kripto mempunyai ciri bekalan terhad. Kod sumber mereka mengandungi arahan yang menggariskan jumlah unit yang boleh dan yang akan wujud. Dari masa ke masa, ia menjadi lebih sukar bagi Miners untuk menghasilkan setiap unit mata wang kripto, sehingga mencapai had teratas dan mata wang baru tidak lagi dihasilkan sama sekali. Bekalan terhad mata wang kripto menjadikan mereka secara semula jadi bersifat deflasi, yang hampir serupa dengan emas kerana bekalannya terhad. Tidak seperti mata wang fiat di mana bank pusat secara teorinya boleh menghasilkan bekalan tanpa had.

Mata wang kripto yang pertama dibuat adalah Bitcoin kembali pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto. Hari ini terdapat ratusan mata wang kripto lain, sering disebut sebagai Altcoins.

Sejarah Ringkas Mata Wang Kripto (Cryptocurrency)

error: Content is protected !!