"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Risiko Pelaburan Matawang Digital

Walaupun Bitcoin adalah teknologi yang sangat menarik dan bentuk matawang baru, itu tidak bermakna bahawa tiada risiko yang berkaitan dengannya. Sebagai titik permulaan, penting untuk diingatkan bahawa peraturan intuitif yang sama digunakan untuk wang tradisional juga perlu digunakan untuk Bitcoin. Sebagai contoh, jangan simpan wang tunai di bawah tilam, mungkin ia akan dicuri, atau mengamanahkan wang anda dengan orang yang tidak dikenali.

Bitcoin juga mempunyai beberapa risiko yang agak unik. Yang pertama, ia adalah teknologi baru, dan walaupun ia kelihatan sangat selamat dan mantap, ada kemungkinan ia mungkin akan gagal. Itulah sebabnya mengapa anda tidak perlu meletakkan semua pelaburan anda dalam satu matawang (put all eggs in our basket) dan jangan beli Bitcoin lebih daripada apa yang anda mampu untuk tanggung jika ia jatuh nilai. Harga Bitcoin juga tidak menentu kerana nilainya boleh turun naik dalam jumlah yang besar dalam waktu yang singkat buat masa ini. Walaupun dari masa ke semasa nampak stabil, namun ada kemungkinan momen-momen yang tidak menentu di masa depan.

Juga harus diingat bahawa transaksi Bitcoin adalah seperti wang tunai kerana mereka tidak boleh berpatah balik (irreversible) – jika anda menghantar Bitcoin kepada orang yang salah, atau dompet Bitcoin anda dikompromi dan seseorang mencuri Bitcoin anda, ia agak sukar untuk mendapatkannya kembali. Bitcoin juga tidak disokong oleh mana-mana entiti, jadi jika anda kehilangan Bitcoin anda, pembekal perkhidmatan anda atau rangkaian Bitcoin anda tidak akan dapat menggantikan dana anda kembali. Itulah sebabnya anda perlu memastikan anda menggunakan produk atau penyedia perkhidmatan yang sangat dipercayai untuk membantu anda.

Akhir sekali, nilai Bitcoin ditentukan oleh jumlah orang atau pedagang (mercahants) yang sanggup menerimanya, dan ini bukanlah jaminan. Sekiranya berkembang ia akan menjadi baik untuk Bitcoin, tetapi jika kurang orang mahu menggunakan Bitcoin, ia akan mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap harga dan mungkin membawa kepada kemusnahan Bitcoin.

Sebagai kesimpulan, Bitcoin sangat menarik dan mempunyai potensi yang besar untuk mengubah dunia, tetapi pastikan anda memahami risiko yang berkaitan dan bersesuaian dengannya.

error: Content is protected !!