"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Sejarah Ethereum

Ethereum merupakan cetusan idea Vitalik Buterin ketika beliau sedang mengembara ke serata dunia dan mengambil bahagian dalam beberapa projek Bitcoin. Idea tersebut adalah platform kriptografi yang selamat dan ekonomikal untuk pembangunan apa sahaja aplikasi yang tidak berpusat (decentralized).Vitalik merupakan seorang pelajar di Universiti Waterloo dan meninggalkan pengajiannya pada tahun 2012 untuk projek Bitcoin. Beliau mengambil jurusan teori informasi, kriptografi, sosiologi, politik dan ekonomi. Dengan berlatar belakang kan ini, Ethereum dilahirkan oleh Vitalik sebagai instrumen untuk membina sistem yang lebih selamat, boleh dipercayai dan tidak sia-sia seperti sebelumnya.

Kertas Kerja Vitalik Buterin

Satu kertas kerja telah diterbitkan oleh Vitalik pada penghujung 2013 yang menyatakan perlunya justifikasi terhadap pembangunan teknologi baru, menggariskan prinsip asas dan aplikasi. Pada 23 Januari 2014, Vitalik telah menggumumkan di Bitcointalk forum tentang projek Ethereum.

Dalam posnya, Buterin mendedahkan bahawa dia bekerjasama dengan Dr. Gavin Wood dan Jeffrey Wilcke sebagai pemaju teras utama. Wood, seorang pakar teknologi bebas, telah mengambil bahagian dalam pembangunan Ethereum bersama Vitalik sendiri. Dia menerbitkan “Kertas Kuning” tentang spesifikasi rasmi Mesin Maya Ethereum, pada bulan April 2014. Dia kemudian membantu mengkodkan pelaksanaan fungsinya yang pertama ke dalam tujuh bahasa pengaturcaraan. Ini menandakan penciptaan prototaip pertama platform Ethereum.

Yayasan Ethereum dan Terbitan Token

Bitcoin, seperti Ethereum, didasarkan pada teknologi Blockchain, tetapi ini sahaja tidak bermakna kecuali disokong oleh rangkaian pengkomputeran yang paling berkuasa dalam sejarah. Pelabur dan individu utama menabur ratusan juta dolar ke dalam ekosistem Bitcoin, membelanjakan wang ke atas peralatan perlombongan, perdagangan, penyelesaian perniagaan dan teknologi yang berkaitan.

Melancarkan rangkaian yang sama memerlukan usaha yang sama, mungkin lebih lagi. Untuk memulakan komuniti pemaju, pelombong, dan pelabur, Yayasan Ethereum memutuskan untuk melakukan penjualan lebih daripada 60 juta token digital, Ethers. Yayasan Ethereum, entiti sah yang berpangkalan di Zug, Switzerland, telah diwujudkan pada bulan Jun 2014, untuk menguruskan usaha perundangan dan pemasaran yang berkaitan dengan kempen crowdfunding. Kempen ini mendapat liputan dari penerbitan utama, baik dari media mata wang kripto dan lain-lain. Kempen ini mendapat kejayaan yang besar, di mana Yayasan telah peroleh lebih daripada USD$18 juta hanya dalam 42 hari. Ia telah menjadi rekod crowdfunding ke-5 terbesar.

Pengembangan

Dengan ini Buterin, Wood dan Wilcke dapat menumpukan lagi kepada bahagian pembangunan. Mereka melakukan ini selepas menubuhkan satu lagi entiti sah yang lain, ETH DEV, bertujuan semata-mata untuk mengarah dan mengawasi proses pembangunan Ethereum. Untuk mengekalkan momentum dan penglibatan komuniti di tahap yang tinggi, mereka terus menyiarkan beberapa versi perisian bukti konsep (Proof-of-Concept) yang lebih baik. Siaran yang kerap di blog rasmi mengekalkan minat terhadap Ethereum.

