Islam dan Mata Wang Kripto, Halal atau Haram?

99

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Spekulasi terhadap mata wang kripto telah mencetuskan debat dalam kalangan ahli sarjana Muslim sama ada pelaburan sebegini boleh dihalalkan oleh Islam atau tidak. Sebuah syarikat ‘startup’ tempatan, OneGram telah menaikkan isu mata wang kripto yang dijana oleh emas sebagai sebahagian daripada usaha meyakinkan orang Islam bahawa mata wang kripto adalah halal. Bitcoin, Ethereum dan mata wang kripto yang lain telah menarik minat Asia Tenggara di mana terletaknya pusat kewangan Islam.

Namun, kerana timbulnya produk yang melibatkan objek dan kejuruteraan kewangan, isu mata wang kripto tampak tidak meyakinkan pada sudut Islam. Kerana Islam percaya kepada aktiviti ekonomi yang sebenar iaitu yang melibatkan asset fizikal dan boleh dilihat dengan mata kasar. Berikutan itu, syarikat mata wang kripto sedang mencari jalan untuk mengurangkan debat tersebut dengan melancarkan asset fizikal yang disahkan halal oleh penasihat Islam. Setiap unit mata wang kripto OneGram akan disertakan bersama sekurangnya satu gram emas yang akan disimpan dalam peti besi. Cadangan ini dibuat untuk menghadkan spekulasi yang timbul.

Menurut Ibrahim Mohammed, seorang pengasas sebuah firma, emas adalah antara bentuk mata wang yang pertama dalam kalangan masyarakat Islam. Mereka sedang cuba untuk membuktikan bahawa peraturan dan sistem yang ditetapkan oleh Islam berjalan seiring dengan teknologi Blockchain. Manakala di Malaysia, HelloGold telah melancarkan ICO yang menggunakan emas pada Oktober lepas setelah menerima pengesahan daripada ahli sarjana Islam dari Amanie Advisors yang berpusat di Kuala Lumpur. Manuel Ho, Pegawai Pemasaran HelloGold menyatakan bahawa mata wang mereka adalah halal kerana transaksi berlaku dalam tempoh yang ditetapkan, mengurangkan kekaburan dalam penetapan harga. Antara eksperimen yang lain, Halal Chain, sebuah syarikat yang berpusat di United Arab Emirates menjalankan ICO pada Disember lepas di mana ianya dikaitkan data barangan yang dibenarkan dalam Islam.

Hanya 20% hingga 30%  perbankan di Asia Tenggara patuh pada prinsip Islam, kebanyakkan Muslim yang lain bekerja dengan kewangan yang lebih konvensional kerana pulangan yang lumayan dan lebih dipercayai. Namun, isu kebenaran Islam dalam mata wang kripto boleh manjadi berpengaruh dalam menentukan sama ada ianya dibenarkan atau tidak. Menurut Ziyaad Mahomed dari HSBC Amanah dari Malaysia beliau menyatakan bahawa isu ini mengundang begitu banyak perbincangan tetapi hanya sedikit kepastian yang diperoleh tentang cara menangani mata wang kripto. Pihak Syariah Negara masih belum mengeluarkan sebarang kata putus terhadap kehalalan mata wang kripto setakat ini. Kebanyakan kerajaan di luar sana bimbang terhadap potensi mata wang kripto untuk menjadi tidak stabil tetapi tidak sanggup kehilangan peluang mendapat manfaat teknologi tersebut.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!