"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Ethereum

Sejarah Ethereum? Bagaimana cara membeli & melombong ethereum? Apa perbezaan dan kelebihan ethereum berbanding yang lain? Ketahui kuasa ethereum dalam dunia mata wang kripto.

Mula Sekarang!

Ethereum

Ethereum adalah platform untuk mewujudkan aplikasi terdesentralisasi yang berjalan di blokchain, melalui penggunaan kontrak pintar. Sejak dilancarkan pada 30 Jun 2015, ia semakin popular. Bermula dari akhir Januari 2016, ia telah mengalami lonjakan. Pada bulan Mac 2016, dalam tempoh kurang dari satu tahun kewujudannya, pertumbuhan Ethereum memuncak mencapai modal pasaran yang memecah rekod lebih daripada USD$1 Billion. Sejak itu, keghairahan terhadap Ethereum telah reda dan menurun sedikit. Walau bagaimanapun, Ethereum kini di tempat kedua selepas Bitcoin pada senarai permodalan pasaran mata wang kripto.

Sejarah Ethereum

Ethereum merupakan cetusan idea Vitalik Buterin ketika beliau sedang mengembara ke serata dunia dan mengambil bahagian dalam beberapa projek Bitcoin. Idea tersebut adalah platform kriptografi yang selamat dan ekonomikal untuk pembangunan apa sahaja aplikasi yang tidak berpusat (decentralized).Vitalik merupakan seorang pelajar di Universiti Waterloo dan meninggalkan pengajiannya pada tahun 2012 untuk projek Bitcoin. Beliau mengambil jurusan teori informasi, kriptografi, sosiologi, politik dan ekonomi. Dengan berlatar belakang kan ini, Ethereum dilahirkan oleh Vitalik sebagai instrumen untuk membina sistem yang lebih selamat, boleh dipercayai dan tidak sia-sia seperti sebelumnya.

Bagaimana Cara Membeli Ethereum

Ada pelbagai cara boleh digunakan untuk membeli Ethereum, tetapi kami akan kongsikan cara yang terbaik yang telah kami gunakan untuk membeli Ethereum.

Bagaimana Melombong Ethereum

Seperti yang telah diterangkan dalam konsep melombong Ethereum sebelum ini, pelombong menetapkan komputer untuk menyelesaikan persoalan kriptografi dalam usaha untuk mendapatkan Ether, dan mereka perlu mencuba menyelesaikan sejumlah besar masalah pengkomputeran sehingga seseorang dapat menyelesaikannya.

Konsep Perlombongan Ethereum

Proses perlombongan Ethereum hampir sama dengan perlombongan Bitcoin. Bagi setiap blok urus niaga, pelombong menggunakan komputer untuk menjawab persoalan berulang kali dengan cepat sehingga salah seorang daripada mereka mendapat jawapan yang tepat. Lebih khusus lagi, pelombong akan menjalankan metadata header unik blok itu (termasuk stem waktu dan versi perisian) melalui fungsi hash (yang akan mengembalikan rentetan nombor dan huruf yang bercampur, dengan kadar panjang yang tetap, dan kelihatan rawak), hanya mengubah nilai ‘nonce‘, yang memberi kesan kepada nilai hash yang terhasil.

Apa Itu Aplikasi Tidak Berpusat

Ethereum sememangnya unik kerana ia cuba untuk menggunakan blockchain sebagai cara untuk memperbetulkan bahagian yang bermasalah pada reka bentuk internet. Ia seperti aplikasi tidak berpusat (dapps) di mana sesiapa sahaja boleh menerbitkan aplikasi mereka tanpa dihalang. Dapps menyambung pengguna dan pembekal secara langsung. Dapps merupakan konsep baru dan ciri utamanya adalah ia sumber terbuka dan tidak mempunyai titik kegagalan pusat.

Apa Itu Decentralized Autonomous Organization?

DAO atau “Organisasi Otonomi Tidak Berpusat” telah dilancarkan pada tahun 2016 tetapi projek itu gagal selepas beberapa bulan. Walaupun begitu ia merupakan contoh yang terbaik tentang apa yang orang perkatakan tentang teknologi. Perancangan ini adalah untuk peserta menerima token DAO, kemudian mengundi untuk projek-projek yang patut dibiayai. Untuk memilih projek untuk dilabur, ia bergantung kepada kebijaksanaan orang ramai.

Bagaimana Kontrak Pintar Ethereum Berfungsi

Kontrak Pintar (Smart Contract) biasanya dikaburi dengan kekeliruan yang menyelubungi bermacam-macam idea dalam industri blockchain. Apa yang anda perlu tahu, kontrak pintar adalah program yang dilaksanakan mengikut arahan seperti yang ditetapkan oleh pencipta mereka.

error: Content is protected !!