Pada masa yang sama, komuniti utama yang didedikasikan untuk Ethereum, seperti subreddit, mula berkembang pesat. Tidak lama, ekosistem menjadi cukup besar untuk menjamin pertemuan.

Persidangan Pertama

DEVCON-0, acara pertama yang didedikasikan khas kepada Ethereum, telah dijalankan oleh ETH DEV di Berlin, pada bulan November 2014. Di sana, para pemaju Ethereum dari seluruh dunia bertemu untuk membincangkan perkara mengenai keselamatan dan skala upaya rangkaian, yang mengakibatkan beberapa kemas kini penting kepada perisian. Keselamatan dan ketahanan Ethereum adalah, dan masih, paling penting kepada pemaju. Mereka berusaha keras untuk memastikan perkara ini meskipun ia membawa sesetengah orang kepada projek vaporware.

Salah satu langkah untuk memastikan keselamatan, selain pemeriksaan kod program biasa, adalah ujian rawak fuzz, yang dilakukan ‘dalam kotak hitam’, iaitu tanpa interaksi kod-manusia.

Sebaliknya, perisian itu diberi suapan input rawak dan penguji kemudian meneliti output untuk sebarang tanda kerosakan.

Pada bulan April 2015, Yayasan mengumumkan program geran DEV. Ia bertujuan membiayai projek terbaik dalam rangkaian Ethereum. Program ini diaktifkan semula pada Januari 2016 selepas terhenti seketika, dan masih tersedia kepada pemaju yang bercita-cita tinggi untuk menjalankannya.

Persiapan Terakhir

Persiapan pra-pelancaran telah bermula dengan penyiaran versi Olimpik, kod ke-9 dan yang muktamad bagi kod konsep bukti Ethereum. Pemaju telah menggunakan peluang ini untuk melakukan pemeriksaan keselamatan utama rangkaian. Mereka telah mengupah beberapa syarikat luar untuk menjalankan jejak audit kod tersebut. Para pemaju telah mengumumkan Program Pemburu Hadiah Ethereum (Ethereum Bounty Program): iaitu ganjaran Bitcoin yang besar untuk sesiapa sahaja yang dapat mencari apa-apa kelemahan dalam perisian Ethereum. Program ini masih aktif sehingga hari ini, jadi apa saja pepijat perisian yang masih berada di luar sana akan dicari oleh komuniti tanpa henti.

Serangan penuh pada kod Ethereum ini membolehkan pemaju akhirnya memastikan ia benar-benar bersedia untuk dilancarkan.

Ethereum Dilancarkan

Ethereum dilancarkan secara langsung pada 30 Jun 2015, lebih daripada setahun setengah selepas penerbitan awal kertas putih Vitalik Buterin. Usaha keras berpuluh-puluh, jika tidak beratus-ratus saintis, jurutera, dan pemaju telah memuncak dengan penyiaran Frontier. Sebagai versi beta, ia lebih stabil daripada yang dijangkakan, dan seluruh komuniti mula membinanya.

Pemaju telah menghurungi ke rangkaian, mengusahakan projek-projek baru. Mereka terus melancarkan benda baru hampir setiap hari, sebagai tambahan kepada mereka, yang telah pun bergerak secara langsung sejak penyiaran awal Ethereum.

Walaupun bahagian yang paling sukar untuk membangunkan teknologi ini sudah dijaga, kerja Yayasan Ethereum masih belum selesai.

Pada November 2015, ia mengadakan DEVCON-1, ekspo kedua untuk pemaju Ethereum. Ia dijalankan di London, dan dihadiri oleh lebih daripada 400 pemaju dan usahawan dari komuniti.

Antara yang hadir adalah wakil-wakil dari syarikat besar seperti UBS, IBM dan Microsoft, dan ini menandakan permulaan baru bagi Ethereum, apabila ia berkembang secara global dan menjadi trend utama dalam industri fintech, yang setaraf dengan Bitcoin.

Bagaimana Cara Membeli Ethereum

error: Content is protected !!