"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Ethereum

Ethereum adalah platform untuk mewujudkan aplikasi terdesentralisasi yang berjalan di blokchain, melalui penggunaan kontrak pintar. Sejak dilancarkan pada 30 Jun 2015, ia semakin popular. Bermula dari akhir Januari 2016, ia telah mengalami lonjakan. Pada bulan Mac 2016, dalam tempoh kurang dari satu tahun kewujudannya, pertumbuhan Ethereum memuncak mencapai modal pasaran yang memecah rekod lebih daripada USD$1 Billion. Sejak itu, keghairahan terhadap Ethereum telah reda dan menurun sedikit. Walau bagaimanapun, Ethereum kini di tempat kedua selepas Bitcoin pada senarai permodalan pasaran mata wang kripto.

Prestasi Ethereum

Bitcoin telah mengalami ledakan yang sama pada akhir tahun 2013 dan awal 2014, ketika itu harganya telah mencapai paras tertinggi sepanjang waktu. Dan pada ketika itu terlancarlah beratus-ratus, malah beribu-ribu jenis mata wang kripto alternatif (altcoin).

Sesetengah altcoin ini berjaya mencapai tahap kejayaan tertentu, tetapi tiada satu pun daripada mereka yang mencapai tahap kejayaan Ethereum.

Platform ini juga mendapat perhatian Microsoft, apabila diumumkan ketika pelancaran Ethereum Blockchain as a Service (EBaaS) berdasarkan platform Microsoft Azure pada November 2015.

Inovasi Ethereum

Ethereum seperti Botcoin tiada kawalan berpusat (decentralized), tetapi mampu untuk banyak perkara lagi.

Cara rangkaian pengguna-ke-pengguna Bitcoin adalah tidak berpusat dan teredar, di mana setiap peserta adalah pelanggan dan pelayan pada masa yang sama, membolehkan peningkatan dalam keselamatan dan ketahanan rangkaian tersebut.

Dalam sistem legasi, di mana seluruh rangkaian dikendalikan oleh entiti pelayan tunggal, yang mungkin boleh dieksploitasi oleh penyerang yang berpotensi, menjadikan ia menjadi titik lemah.

Sebaliknya, rangkaian yang tidak berpusat adalah:

  • Sangat tahan terhadap serangan penggodam;
  • Mempunyai masa tidak aktif sifar, sekalipun beberapa bahagian lain tidak aktif;
  • Tidak dikendalikan oleh bilangan orang yang tertentu dan terhad (mempunyai hanya orang yang tertentu boleh menyebabkan masalah tambahan, baik secara sengaja atau tidak sengaja, disebabkan faktor kecuaian manusia semulajadi).

Sebagai tambahan kepada semua ciri-ciri tersebut, salah satu ciri yang paling penting dari blockchain dan Bitcoin adalah integriti data tersebut.

Rekod-rekod setiap transaksi yang dibuat dalam rangkaian Bitcoin boleh diakses oleh sesiapa sahaja, mudah dikesan dengan nama samaran penghantar dan penerima (tetapi tidak kepada identiti sebenar pengguna), dan hampir tidak dapat diubah.

Oleh itu, tiada siapa yang dapat menipu antara satu sama lain, sebagai contoh, menghabiskan mata wang kripto yang mereka tidak ada.

Kelebihan ini sangat penting untuk protokol pembayaran, tetapi sesetengah pemaju dengan cepat menyedari bahawa utiliti itu tidak berakhir dengan satu kes penggunaan yang mudah.

Pada dasarnya, bila mana anda perlu menyimpan pendaftaran beberapa data, ia boleh dibuat lebih terjamin dan efisien dengan blockchain:

  • Nama domain;
  • Rekod pemilikan;
  • Kontrak perniagaan, dan sebagainya.

Permasalahan

Setakat ini, pemaju cuba menghasilkan aplikasi baru berdasarkan blokchain dalam dua cara yang berbeza, kedua-duanya berakhir dengan tidak berjaya.

Pilihan pertama adalah membina aplikasi di atas Bitcoin. Walau bagaimanapun, skrip Bitcoin bukanlah Turing lengkap, iaitu ia tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang kebiasaannya mudah diselesaikan oleh beberapa bahasa pengaturcaraan yang diketahui seperti C ++.

