"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Sejarah Ringkas Mata Wang Kripto (Cryptocurrency)

Setelah kita mengetahui apa itu mata wang kripto, mari kita ketahui sejarah ringkas mengenainya. Seperti kata George Santayana Those who cannot remember the past are condemned to repeat it“. Mata wang kripto hanyalah sebuah teori sebelum mata wang alternatif digital pertama diperkenalkan.

Penyokong awal mata wang kripto berkongsi matlamat menerapkan prinsip sains matematik dan sains komputer untuk menyelesaikan apa yang mereka anggap sebagai kekurangan praktikal dan politik “tradisional” mata wang fiat.

 

Pra Era Bitcoin (1998 – 2009)

Sebenarnya terdapat banyak percubaan untuk mencipta mata wang digital sekitar tahun 90-an ketika teknologi IT berkembang pesat. Anatara sistem yang muncul seperti Flooz [http://adage.com/article/news/flooz-wins-27-million-round-financing/8696/], Beenz [http://www.odysseymediagroup.com/apn/Editorial-Corporate-Cards.asp?ReportID=11533] dan DigiCash [https://www.theguardian.com/technology/2003/feb/25/comment.comment] muncul di pasaran tetapi tidak bertahan. Terdapat banyak alasan yang berbeza untuk kegagalan mereka, seperti penipuan, masalah kewangan dan juga pergeseran antara pekerja dan pemilik syarikat.

 

Apa yang jelas, kesemua system-sistem tersebut menggunakan pendekatan Trusted Third Party, yang bermaksud terdapat syarikat (pihak ke-3) yang akan mengesahkan dan menguruskan transaksi. Disebabkan kegagalan syarikat-syarikat ini, penciptaan sistem wang digital terbantut.

 

Kemunculan Satoshi Nakamoto (2008)

Tiba-tiba satu dokumen telah diterbitkan bertajuk “Bitcoin – A Peer to Peer Electronic Cash System” [https://bitcoin.org/bitcoin.pdf] oleh seorang programmer ataupun sekumpulan programmer yang hanya dikenali sebagai Satoshi Nakamoto. Satoshi menyifatkannya Bitcoin sebagai sistem tunai elektronik ‘peer-to-peer‘ (atau satu rangkaian komputer di mana setiap komputer boleh bertindak sebagai server untuk yang lain, membolehkan akses yang dikongsi ke fail dan perkakasan tanpa memerlukan server pusat).

 

Ia merupakan kaedah pertukaran awam yang menggabungkan kawalan tidak berpusat, pengguna tanpa dikenali (anonymity), penyimpanan rekod melalui rantaian blok (blockchain), dan penawaran unit yang terhad/tertentu.

 

Bitcoin Bermula (2009)

Perisian Bitcoin disediakan untuk orang awam buat kali pertama dan mining (melombong) – proses di mana Bitcoin baru dicipta dan transaksi dicatat dan disahkan pada blockchain.

 

Bitcoin Diniagakan (2010)

Pada tahun 2010, seorang telah menggunakan bitcoin untuk transaksi buat kali pertama dengan menukar 10,000 bitcoin untuk dua pizza. Oleh kerana ia tidak pernah diniagakan dan hanya dilombong (mining), adalah mustahil untuk memberikan nilai kewangan kepada unit-unit dari mata wang kripto tersebut. Jika orang yang menggunakan Bitcoin tersebut masih memegangnya, hari ini jumlah itu akan bernilai lebih daripada $100 juta dollar.

 

Pesaing Bitcoin Muncul (2011)

Bitcoin semakin meningkat popularitinya dan idea mengenai mata wang yang tiada kawalan berpusat dan di enkrip dan kawal tidak berpusat semakin mendapat perhatian. Maka muncul mata wang kriptografi alternatif yang pertama. Ia dikenali sebagai altcoin dan pada kebiasaannya akan cuba menambah baik reka bentuk Bitcoin asal dengan menawarkan kelajuan yang pantas, kerahsiaan penggunanya dan beberapa kelebihan lain. Antara yang pertama muncul adalah Namecoin dan Litecoin. Pada masa ini terdapat lebih daripada 1,000 mata wang digital ini dan ada juga yang baru muncul.

 

Harga Bitcoin Jatuh (2013)

Tidak lama selepas harga satu Bitcoin mencecah $1,000 dolar buat pertama kalinya, harga bermula merudum dengan cepatnya. Ramai yang melabur wang pada ketika ini akan menderita kerugian kerana harga menjunam sekitar $300 dolar. Ia mengambil masa lebih dua tahun untuk mencapai nilai $1,000 dolar kembali.

 

Penipuan dan Pencurian (2013)

Tidak hairan jika mata wang yang direka dengan merahsiakan identiti pengguna dan tiada kawalan berpusat ini, mudah menarik perhatian penjenayah tentang keuntungan dari Bitcoin. Pada Januari 2014, Bitcoin Exchange Mt.Gox yang terbesar di dunia telah ditutup (offline) serta merta dan 850,000 pemilik Bitcoin mengalami kerugian. Siasatan masih dijalankan untuk mendapatkan apa sebenarnya yang berlaku. Pelbagai cerita yang keluar dari insiden ini, tetapi yang pastinya ada orang dalam telah tamak dan menyeleweng Bitcoin yang berjumlah ketika itu bernilai $450 juta dolar. Pada harga hari ini, Bitcoin yang hilang akan bernilai $4.4 bilion dolar.

 

Ethereum dan ICOs (2016)

Satu mata wang kripto yang hampir mencuri tumpuan dari Bitcoin tahun ini ialah Ethereum. Ramai yang mendampingi platform ini yang menggunakan mata wang kripto dikenali sebagai Ether, untuk memudahkan kontrak pintar (Smart Contract) dan aplikasi berasaskan blockchain. Kemunculan Ethereum ini menandakan kemunculan Tawaran Syiling Awal (Initial Coins Offerings – ICOs). Ini adalah platform pengumpulan dana yang menawarkan peluang kepada para pelabur untuk berdagang yang kebiasaannya menggunakan saham atau syer dalam syarikat permulaan. Ia menggunakan konsep yang sama di mana mereka boleh melabur dan memperdagangkan mata wang kripto.

 

Banyak negara seperti kerajaan Amerika Syarikat, telah memberi amaran kepada para pelabur bahawa ICO ini mempunyai pengawasan  yang kurang, dan mudah menjadi skim penipuan yang disamarkan sebagai pelaburan yang sah. Kerajaan China bertindak lebih drastik dengan melarang secara langsung ICO ini.

 

Bitcoin Terus Berkembang (2017)

Bitcoin menyaksikan peningkatan dari segi nilainya secara beransur-ansur kerana penerimaan penggunaannya di beberapa negara. Ini menyumbang kepada pertumbuhan berterusan dalam popularitinya. Secara beransur-ansur semakin banyak cara kegunaannya dikenalpasti, ia menyaksikan lebih banyak pengaliran wang ke dalam Bitcoin dan ekosistem cryptocoin. Dalam tempoh ini modal pasaran semua cryptocoin naik dari $11 bilion dolar ke paras tertinggi semasa lebih daripada $300 bilion dolar. Bank antarabangsa termasuk Barclays, Citi Bank, Deutsche Bankand BNP Paribas berkata mereka sedang menyelidik bagaimana cara untuk bekerjasama dengan Bitcoin. Sementara itu teknologi di sebalik Bitcoin, blockchain, telah mencetuskan revolusi dalam industri fintech.

Ringkasan Mengenai Bitcoin

error: Content is protected !!