"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Konsep Perlombongan Ethereum

Proses perlombongan Ethereum hampir sama dengan perlombongan Bitcoin. Bagi setiap blok urus niaga, pelombong menggunakan komputer untuk menjawab persoalan berulang kali dengan cepat sehingga salah seorang daripada mereka mendapat jawapan yang tepat. Lebih khusus lagi, pelombong akan menjalankan metadata header unik blok itu (termasuk stem waktu dan versi perisian) melalui fungsi hash (yang akan mengembalikan rentetan nombor dan huruf yang bercampur, dengan kadar panjang yang tetap, dan kelihatan rawak), hanya mengubah nilai ‘nonce‘, yang memberi kesan kepada nilai hash yang terhasil.

Jika pelombong menemui hash yang sepadan dengan sasaran semasa, pelombong akan dianugerahkan Ether dan menyiarkan blok ke seluruh rangkaian untuk pengesahan setiap nod dan menambah salinan lejar mereka sendiri. Jika pelombong B menjumpai hash pada blok semasa tersebut, pelombong A akan berhenti bekerja pada blok semasa dan ulangi proses untuk blok seterusnya.

Sukar untuk pelombong membuat penipuan pada proses ini. Tidak ada cara untuk palsukan kerja ini dan mendapatkan jawapan kerja yang betul. Itulah sebabnya kaedah penyelesaian ini dipanggil bukti kerja (proof-of-work).

Sebaliknya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk orang lain mengesahkan bahawa nilai hash adalah betul, yang sama pada setiap nod.

Lingkungan setiap 12-15 saat, pelombong menjumpai blok. Sekiranya pelombong mula menyelesaikan persoalan dengan lebih cepat atau perlahan daripada jangka masa ini, algoritma secara automatik menyesuaikan kesulitan masalah tersebut supaya pelombong-pelombong dapat kembali ke masa penyelesaian 12 saat.

Para pelombong secara rawak mendapat Ether ini, dan keuntungan mereka bergantung kepada nasib dan jumlah kuasa pengkomputeran yang mereka gunakan.

Algoritma bukti kerja yang khusus menggunakan Ethereum dipanggil ‘ethash‘, direka untuk memerlukan lebih banyak memori menjadikannya lebih sukar untuk melombong menggunakan ASIC yang mahal (cip perlombongan khusus yang kini menjadi satu-satunya cara menguntungkan melombong bitcoin).

Dalam erti kata lain, ethash mungkin telah berjaya dalam tujuan itu, kerana ASIC yang berdedikasi tidak tersedia untuk melombong ethereum.

Selain dari itu, Ethereum juga telah beralih dari perlombongan bukti kerja ke “bukti kepunyaan” (proof-of-stake), menjadikan ia tidak berbaloi untuk jangka masa panjang menggunakan kaedah ASIC.

Peralihan ke Bukti Kepunyaan (proof-of-stake)

Ethereum mungkin tidak memerlukan pelombong selama-lamanya. Pemaju merancang untuk meninggalkan bukti kerja iaitu algoritma yang digunakan oleh rangkaian untuk menentukan transaksi mana yang sah dan melindunginya daripada diganggu, dan memihak kepada bukti kepunyaan di mana rangkaian itu dijamin oleh pemilik token.

Sekiranya dan ketika algoritma itu dilancarkan, bukti kepunyaan boleh menjadi satu cara untuk mencapai kesepakatan yang teragih, di mana ia menggunakan sumber yang lebih sedikit.

Apa Itu Aplikasi Tidak Berpusat

error: Content is protected !!