Kad Grafik Terbaik untuk perlombongan (Mining) Mata Wang Kripto

273

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Kebelakangan ini, Bitcoin atau mata wang kripto lain seringkali dibincangkan mengikut arus semasa. Dengan kewujudan Bitcoin yang semakin menaik populariti pada tahun 2017 yang lepas, ianya tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa kegilaan terhadap kaedah pelaburan ini akan beransur surut. Semakin ramai juga yang terjebak dalam bidang perlombongan (Mining). Meskipun begitu, pelabur juga harus mendalami ilmu mining sebelum melabur.

Terdapat 2 cara untuk mining, iaitu dengan menggunakan ASIC Miner dan juga GPU Miner (Kad Grafik). ASIC terkenal dengan cara untuk mining Bitcoin. Manakala GPU pula terkenal dengan cara untuk mining Ethereum. Namun terdapat juga mata wang lain yang boleh mining selain daripada itu berdasarkan Algoritma masing-masing.

Untuk memilih kad grafik yang terbaik, anda perlu mendapatkan bilangan hashrate untuk setiap GPU tersebut. Anda juga perlu mengambil berat mengenai power consumption setiap GPU tersebut untuk mengurangkan kos elektrik. Kemudian, anda bolehlah membandingkan dua aspek penting ini untuk dinilai. Untuk mendapatkan lagi keuntungan, anda juga boleh melalukan teknik overclock untuk dapatkan lebih hashrate. Makin tinggi hashrate, makin laju proses mining dilakukan, makin tinggi keuntungan yang boleh dapat.

Berikut merupakan senarai hashrate(mh/s) setiap GPU untuk tujuan mining Ethereum.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!