"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Blockchain

Blockchain  adalah  pangkalan  data  awam  yang  merekodkan setiap transaksi data  dengan  menggunakan  teknik kriptografi. Dengan menggunakan asas ini setiap pengguna dapat mengetahui jumlah setiap transaksi data diantara 2 pihak lebih tepat dan  telus.  Setiap  data  yang direkod akan kekal dan tidak boleh diubah.

Blockchain sesuai digunakan untuk merekod sesuatu pengurusan  data seperti transaksi kewangan, rekod medikal, pengurusan identiti dan pelbagai  lagi. Blockchain ini disokong oleh usaha-usaha tidak berpusat (decentralized) dari pelombong-pelombong (miners). Blockchain mula dicipta untuk kegunaan bitcoin sebagai catatan rekod transaksi awam.  Setiap pihak dapat mengetahui berapa nilai yang dimiliki oleh setiap alamat pada mana-mana waktu dalam sesuatu tempoh.

Blockchain ini ibarat seperti buku catatan harian yang dicatat oleh orang ramai untuk setiap transaksi yang berlaku. Ia menjadikan hampir mustahil untuk seseorang memalsukan atau memanipulasikan rekod catatan tersebut, dan ini adalah inovasi utama bitcoin. Pada tahun 2015, Smart Contract pula telah tercipta dan membolehkan teknologi blockchain berkembang luas dari segi kegunaannya.

Elemen-elemen Blockchain?

Hash

Hash adalah deretan atau rangkaian nombor dan huruf yang dihasilkan oleh fungsi hash. Fungsi hash adalah fungsi matematik yang mengambil bilangan karakter-karakter yang berubah-ubah dan menukarkan ia ke dalam satu deretan dengan bilangan aksara yang tetap. Jika berlaku perubahan kecil dalam satu deretan maka terciptalah satu hash baru.

Nonce

Nonce adalah sebarang nombor yang hanya sekali digunakan dalam komunikasi kriptografi. Nonce ini harus dipilih supaya hash yang dijana berakhir dengan dua angka sifar. Nonce ini menyukarkan manusia untuk mencari penyelesaiannya, bahkan komputer juga tidak mampu untuk menyelesaikannya dengan pantas.

Nodes

Nodes adalah komputer yang bersambung dengan rangkaian Bitcoin. Ia menggunakan protokol peer-2-peer (pengguna-ke-pengguna) yang membolehkan nod-nod berkomunikasi antara satu sama lain dalam rangkaian serta menyebarkan maklumat transaksi dan blok-blok. Setiap nod mempunyai salinan lejer digital atau Blockchain dan memeriksa kesahihan setiap transaksi. Sekiranya majoriti nod mengatakan bahawa transaksi itu sah maka ia ditulis dalam satu blok.

Block

Block atau blok adalah fail-fail yang disimpan secara kekal pada Bitcoin yang mengandungi maklumat tentang transaksi berlaku. Blok adalah rekod transaksi terkini atau bahagian yang telah direkodkan dalam blok yang sebelumnya. Blok ditambah pada penghujung rantaian, yang mengandungi semua transaksi dan dipanggil Blockchain.

Apabila blok ditambah pada hujung rantaian, ia tidak boleh ditukar atau diubah. Setiap blok mengandungi maklumat tentang segala yang berlaku di dalam blok sebelumnya sebelum ia diwujudkan.

Prinsip Blockchain?

Pangkalan Data Beragih

Pangkalan data itu adalah Blockchain dan setiap nod pada Blockchain mempunyai akses ke seluruh Blockchain. Tiada nod atau komputer mengawal maklumat yang terkandung di dalamnya. Setiap nod mampu mengesahkan rekod transaksi Blockchain. Ini semua dilakukan tanpa sebarang perantara yang mengawal segalanya.

 

Ia direka supaya tidak ada kawalan berpusat kerana tidak ada satu pun atau perkara lain yang boleh mengagalkannya. Tidak ada satu pun kegagalan yang akan meleraikan Blockchain ini.