Ia dikaitkan dengan komplikasi teknikal dan memerlukan pemaju untuk memperkenalkan semua jenis “sokongan” untuk menjadikannya berfungsi.

Pilihan lain adalah untuk membangunkan, melancarkan dan mempromosikan blockchain alternatif anda sendiri, dengan itu mengurangkan peluang anda untuk menggunakan kuasa besar dari rangkaian Bitcoin secara keseluruhan.

Sebaliknya, anda perlu menjalankan blockchain anda sendiri, yang dikaitkan dengan kos yang tinggi, yang tidak boleh dijustifikasikan untuk setiap aplikasi.

Solusi

Ethereum telah menyelesaikan perbezaan ini untuk kali pertama, dengan mengintegrasikan bahasa pemograman serba guna dengan blobkchain mereka sendiri.

Dengan itu, sesiapa sahaja boleh memikirkan apa sahaja applikasi, di kod dengan mudah dan menawarkan rangkaian ETH untuk melaksanakannya.

Secara ringkasnya, Ethereum adalah komputer yang tidak berpusat dan teredar di seluruh dunia dengan kuasa yang tidak terhad.

Sebuah pemaju membuat kod penyelesaian dan menyebarkannya dalam rangkaian. Kemudian rangkaian melaksanakan dengan sendirinya, mengesahkan keluaran (output) dengan sendirinya dan mengedarkan nilai antara peserta dengan sendirinya.

Aplikasi dijalankan dengan cara yang benar-benar telus, tanpa sebarang campurtangan (input) daripada pihak berkuasa pusat, diperolehi dengan bantuan kontrak pintar (Smart Contract).

Kuasa rangkaian hanya dibatasi oleh bilangan dan kuasa komputer, yang tersambung kepadanya, dan tidak ada halangan untuk kemasukannya.

Komputer Dunia

Potensi penggunaan sistem ini adalah tidak terhad. Salah satu pilihan yang lebih jelas adalah membuat mata wang kripto baru dengan hanya beberapa dozen baris kod, dan terus melancarkannya pada blockchain Ethereum. Untuk perkara ini, mana-mana aset seperti kereta atau rumah, boleh dicagarkan dan didagangkan di blockchain dalam bentuk token.

Penyelesaian yang lebih rumit termasuk menyisihkan orang tengah (dan menghapuskan yuran orang tengah dalam proses) di beberapa pasaran sedia ada, seperti Pengiklanan Facebook dan Google AdWords. Ia boleh dicapai dengan mewujudkan rakan kontrak pintar dari semua proses perniagaan yang terdiri daripada syarikat-syarikat tersebut dan menjalankannya pada blockchain.

Satu lagi penggunaan Ethereum yang berpotensi ialah penyelesaian program kod untuk tugas-tugas saintifik yang kompleks, seperti pengiraan astrophysical teragih atau lipatan protein untuk syarikat-syarikat farmaseutikal.

Aplikasi sedemikian akan menikmati kuasa pengiraan teoritikal tanpa had daripada rangkaian, yang tidak dapat dicapai oleh komputer berkuasa yang paling maju.

Sebagai contoh, kita lihat Augur. Ia adalah Peramal Pasaran Tidak Berpusat (Market Prediction Decentralized), secara teorinya mampu menyampaikan ramalan dengan tahap ketepatan yang lebih tinggi berbanding daripada pakar terbaik dalam mana-mana bidang tertentu. Ramalan tersebut dicapai melalui penggunaan prinsip kebijaksanaan orang ramai dimana soalan akan diajukan kepada orang ramai diseluruh dunia dan jawapan yang diberikan membenarkan mereka menyediakan ramalan yang hampit tepat dengan apa yang akan terjadi.

Masa Depan Ethereum

Kenapa Ethereum menjadi tumpuan sekarang sepatutnya sudah jelas sekarang dengan informasi yang telah disampaikan di atas.

Walaupun pada masa ini kemungkinan mata wang ini tidak mungkin pudar, banyak factor akan mempengaruhi kepantasan skop pertumbuhannya di masa hadapan.

Ethereum memang menjanjikan peluang tanpa had. Tetapi sama ada janji itu akan dipenuhi dan sejauh mana, bergantung kepada betapa kuatnya rangkaian itu akan menjadi, di masa akan datang.

Sejarah Ethereum

error: Content is protected !!