"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Apa Itu Aplikasi Tidak Berpusat (Decentralized Application)

Ethereum sememangnya unik kerana ia cuba untuk menggunakan blockchain sebagai cara untuk memperbetulkan bahagian yang bermasalah pada reka bentuk internet. Ia seperti aplikasi tidak berpusat (dapps) di mana sesiapa sahaja boleh menerbitkan aplikasi mereka tanpa dihalang. Dapps menyambung pengguna dan pembekal secara langsung. Dapps merupakan konsep baru dan ciri utamanya adalah ia sumber terbuka dan tidak mempunyai titik kegagalan pusat.

Mengikut kertas putih Ethereum [ https://github.com/ethereum/wiki/wiki/White-Paper#applications ],  dapps terbahagi kepada tiga jenis: aplikasi yang menguruskan wang, aplikasi di mana wang terlibat dan aplikasi dalam kategori lain-lain, termasuk sistem pengundian dan sistem tadbir urus.

Aplikasi pertama, pengguna perlu menukar Ether sebagai cara untuk menyelesaikan kontrak dengan pengguna lain, menggunakan nod komputer teredar pada rangkaian sebagai cara untuk memudahkan pengedaran data ini.

Aplikasi kedua menggabungkan wang dengan maklumat dari luar blockchain. Untuk pelaksanaannya, kontrak pintar ini bergantung kepada faktor luaran yang menyampaikan maklumat terkini tentang dunia luar. Untuk lebih senang faham, kita ambil contoh aplikasi insuran tanaman yang bergantung kepada suapan cuaca di luar. Katakan seorang petani membeli insuran tanaman yang secara automatik akan membayar jika ada kemarau yang memberi kesan kepada kerjanya.

Jika bitcoin boleh menghapuskan pihak berkuasa kewangan, adakah mungkin untuk melakukan perkara yang sama untuk syarikat dan jenis organisasi lain?

Organisasi Otonomi Tidak Berpusat (Decentralized Autonomous Organization) adalah salah satu jenis dapp yang amat bercita-cita tinggi. Matlamatnya adalah menjadi syarikat yang tidak mempunyai pemimpin, menggunakan peraturan program pada permulaan bagaimana ahli dapat mengundi dan bagaimana untuk melepaskan dana syarikat dan kemudian membiarkan ia berfungsi dengan sendirinya.

[ source from coindesk: https://www.coindesk.com/information/what-is-a-decentralized-application-dapp/ ]

Apa Itu Decentralized Autonomous Organization (DAO)?

error: Content is protected !!