Walau bagaimanapun nod Blockchain secara logik berpusat (centralized), kerana keseluruhan Blockchain adalah rangkaian yang diagihkan untuk melakukan tindakan tertentu yang diprogramkan ke dalamnya.

Penghantaran Pengguna-Ke-Pengguna (Peer-2-Peer)

Selaras dengan prinsip pertama, komunikasi sentiasa berlaku secara langsung di antara pengguna-pengguna, dan bukannya melalui beberapa nod pusat. Maklumat tentang apa yang berlaku di Blockchain disimpan pada setiap nod kemudian diluluskan ke nod bersebelahan. Dengan cara ini maklumat tersebar ke seluruh rangkaian.

Ketelusan Namun Dalam Kesamaran

Sesiapa sahaja yang memeriksa Blockchain mampu melihat setiap transaksi dan nilai hashnya. Seseorang yang menggunakan Blockchain boleh melindungi identiti mereka jika mereka mahu atau mereka boleh memberitahu identiti mereka kepada orang lain. Hanya rekod transaksi antara alamat Blockchain sahaja yang anda akan lihat pada Blockchain.

Rekod

Sebaik sahaja catatan transaksi berada di Blockchain dan ia dikemaskinikan, maka perubahan rekod transaksi ini tidak mungkin berlaku. Ini disebabkan rekod transaksi tertentu akan berkait dengan setiap rekod yang terdahulu. Rekod Blockchain adalah kekal, ia tersusun secara kronologi, dan ia tersedia untuk semua nod lain.

Bolehkah Blockchain Ini Diambil Alih?

Hampir mustahil seluruh rantaian Blockchain ini diambil alih kerana terdapat banyak nod-nod di seluruh dunia.

Bolehkah Blok Ini Dipalsukan?

Jawapannya juga hampir mustahil. Ini adalah kerana kesahihan setiap blok dan kemasukannya ke Blockchain ditentukan oleh kesepakatan nod-nod elektronik. Terdapat ribuan nod ini, yang berteraburan di seluruh dunia. Hanya komputer yang betul-betul berkuasa luar biasa mungkin mampu melakukan kerja ini. Ada ke komputer seperti itu?

Bolehkah Gunakan Blockchain Sebagai Pengkalan Data Biasa?

Bolehkah anda menyimpan fail sebesar 3GB pada Blockchain dengan cara yang sama anda boleh menggunakan perisian Access, Filemaker atau MySql? Ia bukan satu idea yang baik. Kebanyakan Blockchain tidak sesuai kerana ia tidak direka untuk tujuan ini atau kekurangan kapasiti yang diperlukan.

Pangkalan data dalam talian secara tradisionalnya menggunakan reka bina rangkaian pelayan-pelanggan (servers). Ini bermakna pengguna yang mempunyai hak akses boleh menukar entri yang disimpan dalam pangkalan data, tetapi kawalan keseluruhan tetap dengan pentadbir (administrators). Bila mana ia adalah pangkalan data Blockchain, setiap pengguna bertanggungjawab menjaga, mengira dan mengemas kini setiap entri baru. Kesemua nod-nod ini mesti bekerjasama untuk memastikan mereka mencapai kesepakatan bersama.

Reka bina Blockchain juga bermakna setiap nod mesti bekerja secara bebas dan membandingkan hasil kerja mereka dengan seluruh rangkaian. Oleh itu, untuk mencapai kesepakatan boleh memakan masa. Disebabkan ini, rangkaian Blockchain selalu dianggap perlahan berbanding teknologi transaksi digital yang tradisional.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa eksperimen untuk menghasilkan pangkalan data dengan teknologi Blockchain. Syarikat BigchainDB menjadi syarikat pertama percubaan ini. Pencipta mengambil pangkalan data teredar (distributed database) taraf perusahaan dan membina teknologi mereka di atasnya. Dan menambah tiga ciri utama Blockchain iaitu tidak berpusat (decentralized), kebolehubahan dan keupayaan untuk mendaftar dan memindahkan aset. Namun keberkesanannya masih menjadi tanda tanya.

Wang Dan Evolusinya

error: Content is protected !!