India Mengharamkan Mata Wang Kripto

68

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

India telah  menguatkuasaakan pengharaman mata wang kripto mengakibatkan pasaran mata wang kripto jatuh serta merta. The Reserve Bank of India telah pun menghentikan transaksi yang dibuat oleh mana-mana bank di negara itu daripada memindahkan wang kepada akaun Bitcoin. Jika bank, e-wallet atau entiti yang berada di bawah jagaan RBI tidak mampu untuk berbuat pemindahan mata wang kripto ke dalam Bitcoin di India seperti Bitpay, mereka perlu mencari jalan untuk membayar menggunakan wang seperti biasa. Walaupun India memutuskan untuk mengharamkan mata wang kripto pada Khamis lepas, Bitcoin hanya jatuh sebanyak 2% kerana India tidak tersenarai dalam negara negara seperti  China, Korea Selatan,  Singapura mahupun Amerika Syarikat yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Governor RBI, Urjit Patel, telah bersuara bagi melarang bank membuat pemindahan wang ke dalam bentuk mata wang kripto dan ini telah menggoyahkan pasaran kripto tempatan. Sementara negara-negara lain lebih suka untuk mengawal daripada mengharamkan sistem itu secara mendadak. Namun begitu, tahun lepas, seorang billionaire Warren Buffett mengatakan bahawa wang digital tidak mampu mempertahankan nilainya dalam jangka waktu yang lama. Tambah Pengurus Pelaburan Polynom Crypto Capital, Alexey Ivanov, selepas mata wang kripto melonjak naik sebagai teknologi yang maju dan canggih tahun lepas, sekarang syarikat syarikat kripto sedang beku seolah olah sedang menunaikan permintaan atau janji yang dibuat sebelum ini perlahan lahan.

Malah wang digital yang lain telah pun berdepan dengan kegagalan projek dan masalah sekuriti lebih daripada pengharaman rasmi oleh bank pusat.Tahun ini, mata wang kripto juga sedang mengalami status beku yang serupa dengan insiden LTC yang gagal mengekalkan Litepay, pengharaman oleh India, pengharaman  pengiklanan oleh Google dan sebagainya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!