Kementerian IT China Isytihar Blockchain Harus Dibangunkan Pada Skala Perindustrian Negara

59

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Timbalan Pengarah Kementerian Industri dan Teknologi China (MIIT) menggesa kerajaan negara China untuk merealisasikan digitalcurrency sebagai matawang utama untuk semua jenis perniagaan. Malah menanam dan memupuk slogan Blockchain sebagai teknologi “Teras Utama” bagi ekonomi digital baru tahun 2020, menurut kenyataan rasmi di laman web rasmi MIIT hari ini, 16 Julai .

Bercakap pada Forum Pakar Kebangsaan 2018 mengenai Negara-Negara Pengeluar Terbesar, timbalan pengarah Kementerian itu, Xin Guobin berkata bahawa “Peranan Blokchain sangat penting dalam menuju kemajuan ekonomi negara”

“[Blockchain] boleh menampung sistem kredit tradisional, mencegah maklumat dari terbocor atau memalsukan, dan menjimatkan kos transaksi merentas sempadan. Ini dibuktikan dengan perkembangan industri e-dagang dinegara itu, penjagaan rekod perubatan dalam bentuk blockchain serta keselamatan sosial dan Indentiti dapat dijaga dengan mudah.

Guobin, yang juga berkhidmat sebagai pengarah Kumpulan Utama Negara China untuk Industri Pembuatan & Export, berkata negara kini perlu mengembangkan teknologi blockchain pada skala “perindustrian” untuk mempercepatkan penggunaannya di semua bidang ekonomi dan masyarakat.

Timbalan Pengarah berkata perancangan yang komprehensif untuk mewujudkan persekitaran institusi dan pengawalseliaan yang positif adalah perlu untuk mencapai “matlamat teras utama” untuk merealisasikan digital money dalam aplikasi blockchain pada skala perindustrian.

Dasar kerajaan China masih menghadapi krisis crypto yang decentralized, dengan kesan negatif yang boleh dilihat pada perdagangan crypto domestik mempengaruhi Institusi Bank.

Presiden China, Xi Jinping secara terbuka memuji idea tersebut sebagai contoh yang bagus untuk generasi baru, teknologi yang membina semula inovasi moneytary global dan membentuk semula struktur ekonomi global.

Sementara itu, Bank Negara China sedang mengejar visi jangka panjang untuk integrasi blockchain, baru-baru ini memfailkan paten baru untuk wallet mata wang digital.

Secara tidak langsung , China diantara negara pertama yang mengimplikasi mata wang maya serta sistem blockchain dalam perundagan negara. Dalam masa yang sama ideologi ini dilaksanakan untuk rakyat China yang terawal melabur akan mendapat keuntungan besar , selepas negara-negara lain cuba mengikutinya.

Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!