Kejatuhan Harga Bitcoin di Bawah Paras $10,000

Kurang pengetahuan tentang Bitcoin sebagai punca

303

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Kejatuhan harga Bitcoin sepanjang minggu ini ke bawah paras $10,000 disebabkan oleh kebanyakan pelabur yang tidak memahami tentang asas Bitcoin dan potensinya. Mereka yang membeli Bitcoin untuk keuntungan segera mulai panik dengan beberapa berita tidak benar mengenai exchanger Binance yang dikatakan telah diceroboh dan juga beberapa khabar angin yang tidak benar mengenai penjualan besar-besaran oleh pemegang amanah kes exchanger Mt. Gox.

Kesemua berita palsu ini besar kemungkinan disebarkan oleh pihak-pihak yang sangat faham tentang Bitcoin dan potensinya. Mereka mendapat keuntungan yang besar dengan membeli Bitcoin pada harga jauh lebih murah dari yang sepatutnya. Saya sendiri mendapat beberapa pesanan melalui whatsapp menanyakan tentang adakah saya ingin menjual Bitcoin dan mereka ingin membeli dengan jumlah yang besar.

Situasi seperti yang terjadi kali ini, telahpun beberapa kali terjadi sepanjang Bitcoin wujud. Banyak berita palsu dan khabar angin disebarkan untuk memberikan sentimen negatif yang akan mempengaruhi harga Bitcoin. Pada akhirnya Bitcoin melonjak dan mereka yang membeli pada harga murah tersebut mendapat keuntungan sehingga ratusan peratus.

Anda perlu memahami, Bitcoin bukanlah seperti unit saham yang dibeli di Bursa Saham. Ianya bukan semata sebagai intrumen pelaburan atau trading. Bitcoin adalah gabungan diantara intrumen pelaburan, value storage dan juga matawang. Jadi ianya tidak mudah untuk hilang nilai (pendapat peribadi saya nilainya akan terus meningkat beribu persen) kerana ianya satu keperluan dan digunakan oleh banyak pihak (tidak seperti unit saham yang hanya dibeli dan dijual untuk tujuan keuntungan).

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!